BLACK FOREST CHOC CHEESE CAKE - masam manis f

Breaking

Jun 25, 2014

BLACK FOREST CHOC CHEESE CAKE

Tiada ungkapan yang dapat ita coretkan.. hanya rasa syukur yang teramatnya... di atas ucapan selamat ulang tahun yang tak putus-putus ita terima..


Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku peluang bernafas lagi di bumi mu ini.. menjadi hambamu..
Ya Allah sesungguhnya kau memberikan ilham kepada mereka untuk sentiasa mengigatkan ku.. agar aku tidak leka dan alpa.. sesungguhnya bumi ini hanyalah perjalanan yang sementara.. yang pasti kekalnya di sana kelak.. Oleh itu Ya Allah peliharalah iman ku.. janganlah kau pesongkan ia setelah Engkau berikan daku petunjukMu...




Terima kasih teman...
Terima kasih atas ingatan tulus dan suci..
Janbangan bunga...
doa dan harapan..
nyayian dan dendangan..
kek coklat.. dan pulut kuning pemberian..
semuanya tetap terpahat di ingatan..
semoga kalian juga di limpahi rahmat dan senantiasa di dalam kesejahteraan..
Di bawah lindungan
Ya Rabil alamin...

Terharu ita.. terima kasih ya kawan-kawan.. tak tau apa yang dapat ita balas.. semoga Allah sahaja yang dapat menyampaikan harapan ita yang kudus ini..


Hari ulang tahun ita tak adalah istimewanya.. sama aje seperti selalu.
Kalau ikut-ikutkan.. bila ya kita rasa sangat seronok meraikan ulang tahun..
Ada yang kata sewaktu zaman kanak-kanak..
Tapi tak semua kanak-kanak bertuah merasai sambutan ulang tahun mereka..
Bila mereka di lahirkan di dalam keluarga sederhana atau mewah.. mungkin mereka berpeluang merasai suasana itu.. tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan.. pasti hari lahir hanya terpahat di atas sehelai kertas Sijil Kelahiran..


Pada ita suasana hari lahir yang paling seronok adalah pada era anak dara..
wahh... ya Allah seronok giler.. sebab banyaknya lah dapat bunga.. dapat coklat dan kek.. entah dari siapa-siapa pun ita tak tau.. hihi.. ada yang hantar kat tempat kerja.. ada yang hantar kat rumah..
yang menghairankan ita hingga hari ini.. mana ya mereka tau tarikh lahir ita?
Kalau kat FB ni mereka taulahlah sebab FB sentiasa ingatkan tarikh ulang tahun kawan-kawan kita.. tapi masa dulu mana ada FB kan.. ?

