Bengkel dekorasi Cup Cake sehari bersama anak-anak - masam manis f

Breaking

Dec 19, 2013

Bengkel dekorasi Cup Cake sehari bersama anak-anak

Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana kelas deco cup cake bersama anak-anak belangsung dengan jayanya. Kelas yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 10 Dis 2013 terpaksa ditunda ke 18 Dis memandangkan kesihatan ita yang tak berapa mengizinkan.


Alhamdulillah dan terasa lapang di dada bila dah dapat tunaikan janji pada sahabat ita. Selagi ita tak tunaikan janji, tak boleh tidur malam ita dibuatnya. Pada ita berjanji tu memang mudah tapi nak tunaikan alamak payahnya.. kalau tak tunaikan, perasaan bersalah sentiasa membelengu diri ini..

Ini merupakan kelas  ita yang pertama atau mungkin juga yang terakhir.
Ini juga merupakan pengalaman ita yang pertama dalam bidang yang tak pernah terlintas langsung difikiran ita yang akan ita lakukannya satu hari nanti.Tapi akhirnya ita berasa sangat seronok bila berada di tengah anak-anak yang comel-comel dan semuanya memberikan aura positif dalam diri ita.

Syukur ita kehadarat Allah kerana menemukan ita pada mereka-mereka yang sentiasa meniupkan semangat buat ita. Yang mempercayai bakat ita yang naif ini. Ita rasa teramat berterima kasih kepada Chef Amer, Chef Asmah, Pn Siti Zaleha, kepada sahabat-sahabat ita di FB dan juga follower ita di blog Masam Manis yang tak pernah putus- putus memberikan ita semangat, yang sering menggalakkan ita mencuba bidang yang ita tak pernah terfikir ita akan lakukan. Mendengar nasihat Chef Amer buatkan ita terasa sangat nak mencuba walaupun perasan rendah diri cukup menebal dalam diri ini, siapalah ita untuk berada bersama-sama mereka yang dah ada kelompok dan peminat mereka sendiri. Ibarat langit dengan bumi jika dibandingkan keistimewaan dan kehebatan mereka yang sudah sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Membaca email Chef Asma membuatkan ita menitiskan air mata dan membuak-buak perasan ita ingin menyahut saranan dan tunjuk ajar dari beliau. Walaupun ita tak pernah bersua dengan beliau, tapi kata-kata beliau buatkan ita berasa beliau terlalu baik dan cukup dekat dihati ini.

Cuma satu yang ita pinta janganlah ita dibandingkan dengan insan yang dah sememangnya pakar, ita hanya baru bertatih dan ingin mencari seberapa banyak pengalaman dalam hidup sahaja sebelum ita menutup mata. Ita ingin memetik kata-kata Dr Irfan Khairi "memiliki ilmu sahaja bukanlah satu kekuatan tetapi ilmu yang dipraktikkan dan diaplikasikan adalah kekuatan kita sebenarnya"

Sebenarnya ita tak sabar nak bercerita tentang keseronokan ita bila bersama dengan anak-anak. Cuma kesihatan ita yang tak berapa memuaskan buatkan pergerakan ita cukup terbatas. Tapi ita cukup seronok.. dan yang paling seronok bila anak-anak ni panggil ita Cikgu.. hihi
"Cikgu macam mana ni...?"
"Cikgu nak pasang macam mana ?"
"Cikgu boleh makan ke minion ni..?
"Cikgu boleh tak kita nak buat Upin Ipin?"
"Cikgu bila kita nak buat kek?"

Aduhhh.. pasti ita akan rindu suara dan gelak tawa mereka..
Anak-anak  ibarat kain putih.. Mereka cukup jujur bila berbicara. Tak pernah ada terselindung.. itu yang ita terfikir seeloknya ita mulakan dengan mereka yang jujur, bersih dan ikhlas hatinya.. Semoga Allah memberkati setiap apa yang ita lakukan sentiasa melindungi diri ita dan keluarga berkat doa-doa mereka.


Jom ikut ita masuk kelas, ita kenalkan dengan anak-anak didik ita yang comel-comel dan keletah-keletah semuanya.


Memulakan kelas pagi itu dengan masing-masing memperkenalkan diri. Anak-anak ni dia mula-mula malu-malu kucing tau! tunggu sat lagi bila enjin dia dah panas....


