Assalamualaikum
Salam Shawal buat semua..
Minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi anak-anak. Setelah 2 minggu bercuti kini mereka berhadapan pula dengan ujian dan peperiksaan. Bagi yang mengambil peperiksaan pada minggu ini.. cik ita doakan semoga anak-anak dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Baca dan fahami setiap kehendak soalan dengan betul.. supaya kita tidak melakukan kesilapan ketika menjawab nanti..
Bagi ibu-ibu pula mungkin ada yang bercadang untuk mengadakan open house pada hujung minggu ni.. Dah ada perancangan nak masak apa?
Kebiasannya kita sukakan yang tidak terlalu berat untuk para tetamu. Makanan yang mudah di masak.. mudah di sediakan untuk layan diri dan yang penting rasanya enak dan lazat untuk di nimakti oleh tetamu yang bertandang ke rumah.
Soto kebiasannya adalah juadah yang kerap menjadi pilihan warga Johor untuk meraikan tetamu. Selain ianya mudah disediakan ianya juga muai untuk menampung jumlah tetamu yang tak dijangka ramainya.
Tau tak, orang Kelantan, mereka tak makan nasi himpit dan ketupat tau! Bila ita dah berkhawin dengan orang Kelantan barulah ita tau yang mereka tak sukakan nasi himpit atau kata lain mereka tak pandai makan. Mungkin bagi segelintir yang dah berhijrah atau merantau.. mereka bolehlah makan tapi bagi yang memang bermaustautin di negeri cik Siti Wan Kembang ni.. mereka memang tak pandai makan. Sebab tu bila hari raya mak mertua ita akan masak nasi untuk tetamu yang datang beraya di rumahnya. Bagi keluarga mertua ita mereka tak kisah sebab dah biasa makan masa mereka menetap di JB. Anak-anak dan menantu juga sukakannya..
Hari ini ita nak kongsikan resepi Soto Madura. Pada ita soto madura lebih enak dan lazat dari soto biasa. Dah banyak kali ita sediakan soto madura dan anak-anak juga semakin sukakannya. Oleh itu setiap kali buat soto mereka akan minta buatkan soto madura.
Kali ini ita nak kongsikan resepi yang ita ambil dari jiran lama dan kini telah menjadi sahabat blogger ita di alam maya. Siapa yang tak kenal dengan pemilik blog Sinar Kehidupanku. Seorang ibu dan suri rumah yang sangat rajin memasak. Ita mengenali dan tahu minat beliau yang suka memasak sejak kami berjiran. Jadi tidak menjadi kehairan jika beliau akan memasak masakan yang enak-enak untuk keluarga tersayang.
Soto Madura yang beliau kongsikan cukup mudah cara penyediaannya. Bukan itu aje rasanya juga enak dan lazat dan menjadi antara resepi kegemaran keluarga ita kini. Setiap kali ita buat soto pasti resepi ini yang akan menjadi pilihan ita.
Kepada yang berhajat nak buat jamuan hujung minggu ini.. apa kata jadikan soto Madura sebagai salah satu juadah yang terhidang untuk para tetamu.
SOTO MADURA
By Yatie
Bahan -bahan
1 ekor ayam – dipotong 4
1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
4 cwn air atau secukupnya
3 batang serai – dititik
1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Garm dan sedikit gula
Bahan Kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 labu bwng besar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Bahan di makan bersama
sambal kicap
Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Nasi impit secukupnya
Kaedah Penyediaan
Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air.
Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto
nanti.
Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn
sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah
sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak
makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan
bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan
ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
***
Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong
kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng
dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
17 comments:
fav jg kat rumah ni kak.... ^_^
Mengancam...!!!
rindu rasanya ingin melihat style pic kak Ita seperti ini. pic kak ita memang two thumbs...
nampak sedap, xpernah makan soto madura, kuah soto yg bersantan.tq kak
Tengok pon dah sodappppppppp
nampak sedap sangat dengan lenggok shoot yg menarik ni.. :)
memang kegemaran family saya...
Assalam Ita cayang...selamat hari raya...mohon maaf zahir dan batin... Sedapnya tgk kuah soto tuh...tp akak pun x suka makan soto dgn nasi impit ...hehe, selalu akak mintak meehoon soto...pasti licin... !
Assalamualaikum Ita,
Rasanya tak terlambat utk Yatie ucapkan Slmt Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat Ita sekeluarga. Lama kita tak jumpa kan..moga suatu hari nnti kita di temukan kembali...teringin sngt nak rasa masakan Ita yg sedap2 tu...
Tngk soto madura Ita ni, buat terliur je...mmng mudah menyediakannya dan semestinya sedap...raya ni dah 2 kali Yatie buat utk jamuan saudara mara yg dtg ke rumah...ringkas...mekasih ya cuba resepi mudah ni...
Sedapnyeeee....
Thank you for your sharing.:) Very beatiful. From Ä°stanbul- Turkey. My name is Nilgun.:) lezzetliatolye.blogspot.com
sedapnya....
Sedap nyer pebret sgt soto nie :)
tgk pun dah tau sedap, apa lg kalau dapat rasa. Senang2 nanti nak try
Salam Kak ita...
sedappp tu...mai semangkukkkk....
kak klu nak sedap letak daun salam. lg tambah sedap. sbb maid opah sy org sane . so die masak menggunakan daun salam.hehe
Sedapnya.. Sy org phg.. Saya mcm kak ummi kalo mkn soto xreti nk mkn dgn nasi himpit. Mesti mintak mee/mehun soto
Post a Comment