Pernah satu hari di hari ulang tahun, seingat ita masa tu.. usia ita masuk 20 an kot..
Ita ni pun bukannya ingat sangat tarikh lahir ita.. macam yang ita pernah bagi tau.. tarikh lahir ita tak ada beza dengan tarikh hari-hari yang lain..
Hari ita tu pergi kerja macam biasa..
Sampai-sampai aje dah ada kek dan sejambak bunga rose atas meja..
Siapa punya lah pulak ni..?
Puas tanya semua orang siapa punya ni.. ? tak ada tulis untuk siapa dan daripada siapa... aik pelik..
dah lah terliur tengok kek tu kan.. macam sedap aje.. kek pandan kastard..
Kejap lagi datang lagi bunga..
Kali ni sejambak rose dengan coklat pulak.. "untuk cik Nor Azlita"
eh.. saya punya ke ni.. biar betul..
bila tanya dari siapa ?..
budak yang hantar tu pun kata
"tak taulah kak.. orang suruh hantar saya ni tolong hantar aje.. "
Ita ni memang lah suka coklat.. tapi kalau orang yang bagi tak tau siapa.. macam mana nak makan ni.. dah lah geram aje.. tengok coklat ni.. lagi geram bila tak tau siapa pengirimnya.. eiii... gigit jugak coklat ni karang..
Lepas tu datang lagi satu bungkusan.. dengan bunga jugak.. mak aiii... ada lagi.. dari siapa pulak ni..
" secret admirer"
Ya Allah dah ada secret amidrer lah pulak...
adoiii... siapa pulak lah yang suka bersecret-secret ni.. jenuh nak fikir tau.. tak jadi kerja jugak satu hari nak fikir siapa bagi ni..
ada bear lah hihi.. adoii.. macam kita ni budak kecik lah pulak.. emmm... kalau bagi makanan kan best! bagi lah ayam goreng ke? nasi bungkus ke?.. mee goreng ke?.. rojak ke? kan sedap sikit .. kenyang perut.. ni bagi bear..
"uiii... orang dah bagi ambik je lah.. " kata kawan ita Raden..
"kalau tak nak bagi aku.. hihi" guraunya lagi..
'tak lah.. kalau bagi makanan kan best.. kenyang lah sikit perut kita.. cik Raden oiii... tak yah kita gi makan kejap lagi.. kan jimat duit belanja bulan ni.. '
"Entah... tau tak pe..." sambung Raden dan kami pun ketawa terkekeh.. kekeh.. tapi dalam kepala ni masih lagi memikir siapa lah yang bagi barang ni semua.. dan fikir jugak macam mana nak angkut semua ni bawak balik rumah..
Ita ni dah lah pergi balik kerja jalan kaki.. ada serembah- serembih karang bawak barang sarat-sarat ni semua..
Satu hari tersenyum sorang-sorang... senyum sampai telinga..
" berangan lah tu..." sampuk Raden lagi..
Serius.. satu hari tersenyum panjang.. muka merah padam kena perli dan sindir dari kawan-kawan.. emmm... kalau tau tak yah pakai blusher tadi.. dah merah pun pipi ni... bukan pipi aje merah.. telinga-telinga pun merah kena sindir.. uh.. panasss...

Bila nak balik kerja.. emm tak kan nak bawak semua ni.. kek alhamdulillah dah selamat kita makan satu office.. coklat boleh selit dalam hand bag.. bear ni.. emmm tingal sini lah.. malu pulak nak bawak balik.. dah lah kena menapak jalan kaki.. nanti nak panjat bukit tu lagi.. ada jatuh terlentang.. dahlah bukit tu licin..
Ita masa kerja tinggal menyewa di Bukit Cagar. Nak jimat.. tempat kerja pun tak lah jauh mana.. tu yang ita pergi dan balik kerja jalan kaki. Kalau ikut shorcut kena lah lintas landasan keretapi tu.. dan kenalah panjat bukit.. sebab tu ita pergi kerja pakai selipar aje.. hihi senang nak panjat bukit.. kasut tinggi tinggal kat tempat kerja.. hihi

Turun lift aje.. mak aii dah ada orang tunggu dengan bunga depan lift..
Ini untuk awak.. Selamat Hari Lahir..
Alamak.. mamat  poyo nilah pulak..
sambil tersengeh-sengeh... "terima kasih.."
Jom saya belanja awak makan..
"eh.. tak pe.. dah kenyang.. lain kali lah ya.. saya nak balik cepat ni.. sakit perut.." hihi..
Saja cari alasan nak mengelak..
"Esok boleh?"
"emmm... insyaallah.. tak boleh janji... "sambil cepat2 jalan.. kang kalau tunggulama lagi macam-macam pulak di tanya.. nak bagi alasan apalah pulak..

Jalan macam lipas kodong..
Sampai dekat kaki bukit.. alamak.. ada pulak sorang mamat kat atas bukit tu..
Macam mana nak panjat bukit ni..
" Bang turun lah dulu.."
" Eh! tak pe... awak naik lah dulu.."
alamak.. mat ni.. orang suruh dia turun.. dia suruh kita pulak naik dulu.. dah lah kita pakai baju kebaya.. karang nak panjat bukit ni bukan senang, tertongeng-tongeng pulak tu..
" turun lah dulu bang.. nanti payah saya nak panjat bukit ni.. "
" tak pe.. awak naik lah dulu.. saya tak tengok.."
adoii... poyo betul lah mamat ni..
" ok.. jangan tengok ya bang.. kalau abang tengok dosa tau!"
"ok.. ok.. saya pandang lain.."
dah lah bukit ni licin.. baru lepas hujan..

