ICE BOX CAKE - masam manis f

Breaking

Oct 22, 2013

ICE BOX CAKE




Ice Box Cake adalah kek yang cukup mudah cara dan kaedah penyediannya.. semudah ABC.
Tak perlukan oven untuk menikmati kek yang diibaratkan seperti memakan sepotong ice cream.
Kek yang boleh disediakan bila-bila masa sahaja. Untuk dimakan seisi keluarga atau di nikmati bersama rakan-rakan.


Banyak kaedah dan cara penyediaannya. Nak pilih yang mudah atau yang sedikit rumit terpulang pada selera masing-masing.
Selain mengunakan biskut sebagai bahan asas.. Kita boleh juga campurkan buah-buahan seperti pisang, strawberry, cherry, fruits coktail,  mix fruits atau mix nuts. Terpulang pada selera masing-masing.

Di sini ita terangkan beberapa kaedah dan cara menyediakannya. Anda boleh pilih yang mana berkenan dihati dan sesuai selera keluarga.


ICE BOX CAKE

Biskut Marie atau biskut Oreo secukupnya
250 gm Whipping Cream
sedikit esen vanilla
Ganache Choc / Melty Hershey / Caramel / Nutella
Choc Rice / Choc Cincang / mix fruit / mix nuts

Satukan Whipping Cream dan sedikit esen vanilla dan pukul hingga kental
Susunkan biskut atas lapik kek
Letakkan whipping cream
Susun lagi biskut dan ulang hingga habis
Tuangkan choc ganache / Melty Herhey / caramel
Akhir sekali taburkan choc rice / choc cincang / mix fruit atau mix nuts
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Sedia di nikmati

Atau boleh guna resepi ini untuk krim berperisa berry

80 gm Rasberry puree / strawberry
6 gm gelatin
25 gm air
150 gm krim bukan tenusu

Satukan gelatin dlm air dan biarkan mengembang
Tuangkan dalam puree rasberry dan panaskan secara kukusan
Pukul krim bukan tenusu hingga kental
Kaup balik dalam puree rasberry
Tuangkan atas biskut selapis-selapis berselang seli
Lain-lain kaedah sama seperi cara di atas
Boleh gantikan ganache choc dgn jam strawberry / strawberry filling

Atau boleh guna resepi ini untuk perisa choc
2 biji kuning telur
100 gm choc masakan gelap
8 gm gelatin
30 gm air
250 gm krim bukan tenusu

Campurkan gelatin dlm air dan biarkan kembang
Panaskan gelatin secara kukusan
Cairkan choc secara kukusan
Panaskan kuning telur secara kukusan hingga berkrim * pastikan sentiasa di kacau
Satukan kuning telur dalam coklat
Tuangkan gelatin dan kacau rata
Pukul krim putar hingga kental
Kaup balik dalam krim coklat tadi
Lapiskan pada biskut selapis-selapis
lain-lain kaedah sama seperti kaedah diatas.




25 comments:

cikLah said...

salam kak ^^
sukanya tgok blog akak n gmbar2 y ada..
ice box gmbar akak tu akak guna resipi y first ke eh ??

thx akak untuk sharing segala ilmu dlm blog ni.. mmg bersguna sgt untuk kami2 semua ^^

cikLah said...

salam kak ita..
best sgt2 dpt kenal blog akak ni...

btw gmbr ice box k.ita ni akak pakai resipi yg first ke eh??

trima kaseh akak untuk segala ilmu y akak share kt sini.. mmg berguna sgt ^^

ummiaisyah said...

Fuh...meletopssss!!!!
keep sharing kak Ita...we lebiu!

Puan Eka said...

nyum2 sedapnyaaaa..

suka cuba kek2 mudah cmni.

fazianbatrisyia said...

wahhh sedapnya...

JaSSNaNi said...

cara nya mudah je nampak.. tapi hasilnya sangatlah tiptop.. sedappp

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhh.. ni pejam mata sebelah bleh buat ni.. hihihi

Tengkubutang said...

Wahh.. x perlu oven yeaaa.. teman xde oven.. haa.. bole lea try buat kek ni untuk besday my hubby nanti.. tapi bole taknsenarai brand apa semua bahan2 yg akak gunakan? Sebab senang nak cari nanti.. heeee...

asyifamustaffa said...

Meletop lah k.ita...:-) hahaha...meletop dlm mulut...punah diet nih!

LiNa_Pg said...

Main pukul2 ajer dah siap kek yg mabeles ni...Simple, senang dan nampak sangat elegent.Hebat la kak ita ni

Gee® said...

Woooo..... sedapnyaaaa

Ummi said...

Itaaa cayanggg...tqqq share resepi semudah 123 nih...i liiikkkeee...muuaahhh! Nnt nak jamu molot anak2 yg kuat sgt mkn eskrem dgn biskut oreo tu...asal beli nak wat base utk ciskek ke, oreo cheese cuppies ke, asyik lesap jer...hehehe.. *Nampak tersangat sedaaappp la Ita oiii...

ain said...

Terima kasih kak ita..tapi agak manis bg saya biskut oreo tu..

orlyloveshop said...

KAK ITA, MINTAK SHARE..SUKE RESEPI NI/..HIHI

kakmaneh said...

Aslm kak ita... miza dah lama follow blog kak ita... kak ita ni kreatif sangat... byk ilmu masakan yg dpt miza belajar... setiap persembahan sangat mengujakan.. teruskan berkarya tanpa jemu kak ita...! chaiyok3...! heheheh

Unknown said...

wahh..nampak sedap... nak try lah nnti.. Thanks kak ita sudi share recipe..

Unknown said...

nmpak cm sedap bleh bgi resepi ni kt blog kta tak

Unknown said...

bleh bgi resepi ni kt box kta.sedap

Unknown said...

salam..tumpang lalu promote fb fanpage..sila klik https://www.facebook.com/NurdaniCollectionsStylez untuk koleksi tudung serta kain cotton berkualiti =)

Unknown said...

terima kasih kak ita =)...kek kak ita sumenye cntek2..terliur tgk..actually sy dgn kakak sy dah try buat kek ikut resepi kak ita..memang sedapp..tp xcntek mcm kek kak ita...huuhu

Unknown said...

tak sempat cuba lgi.

Unknown said...

Assalammualaikum kak ita,

boleh tak saya nak share resepi kak ita..sangat menarik icebox cake ni...

A.B.M said...

salam kak ita.
nk tnye sikit, kek ni perlu letak kat bahagian freezer or bahagian biasa tu? harap kak ita dpt balas hihi. sbb ingt nk buat hujung mggu ni.

tq in advance kak ita :)

Unknown said...

knpa tuan punya bdan tk komen2lgi

Conniesua said...

!!!! Beautiful !!!! ;-)

Post Top Ad

test