gambar dari Cupcake 2 Heaven |
Ramai yang bertanya dengan ita, bagaimana nak meletakkan harga pada kek yang dijual.
Ya itu adalah satu masalah besar bagi para peniaga.. nak meletakkan harga.. kalau letak mahal dikatakan cekik darah pula.. kalau murah kita pulak yang rugi.. penat dan terasa tidak berbaloi.
Memandangkan harga barangan yang naik melambung-lambung sekarang ni.. harga kek juga turut melonjak naik mengikut harga pasaran. Almaklumlah untuk menghasilkan kek kadang kala kita banyak menggunakan barang import seperti kekacang dan keju yang harganya sekarang melambung-lambung naiknya. Ini belum termasuk coklat, whipping cream, butter dan lain-lain barangan import juga turut melonjak naik..
Ada sesetengah daripada kita kurang peka dalam hal ini. Mereka kurang tahu bab harga barangan kerana kurang menggunakannya. Bagi mereka yang serius dalam bidang ni.. sedikit kenaikan sahaja sudah cukup terasa.. dan mula panik bagaimana nak letakkan harga pada kek yang di tempah pelanggan.
Rata-rata ramai yang bersunggut, kenapa home made cake terlalu mahal? berbanding dengan harga kek yang di jual di kedai kek atau di supermarket.
Ada yang dah tau jawapan tapi buat-buat tak tau.. Ada yang memang tak tahu kerana jarang beli kek di kedai.
Ita cuba simpulkan di sini untuk di jadikan sebagai panduan
Kek yang di jual di supermarket atau di kedai kek biasanya di buat dalam jumlah yang besar. Kos barangan juga di beli dalam kuantiti yang banyak dan mereka dapat harga yang special untuk itu berbanding dengan mak cik yang datang beli tepung sekilo.. gula sekilo.. di kedai runcit
Anda juga tidak akan mendapat layanan seumpama tuan puteri ketika membeli kek di kedai atau supermarket.. dengan kata lain pilihan adalah amat terhad.. apa yang di sediakan itulah sahaja yang anda boleh pilih.. tak banyak pilihan..
Ini berbeza bila anda memilih home made cake.. semua kek di reka khas atas pilihan dan citara anda. Dari jenis kek, fillingnya.. toping.. malahan deko dan hiasan semuanya adalah kepuasan anda sepenuhnya, pembuat hanya merialisasikan setiap impian anda sekadar kemampuan.
Home made cake biasanya adalah kek baru.. Fresh From The Oven, berbanding kek di kedai yang entah dah berapa lama berada dalam ruang sejuk beku.
Di akui hasil air tangan orang Islam yang terjaga dari segi kebersihan, kualiti, produk halal , beserta doa dan di sediakan dengan penuh kasih sayang.. berbanding kedai yang kita pun tak pasti siapalah pula yang membuat dan menyediakannya. Harus di ingat, setiap penyediaan kek banyak menggunakan gelatin. Jika beli di kedai kita tak tau adakah gelatin yang di gunakan halal berbanding home cake yang kita yakin dari sumber yang halal.
Kek dihantar kepada pelanggan jika ada permintaan berbanding kek di kedai yang kita perlu beratur untuk mendapatkannya.
Masa yang di ambil untuk menyediakan home made cake juga harus difikirkan. Harga yang di bayar adalah masa yang cukup berharga yang di gunakan untk menyediakan sebijik cake. 1 bijik kek kadang kala mengambil masa berhari-hari untuk menyediakannya. Dari permulaan proses membuat kek yang mengambil masa berjam-jam di dapur. Ini tidak termasuk menyediakan kek yang banyak stepnya. nak sediakan filling, topping atau apa-apa sahaja yang pelanggan inginkan.
Kek yang di deco dengan figurine atau bunga dari gumpastye pula mengambil masa berjam-jam lamanya dan kadang kala hingga seminggu untuk memastikan figurine atau bunga benar-benar kering sebelum diletakkan di atas kek sebagai hiasan dekorasi.
Pada ita apa yang membuatkan home made cake mahal adalah kerana Art worknya. Ianya cukup berseni hingga anda tidak akan dapatkanya di supermarket. Ada yang membuatnya khas untuk anda dan tiada dua atau tiganya..
Sekarang tepuk dada dan tanya selera.. pilihan di tangan anda..
48 comments:
terbaik kupasan Kak Ita ! Selamat Maju Jaya untuk semua homebakers ... dan harap pelanggan lebih memahami
setuju sesgtnya statement Ita ni...tepuk dada tanya selera...kan Ita....
Kuching Ita dah balik ke...kalau belum...jgn sedih2 tau....tunggu seminggu ni...Insyaallahhhh...mudah2an dia jumpa jalan pulang kerumah Ita...
setuju ...saya suka homemade kek...yakin nak mkn.
semua yg Kak Ita tulis tu adalah betul!!
Kak Ita, kek kita ada diskaun tak??? larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
sokong... saya pun ada juga mengambil tempahan untuk kuih. kekadang tu nak letak harga tu yg masalah.
barang sangat sangat mahal.
salam kak ita..
alis setuju dengan point2 kak ita bagi. dan kalau la mereka2 tahu, bagaimana kek2 span atau swiss roll dalam g*ant atau t*sco dihasilkan. confirmmmmmm takde yg nak beli punya lepas tau. serius!
tq kak ita.. kerana berikan point yg paling berhemah.
setuju kak... sangat2.. biskut juga... hmmm.. tapi tu la orang memang tak tau kan...
as salam kak ita..boleh ke sya nak share post ni ke FB page..tq..:)
saya sokong. terbaik kak.
kdang kita dah explain pun...mereka2 x bole terima kak....senang cite...klau x nak..sy ok je kan...x de masalah...:-)
suka sgt dengan n3 Kak Ita...
hanya org yg tahu shj yg blh paham...
kadang2 tergaru2 kepala ni bila nak letak harga...
memang home made cake ni ambil masa yg lama kan...walaupun kek yg simple..apatah lg kalo yg kebabom mcm kek kak ita... :)
saya setuju dengan kak ita. memang beza home made kek dengan kek beli kat kedai. home made kek bukan sahaja diyakini bersih, terjaga kualitinya tapi penuh TLC (tender love care) :)
Superlike. Kadang-kadang kita banyak komplen dari menghargai.. Best sgt blog akak.. All the best in your business.
