KEK LAMINGTON - masam manis f

Breaking

Jun 17, 2014

KEK LAMINGTON


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang bukan sahaja unik tapi juga sedap dan semestinya menjadi kegemaran anak-anak di Hari Raya.
Kek kesukaan ibu kepada Chef Rose yang telah di berikan sentuhan moden agar tampil lebih menarik dan penyeri di meja hidangan.




Resepi dan idea kek ini ita ambil dari buku Koleksi 20 Resepi Planta yang ita dapat sewaktu menghadirkan diri dalam kempen Seceria Air Tangan Ibu bersama planta baru-baru ini. Anda juga boleh mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini.

Untuk kaedah penyediaan yang lebih lengkap anda bolehlah layari Yutube Planta untuk mendapatkan resepi dan video pelbagai resepi pilihan yang di sediakan oleh Planta, bersama tetamu jemputannya.
Chef Rose juga ada menunjukkan kaedah menyediakan kek ini di sana.


Pada pendapat ita, anda boleh ubah penyedian kek ini mengikut kreativiti anda. Anda boleh gunakan apa sahaja kek yang anda suka. Kaedahnya mungkin sama tapi penyediaan dalam dekorasi yang berlainan.

Untuk luaran kek anda boleh salutkan kek ini dengan jelly atau coklat masakan yang pelbagai warna untuk menarik perhatian anak-anak.

Luarnya pula anda boleh salutkan dengan kelapa kering, badam cincang, coklat urai, bread crumbs, croquant, manik gula atau apa-apa sahaja yang anda suka. tapi pilihan ita pada yang asal iaitu kelapa kering yang memang sedap sangat bila dimakan bersama kek comel-comel ni..


Anda boleh ikut resepi asal yang ita kongsikan di sini, atau anda boleh ubah kek dalamya mengikut kek kesukaan anda. Yang pasti kek itu bukanlah kek yang mudah peroi, kerana kita akan celupkan dalam coklat masakkan atau jelly. Jadi.. kita tak naklah nanti bila di celup dalam jelly atau coklat masakkan dia pecah pula.

Ita gunakan resepi rainbow cake untuk dalamnya.

Jom kita semak resepi yang di kongsikan oleh Chef Rose ini.


KEK LAMINGTON
Resepi oleh : Chef Rose
Rujukan : Buku Seceria Air Tangan Ibu
Keleksi 20 Resepi Planta

Bahan Adunan Kek

120 gm Margerin Planta
350 gm Gula kastor
260 gm tepung gandum
240 gm susu segar
4 biji telur suhu bilik
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam

Mula kita ayak semua bahan kering dan ketepikan
Pukul telur dan gula sehingga kembang dan sehingga ke " ribbon stage"
Masukkan bahan ayak, esen vanilla dan kaup balik sebati
Cairkan margerin Planta bersama susu segar dan panaskan dengan api sederhana
Kemudian tuangkan 1/3 aduan cecair planta dan susu ke dalam adunan tepung
Gaul rata
Tuangkan lagi 2/3 adunan cecair planta dan susu ke dalam aduan dan kaup balik rata
Akhir sekali tuangkan semua adunan dan kaup balik rata

Sediakan  2 loyang bersaiz 8 inc
lapik kertas pembakar dan sapukan dengan  sedikit margerin Planta
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan dahulu 15 minit awal dengan suhu 170 C
Bakar kek selama 30 ~ 45 minit
Selepas kek masak, sejukkan atas redai
Balut kek dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti ais selama 2 jam
Potong kek kepada bentuk yang anda suka


Untuk Coating anda boleh pilih samaada nak salut dengan Jelly atau dengan coklat masakan.

Bahan untuk Coating Jelly
1 peket serbuk jelly berperisa strawberry
120 gm kelapa parut

Sediakan adunan jelly mengikut arahan pada kertas bungkusan
Bila jelly dan sedia, anda boleh celupkan kek dalam jelly tadi
Salutkan dengan kelapa parut
Sejukkan di dalam peti ais

Untuk coating coklat
Anda boleh cairkan coklat masakan, terpulang nak guna Dark Choc, Milk Choc atau White Choc. Atau coklat masakan lain yang berwarna warni
cairkan coklat secara kukusan
Celupkan kek dalam coklat masakan yang telah cair tadi
Anda boleh salutkan dengan kelapa kering, serbuk badam yang telah di bakar, serbuk roti, manik gula, coklat urai atau apa-apa hiasan yang anda rasakan bersesuaian.



Atas permintaan ramai  kek ini di buka untuk tempahan hari raya untuk seluruh Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat sila pm ita di fb Azlita Aziz 
Tempahan adalah terhad..













20 comments:

Gee® said...

Sangat cantik....

Zam said...

wah.. dah lama tringin nk mkn lps tgk dlm australia hr tu

Anonymous said...

waaaaah.. dah macam truffle choc godiva dah ni..
andai kata tanganku ini berseni masak memasak ni.. dah cuba dah :P

fazianbatrisyia said...

dah lama teringin nak cuba buat..tak terbuat2...senang2 nanti sy cuba ye kak ita...

IZAN ALI said...

Cantik utk hidangan hariraya

IZAN ALI said...

Cantik utk hidangan hariraya

Khamsi Abdullah said...

Chomelnye! bookmarked.

Unknown said...

sedapnye k.ita.. :)

Unknown said...

sdapnye kak.mhon share resepi ye.

Normah Wahid said...

Teringin nak buat..

Unknown said...

k.ita, blh x marjerin tu digantikan dgn butter? guna sukatan yg sama juga ke?

Normah Wahid said...

Berapa lama boleh tahan kek ni?..

Unknown said...

Trma ksh kak..nmpk menarik..nk cba la

Unknown said...

Cantiknya.. kek ni leh tahan lama ke kak ita klu nak dibuat raya?

Unknown said...

Cantiknya.. kek ni leh tahan lama ke kak ita if nak buat juadah raya?

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

Nk bt la raya nti...

asmahyusof said...

K.ita cantik Sgt keknya ;)

Pretty Sweets said...

Salam kak ita.. sy budak baru belajar,jemput intai blog sy

Unknown said...

salam perkenalan sis.. sangat manarik kek ni kak.. adore dengan air tangan sis..

Unknown said...

kak ita... ejaan 'hampir' dlm pantun termiss huruf 'm' laa..

Post Top Ad

test