Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, di mana sahaja anda berada.
Alhamdulillah dah sehari dah kita berpuasa, semoga kita sama-sama dapat melipat gandakan amalan di bulan yang penuh barakah ini.
Awal puasa , ita dah tak sihat. Entahlah.. mungkin ujian Allah, sakit adalah satu dari ujian Allah yang dapat menghapuskan dosa. Semoga bersempena bulan Ramadan ini, terhapuslah segala dosa yang pernah ita lakukan, samaada ita sedar atau ita tak sedari. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dapat menjalani setiap ujian darinya dengan penuh kesabaran.
Sekarang ni sakit nak datang tak menentu. Pagi nampak sihat.. asal masuk petang aje dah mula lah terasa dingin seluruh tubuh.. Segala sendi bagaikan di cucuk-cucuk.. sejuk yang amat hinggakan nak pijak lantai pun terasa bisa seluruh badan.
Hari pertama puasa, pasti semua anak-anak berkumpul untuk sama-sama menyambut kedatangan Ramadan bersama keluarga. Ada yang merebut peluang cuti hujung minggu yang panjang untuk pulang ke kampung dan menyambut puasa bersama ibu dan bapa. Seronokan bila dapat berbuka bersama ibu dan ayah.
Ita mengharapkan Ramadhan kali ini buatkan ita semakin kuat, semakin sabar dan juga semakin mendekatkan diri padaNya. Ita juga berharap ita dapat menjalankan kewajipan ita terutamanya kepada pencipta, suami tercinta, anak-anak dan juga kepada kedua ibu dan bapa.
Apa menu hidangan anda untuk keluarga hari pertama puasa. Oleh kerana ita tak berapa sihat.. menu ita bias-biasa sahaja.
Sahur biasanya, terutamanya hari pertama puasa, anak-anak tak berapa makan sangat. Mungkin terkejut bila bagun awal pagi untuk menikmati hidangan. Masalah pertama adalah nak membangkitkan mereka yang sedang enak di buai mimpi. Uhh... berpelu-peluh di buatnya.. Tak kira yang kecik atau yang bujang.. semuanya sama aje..
Kadang dah bangun.. sampai kat meja makan.. masih tersenguk-senguk.. nak mengadap hidangan. Inilah cabaran pertama atau ujian pertama untuk ibu dan ayah.. melayan kerenah anak-anak.
Untuk sahur pertama ita, ita sediakan menu yang simple. Masak lemak telur dan kentang. Ita lawankan dengan ayam sambal supaya ada lah pedas sikit.. Ita ni kalau tak ada pedas memang tak berselera sangat nak makan. Tapi kalau bulan puasa ita tak lah masak pedas-pedas sangat.. sebab bimbang juga dengan perut anak-anak takut meragam pula di hari pertama puasa. Tapi alhamdulillah.. nampaknya hari ni semuanya ok!
LEMAK TELUR DAN KENTANG
5 biji telu ayam ~ di rebus, kupas kulit
2 biji kentang ~ kupas kulit dan belah 2 atau 4
sedikit soon ~ di rendam
200 ml santan
1 liter air
1 keping asam keping
5 tangkai cili padi ~ diketuk
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan air, cili, kuib ikan bilis dan kentang
Biar kentang empuk
Masukkan santan
Masukkan telur rebus dan soon
Biar merenih
Sedia di hidangkan
AYAM SAMBAL
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
1/2 ekor ayam saiz sederhana, kerat ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 1/2 senduk makan cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
Bahan kisar
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji buah keras, hiris
1 inci belacan
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, dan masak hingga pekat. Tambah pes asam jawa, sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sambal kering sedikit.
Tambah bawang besar dan rasa, jika kurang masin, tambah garam lagi. Masak sekejap, dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau apa2 saja yang anda rasa sesuai..
Untuk hidangan berbuka puasa hari ini pula ita sediakan Nasi Lemak. Ini adalah atas permintaan anak dara ita. Payah juga.. yang ni nak mee.. yang ni nak nasi lemak.. yang ni pua nak nasi ayam.. kalau masak semua nanti tak habis pula..