Anak-anak ni mereka tekun bila kita suruh buat.. dan sangat kreatif.! kadang apa yang mereka buat yang kita pun tak terfikir..
Mereka suka mencuba dan pantang nampak benda baru. Terutamanya yang berwarna-warni.. itulah yang mereka paling suka.. nama pun anak-anak kan.. dan gelagat mereka buatkan ita rasa cukup terhibur hari itu.
Sebenarnya dah lama ita tak main dengan kanak-kanak. Anak-anak ita pun dah besar, tinggal Dalili sorang aje.. kat rumah teman ita. Dalili pun seronok sangat dapat jumpa kawan baru, hilanglah sunyi dia.. Balik asyik sibuk pot..pet..pot..pet cerita pasal kawan-kawan barunya.. sampai tanya bila mak nak buat kelas lagi.. kita nak jumpa fara.. mira.. best..best..best..sangatt..

Dulu masa anak-anak buah ita masih kecik-kecik, rumah ita lah tempat mereka berkumpul. Kalau cuti sekolah macam ni, memang riuh rendah rumah ita dengan anak-anak saudara. Suami ita pula suka melayan.. sampai tak nak balik rumah. Tapi sekarang masing-masaing semua dah dewasa dan remaja.. dah ada kehidupan sendiri.. Cuma seorang aje anak saudara ita yang kerap melawat ita dan keluarga.. setiap kali cuti dia akan datang rumah ita. Dia anak abang ita..


Makan tengahari hari itu disediakan olen Pn Siti Zaleha dari Oliez Academy. Terima kasih cik Siti.. Berselera anak-anak kita makan.. ialah bila makan ramai-ramai dengan kawan-kawan memang cukup seronok. Sambil belajar deco-deco juga ada jajan untuk kunyah-kunyah.. mi siput yang soo.. crunchy! sedap yum.. yum..  Adik farah kita sempat berbisik pada ita.." kalau ada sambal kicap ni.. lagi best! kan cikgu.. hahaha kata-katanya buatkan ita tergelak..  kelakor tau adik farah kita..
Siapa nak oder boleh contact kak Siti kita.


Sesi akhir petang itu.. yang anak-anak tunggu-tunggu, main dengan buttercream. Seronok betul dorang dapat main dengan buttercream dan fondant. Masa ni lah nak tengok betapa kreatifnya mereka!


Inilah kek yang sempat anak-anak sediakan Kek Choc Moist. Ingatkan nak deco ramai-ramai kek ni, tapi masa pulak tak mencukupi.. tak apalah mungkin di lain kali kita deco atas kek besar pulak lah ya.. anak-anak.. ^__^

Jom kita lihat pula hasil kreativiti anak-anak pulak!





Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Siti Zaleha dan Oliez Academi yang sudi mengundang ita


Kepada ibu bapa dan anak-anak juga
Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang bengkel ini berlangsung.
Semoga kita berjumpa lagi.. 


9 comments:

Zam said...

kak.. ejaan tajuknya silap kak.. hehe

haa.. pernah bercadang nak bw anak buah hr tu join, tp selisih degn aktiviti lain.. time tak cun..

balqees dairy said...

As salam Ita....BALQEES tu cucu akak dia memang teruja nak belajar berkali2 dia minta akak tel Pn Siti agar nama dia tersenarai dlm kelas u.Alhamdulilah tertunai juga hasratnya.Terima kasih diatas tunjuk ajar dan layanan yg di beri....Balqees tu nama akak sebenarnya....panggilan mesra dia dirumah Natashah.

fazianbatrisyia said...

anak2 pon dah suka dunia ni...kalau membesar nanti lagi la mereka seronok sebab dah ada pendedahan awal...sy kecik dulu x jumpa cam ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

oh my my.. kenapa sy tataw pasal bengkel ni??? :-(

Kamsiah yusoff said...

alahai...hasil budak2 tu mendeko ..malu lak akak tgk..budak2 tu lbh terer..:)

Sweet red cherry said...

seronoknya tengok anak-anak kecil mendeko..nampak berbakat dalam bidang ni..

Faaeinz said...

wah.. comel2 semuanya. pandai adik-adik ni buat. antara pengalaman yang sangat berharga tu. =)

Mohammad Majduddin said...

wah.. semuanya berbakat.. insyaAllah, boleh jadi hebat bila dewasa nnti.

tweetylikepurple said...

Assalamualaikum...
syok tengok dorang....kelas tuk warga dewasa takde ke...:)

Post Top Ad

test