Sampai aje atas bukit..
" nah ini untuk awak"
mak aiii... bunga lagi..
" eh.. bang.. bang.. awak ni salah orang kot.."
" eh tak lah bunga ni awak punya"
" siapa bagi ni bang.."
" ada lah nanti awak tau lah.."
adoiii... mamat poyo ni.. nak melawak lah pulak... dah lah dahi bertampal plaster.. ada tampal plaster lagi sebelah dahi tu pulak karang..
Mamat tu pun berlalu.. tanpa bagi tau siapa pengirim pada bunga tu..
tapi..... eh ada kad lah..
" LOVE ARE RED.. VIOLETS ARE BLUE..."
Jiwang lah pulak...

Akhirnya sampai jugak kat rumah...
Bukak aje pintu..
mak aiii... banyaknya bunga.. siapa punya ni..?
"Intan punya lah.." kata adik..
Siapa bagi ni..?
"entah"  kata adik sambil mengangkat bahu..
Pas tu ita nampak pula ada satu mangkuk tingkat.. yang dah biasa ita nampak..
Ni siapa punya pulak?
"Mak bagi" kata adik lagi..
" emmmm... sedapnya bau... lauk kerutup ikan.. sedapnya.."
Inilah hadiah yang paling sedap dari seorang ibu.. sebab mengenyangkan kan.. lauk kegemaran ita dari air tangan emak tersayang.. terima kasih emak.. walaupun bukan sebiji kek.. tapi mak ingat hari ini hari lahir ita.. dan mak masakkan lauk kesukaan ita.. terima kasih mak..

Poyo aje kan.. kenangan hari ulang tahun ita.. ^_^
Pasti kawan-kawan ita juga ada kenangan hari ulang tahun yang cukup indah untuk di ingat. Alhamdulillah.. kadang-kala pengalaman itu mematangkan.. Setiap apa yang kita lalui adalah MasamManis dalam kehidupan..


Ok lah sebagai menghargai kawan-kawan yang senantiasa mengigati diri ini, hari ini ita hadiahkan satu lagi resepi kek yang paling ita suka. Kek Black Forest Choc Cheese Cake. Resepi ni asalnya resepi dari Sifu ita, tapi ita olah sana sikit.. sini sikit ikut keselesaan ita dan citarasa ita dan keluarga.

Oleh kerana hari ini adalah hari ulang tahun ita, maka kek ita kali ini di sediakan oleh suami ita... untuk ita lah.. hihi. tapi masih lagi di bawah pengawasan. Sebenarnya dah lulus pun.. suami ita ni memang suka memasak. Mungkin sebab dia dah biasa hidup sendiri.. sebab tu dia ligat juga di dapur. Ialah dok asrama aje dah berapa tahun.. dari tingkatan 1 kemudian persedian 1 tahun di Kuantan. Lepas tu duduk merantau di US selama 5 tahun.. Bila dok merantau.. mestilah kena masak sendiri.. sebab tu lah dia boleh memasak.

Masa mula-mula kawin dulu.. ita naik segan dengan suami.. ialah kita ni tak pandai masak.. segan aje kan..
Ok lah tak payah cakap banyak lah kan jom kita semak resepi..

Untuk membuat kek ni ada beberapa step yang kita kena sediakan. Satu lagi kena ada ring pan cake yang bulat. Dan yang utamanaya kena ada black Cherry yang besar-besar. Bahan ni semua boleh di dapati di kedai jual bahan kek.


BLACK FOREST CHOC CHEESE CAKE

Step pertama kena buat dulu lapisan dasar atau kita pangil base cake. Untuk bahagian dasar ni kita boleh guna kek atau biskut sebagai dasar kek.
Untuk kek ita kali ni ita guna lapisan kek. Untuk resepi kek lapisan dasar ni anda boleh guna resepi kek choc moist di SINI. Tapi kita tak perlukan 1 buku kek ni. Buat 1/2 aduan dan bila dah masak potong 2 ambil 1 bahagian sahaja ya.

Ok bagi yang tak suka kek choc lembah, boleh guna kek span biasa sebagai asas kek.
Atau boleh guna lapis dasar biskut.