Ita nak share lah post ni boleh tak. Setuju sangat trrutama mcm saya yg baru menceburi bidang bakety ni.
Well said kak Ita.
Bagi customer yang tahu value sesuatu produk, pasti tak akan tanya banyak. Boleh nak tawar-menawar tapi biarlah munasabah kan...hehe..peace
Sama jugak macam buat biskut raya.. Ada yang nak biskut tu fresh dan sedap tapi tang harga, nak kan harga sepuluh tahun lepas..
Ramai yang tau harga barang mahal tapi sengaja buat tak tau... Kadang2 bukannya dorang tu takde duit, tapi dorang memang jenis nak harga murah.. huhu.. Tak kuasa nak melayan.. hehh..
terbaek sis
lepas ni sy fikir 10 kali nak makan kek kedai sbb was2 dgn status gelatinnya itu
setuju. Brg2 byk dah naik harga...kena ikut peredaran & rentak sekarang. org yg faham aje tk byk bantah quotation...
Adat manusia macam tulah...kalau boleh semua dia nak free. Sesetengah kawan-kawan saya takkan beli kek atau cookies raya yang saya jual, mereka tunggu saya buat open house....itu kata mereka.
Dalam urusan jual beli .. baik penjual mahupun pengguna ada HAK masing-masing. Kalau pengguna tak setuju dgn harga yang ditawarkan;mereka bolah cari di tempat lain. Begitu juga kalau penjual tak boleh kurangkan harga .. dia boleh menolak dengan baik. Penjual tak boleh meletak harga ikut sedap hati dan mulut. Biar berasas. Seeloknya di tetapkan harga UPAH untuk setiap jenis kek ... memang bunyi macam leceh kannn ... tapi saya yakin kalau segalanya jelas dan terperinci .. pembeli tak ada alas an untuk bersungut tentang harga.
Nk share info no k itam.. tq
Nk share info no k itam.. tq
Pandangan yang sangat tepat dan bernas. K ita share di FB ye..
Yes Betul betullll ..setuju saaangat dengan Ita!! Bahan yang kita guna..dan times we spend nak mendeco kek tu.. kadang- kadang tak tidur semalaman..Then bila kita sebut harga ..orang pandang semacam..je..sedih sedih
Hek eleh..
Nak tak nak, tak nak sudah~~!
Harga kek lain..
Harga Servis lain tau..
Harga skill pon lain tau..~~!!
Betul kan kak? Bukan murah nak pergi kelas2 kek dan biskut atau mana2 kelas masakan.
apa pon bila diorg cakap mahal.. senyum jek. cakap jek
"Itu harga kami, maaf tak boleh kurang lagi"
suh dia carik baker lain. hehehe.. opkos la kualiti x sama. lagi2 akak punya dah ade signature sendiri. mantap la!!!
keep it up kak!
Mama Iman & Hannan
IbuCergas
Dapur IbuCergas
betul 2 kak..walaupun mahal tapi berbaloi dengan hasilnya..
Assalam Ita,
Semoga sekeluarga telah sihat.
Blh share N3 ini di FB
betul tu kak ita..saya memang sangat puas hati dengan tempahan home made cake berbanding dari di beli di SR atau BR..kalau laa kak ita dekat area melaka..mmg saya akan selalu tempah jer dari kak ita..
Salam,
saya setuju. Kalau mahu yg bagus mesti sanggup bayar harganya.
Saya sokong entry akak yang ni :-)
Home made cake is the best! Selalu kalau kita buat kek sebelum memulakan mesti kita akan baca "Bismillah" dan kemudian disudahi dengan "Alhamdulillah" dan lagi afdal disertakan dengan selawat :-)
setuju sangat..100%..izinkan sy share ya..
terbaek
jom follow my blog
well said...setuju sangat ^^ walaupon saye bukan penjual cake.. quality bahan yang digunakan di supermarket juga kurang memuaskan berbanding homemade cake.
mohon share ya photonya
Sy nk share di fb tau
Sy nk share di fb tau
kalau rasa mahal.. buat sendiri.. baru tau camne.. senang ke susah ke...
Salam Ita,
Mak Aji setuju sangat dengan Ita, terutama sekali bab halal haram bahan yang digunakan untuk kek tu, terutama gelatin mahupun bahan2 lain yang entah dari mana asalnya dan juga tangan siapa yang membuatnya! Biar mahal asal kita yakin!
mahalnye kan
Tak Mungkin Benar
Azim Aris
as salam..saya sokong kak..betul sgt2..
terbaikkkkk.... two thumbs up... luv u k.ita
terbaikkk ... 2 thumbs up... luv u k.ita...
akak kalau nk tempah
salam kak,
saya berminat dgn gubahan kek akak. bagaimana jika saya ingin membuat temapahan ye?
Sya setuju 200% yeay..i love homemade cake
saya setuju dgn sis.. mohon share info ni ya...
Stuju...nak share jgak... suke baca blog kak ita
Setuju sgt..semua nk murah...kite plk yg segan silu nk letak hrga...kan..
Post a Comment