Jadi anak-anak sepakat hari ni masak nasi lemak dulu.. esok giliran yang lain-lain pula. Esok-esok.. pasti selera mereka juga turut berubah..
Di sebabkan ita tak berapa sihat , ita masak mana yang sempat aje.. Ita masak nasi lemak, buatkan sambal tumis ikan bilis, goreng ayam dan ita masak rendang lada hitam. oppss.. lupa ita juga sediakan jus tembikai untuk anak-anak. Lepas habis masak terus flat ita.. nak ambil gambar pun tak ada mood sebab badan dah mula terasa gigil nak demam.. Nak angkat kamera pun dah tak larat.. ita snap gambar mana yang dan aje lah ye.. Doakan esok ita sihat ya.. dapat ita masak yang sedap-sedap untuk anak-anak esok..
NASI LEMAK
4 cawan beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
5 cwn santan ~ dari 1 biji kelapa
3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
2 inc halia - dihiris
1 camca halba
1 batang serai
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
secubit garam - atau secukup rasa
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halba, halia , serai dan daun pandan ~ tumis terus dio dalam periuk nasi
masukkan santan, dan biar merenih
Masukkan beras
dan secubit garam
Tanak nasi seperti biasa.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
2 cwn ikan bilis - digoreng
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak
Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau
Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.
Resepi Oleh : Wan
Rujukan : Mesra Net Resepi
Ita tukar resepi dari ayam kepada daging
1 kg daging batang pinang, potong kecil
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau perut ~ ita tambah
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula melaka ~ ita tambah
1 kiub daging
Baha Kisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ~ ita tambah
2 inc halia
3 batang serai
1 inc lengkuas
1/2 cawan lada hitam ~ ita kurangkan
10 tangkai cili kering ~ potong dan rendam hingga lembut / rebus
1/4 cawan rempah biji
Ita tumis dahulu bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan daging, tambah santan cair dan biarkan daging empuk
Bila daging dah empuk masukkan daun kunyit, daun limau perut dan gula melaka
Tambahkan santan pekat dan kiub daging
Perasakan dengan garam dan gula
Biarkan hingga kuah pekat dan kering
Sedia di hidangkan.
Kepada semua selamat bersahur untuk esok dan selamat menjalani ibadah puasa.
12 comments:
Ini yang akak cakap menu simple o.O Ya Allah ini dah macam nak buat jamuan.. CT makan nasi bungkus saja kak..
Harap2x cepat sihat..insya allah. Tak sihat pon masak mcm2x..n gambar pun cantik je.
Tertarik dgn rending hitam tu
mmm sedap
semoga Kak Ita diberi keafiaatan dalam bulan yang penuh berkah ini.. kesian bila tahu Kak Ita tak sihat..
x sihat pun Ita masak macam2 untuk keluarga, semua nampak sedap. muga hari ni Ita bertambah sihat dapat berpuasa dibulan yg penuh barakah. Amin.
Salam Ramadhan kareem Ita & keluarga...
assalamualaikum kak ita.
saya doakan akak cepat sihat.
selamat berpuasa dan mohon maaf atas segalanya. tq
nak terai daging lada hitam tu. nampak mabelesss
Selamat berpuasa Kak...menu yg super simple n sedap
Salam Kak Azlita,
Selamat menunaikan ibadah puasa :)
syafakillah kak..smg allah beri kesembuhan...
nak menu ikan tuna kakkkk #kedip mata
hehehe
Assalamualaikum Kak Ita,
Saya yaya..saya nak ucapkan terima kasih untuk semua nukilan resepi akak di blog ni.
Tahun ni buat kali pertama saya akan menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk family bagi mengantikan arwah mak saya.
Mohon doa kak ita untuk juadah yang saya sediakan buat family nnt dapat mengubat rasa kehilangan nak merasa air tangan arwah mak
selamat berpuasa kak Ita. JazakAllahu khairan katheeran
Post a Comment