Base Bawah
150 gm biskut Oreo + biskut Marie ( boleh guna semua biskut Oreo atau semua biskut Marie atau campurkan kedua-duanya 50/50 pun boleh)
50 gm cornflakes ( ramas-ramas sikit)
90 gm butter ~ di cairkan

Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Tuangkan dalam ring pan yang di lapik alas kek
ratakan dan padatkan
Sejukkan di dalam peti ais hingga keras

ok, kalau guna kek potong kek satu lapisan dan letak dalam ring pan tadi. Ketepikan

Sekarang kita sediakan Cherry pulak ya.

Jam Cherry
1 tin Dark pitted Cherry ~ asingkan buah dan jusnya ( asingkan 30 ml air jus untuk jelly nanti dan 1/2 daripada  biji cherry untuk jelly)
Baki jus
30 gm filling buleberry
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu besar gula

Satukan semua Bahan kecuali buah Cherry, masak atas dapur dengan api sederhana hingga pekat. Tuangkan buah cherry dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan ( tak payah masuk peti ais)

Sementara cherry kita sejuk, kita sediakan Choc cheesenya pula.

Chocolate Cheese
400 gm cream Cheese
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
180 gm coklat masakan gelap ~ cairkan secara kukusan
300 gm krim bukan tenusu
12 gm gelatin
60 ml air.

tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang.
Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
Kemudian cairkan Dark Choc secara kukusan, ketepikan
Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
Tuangkan coklat masakan cair, vanilla dan jus lemon, putar rata
Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan
ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese.
Kaup balik rata
Ulang proses hingga habis semua 

Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
Susun buah Cherry dan jemnya tadi
Tuangkan baki adunan dan ratakan
Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam

Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula Jelly

Jelly Cherry
1/2 tin buah cherry
30 ml air jus cherry
30 gm blueberry filling
8 gm gelatin
50 ml air

tuangkan gelatin atas air dan buarkan kembang
Panaskan secara kukusan hingga jelatin mencair
Satukan buah cherry dan jusnya dan kisar hingga hancur
Dalam periuk kecil, satukan bahan kisar dan blueberry filling dan masak dengan api sederhana
Tuangkan gelatin dan gaul rata.

Tuangkan jelly kita ni atas kek.
Kalau ada lagi lebihan cherry bolehlah hiaskan atas kek. kalau tak de biarkan kosong aje, atau hias ikut dekorasi masing-masing
Simpan dalam peti ais hingga jelly keras dan rasa kek yang dingin.
Kek ni sangat enak di makan dingin.


ok mudah aje kan caranya
Selamat mencuba.
 














14 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

amboiiiiiiii... ramainya peminat Intannnn.. hihihi. Kak Ita, adakah salah sorang darinya Cik Abang yang teman Kak Ita kelmarin??? Storylah sikit detik2 perkenalan tu, huhuhu

Unknown said...

selamat hari ulang tahun kakita...sori lambat wish...semoga segala urusan dipermudahkan...

fazianbatrisyia said...

ramai peminat kak ita ni....dara pingitan. best baca cerita mcm ni x la rasa sedih sgt.
untungnya kak ita hb buatkan kek...senang2 nanti sy nak cuba pulak

Unknown said...

happy belated besday kak ita..

Unknown said...

happy belated birthday kak ita..best semua resepi akak..saya new follower..

asmahyusof said...

Happy belated besday Kak...semoga terus sukses dan diberkati kak ;)

Hesti HH. said...

Happy belated birthday Kak Ita sayang, semoga sukses selalu, diberi umur dan rezeki yang barokah. Manfaat buat kak Ita manfaat pula buat orag lain. Amiiin

Unknown said...

Happy belated bifday k.ita..smg trus sukses

Anasyg said...

kek! (T.T) lapa2. terima kasih sudi share recipe :)

dapur dwek said...

happy belated birthday kak Ita, barakaallah...
salam kenal

Nasa Mulia said...

Bagusnya ramai peminat, kak Ita saya pernah makan kek ini suatu ketika dulu yang dibuat oleh satu bakeri tu untuk promosi, nak minta resepi dr mereka mesti tak bagi....sampai sekarang cari kat mana2 kek yg serupa dah tak jumpa, bakery tu pun dah tutup...nasib baik kak ita share resepi kt sini.

May Ann Francisco said...

Oh...sooo tasteful!

Unknown said...

Happy belated birthday kak ita.😆

Unknown said...

salam ita nak tanya dlm gambar ni ita guna keke or biskut sbg base?

Post Top Ad

test