Minuman yang ita sediakan untuk berbuka puasa semalam ialah jus tembikai. Sebenarnya kami sekeluarga memang suka sangat makan tembikai, dan tembikai adalah buah yang mesti sentiasa ada di dalam peti ais.
Tahukah anda, jika di Kelantan, mereka memanggil buah tembikai sebagai timun. Mungkin agak ganjil bagi ita yang baru pertama kali berkunjung ke Kelantan. Kalau di Johor, kita panggil tembikai, ada yang panggil buah semangka, tapi di Kelantan di panggil timun. Timun kalau kita adalah sayuran yang panjang dan berwarna hijau.
Dan sangat pelik bila ita lihat orang kelantan makan nasi berulamkan tembikai. Mereka boleh makan dengan budu, dan lauk pauk yang lain, seakan mereka menjadikan tembikai sebagai ulam-ulaman. Mula-mula ita memang jakun.. tapi bila dah lama berada di kalangan mereka, ita dah boleh memahami. Jangan tak tau.. anak ita Dalili juga sekarang boleh makan nasi berulamkan tembikai.. ^_^
Buah tembikai sangat kaya dengan vitamin A dan C. Selain itu ia juga mengandungi asid folik, magnesium, zink dan pelbagai garam galian yang bermutu tinggi dan amat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.
Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Tembikai yang mengandungi banyak khasiat juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit kepala, penyakit paru-paru dan penyakit kulit.
Penyakit artristis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan membuang kesan-kesan toksik dalam tubuh badan kita. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Setelah kita tahu khasiatnya.. macam mana?
Jom kita banyakkan makan buah tembikai..
WATERMELON JUS
Buah tembikai secukupnya di buang kulit dan di potong kecil
Masukkan ke dalam mesin pengisar yang bersih
Tambahkan sedikit air untuk memudahkan proses mengisar.
Tambahkan sedikit air gula jika tembikai kurang manis
Kisar halus
Enak di sediakan dingin
10 comments:
time kat kemboja dulu, kami pun makan nasik ulam tembikai.. hehehe
buah tembikai pun wajib ada di dapur saya. Kami jarang makan mentah, biasanya buat jus. Hari tu masa ke Kelantan, beli 2 tembikai comel sebiji RM3. Dari sebiji tu boleh dapat 4 botol besar jus tembikai, memang puas minum. Betullah, sy pun ada kwn Kelantanese yg jadikan tembikai sebagai ulam.
erm. sedapnya.. terliur.. :-)
Betul sgt kak ..penyejuk tekak baik juga untuk kesihatan..skrg kat pasaraya pun tgh murah harga tembikai.. Selamat berpuasa utk kak ita dan juga keluarga ye
Salam kak Ita, kalau di sabah, kami panggil tembikai itu cekui bhagian dekat kulit boleh tumis buat sayur....orang utara plak buat kerabu mkn ngan nasi. Satu benda boleh buat macam2 ikut kreativiti orang setempat kan?
kita suka tambah laici...sedap :)
selamat menyambut bulan ramdhan kak ita dan keluarga.
semoga di terima segala amal, di hapus segala kesalahan...amin.
kalu kenduri kat kelantan, makan nasi dgn buah tembikai ni mcm ulam...
bila saya buat mcm ni kt kl org tgk pelik semacam..
erm, sedapnya watermelon jus..selamar berpuasa buat kak ita sekeluarga
yg ni mmg terbaik...hari2 pon tak pe
Post a Comment