Rusian Black and White in cup - masam manis f

Breaking

Jun 10, 2014

Rusian Black and White in cup


Rusian Black and White adalah kek yang sering kali mendapat permintaan yang tinggi di kalangan customer. Kek yang unik ini bukan sahaja cantik di pandang malahan rasanya juga cukup mewah dengan rasa coklat dan cheese moca.




Ramai yang tanya ita macam mana ita buat Rusian Black and White cake in cup ni, hari ni ita kongsikan bagaimana caranya ita sediakan kek dalam cawan comel ni. Tapi maaf lah ya ita tak sempat nak buatkan step by step sebab ita kesuntukan masa. Insyaallah jika ada kesempatan lain kali ita kongsikan.



Hari ni ita terangkan aje bagaimana caranya, tapi ita rasa dengan penerangan ini sahaja anda semua dah faham bagaimana cara dan kaedahnya ita menyediakan kek ini.


Mula-mula kita intai-intai dahulu resepinya. Resepinya boleh lah dapatkan di SINI


Untuk membuat kek in cup ni apa bahan yang penting kita mesti sediakan ialah cup cawan yang comel-comel ni.
Kita juga perlukan kek choc moist. Untuk 1 cup ni kita perlukan 2 keping dengan ketebalan saiznya 1/2 inc atau 1 cm
Kek tu kita masak dahulu dalam loyang, macam biasa.. tak kiralah nak guna loyang bulat atau loyang empat segi.
Bila kek dah masak, sejukkan kemudian kita potong kek dengan ketebalan 1 cm atau 1/2 inc.
Lepas tu dengan menggunakan cutter bulat yang sama saiznya dengan cawan comel ni, kita terap dan potong.

Sekarang kita perlu masukkan ganache chocolate dan krim moca dalan 2 piping bag. Masukkan asing-asing ya.
Potong hujung piping bag kecil, jangan kecil sangat dan jangan terbesar pula..

Letakkan 1 keping kek dalam cawan
Paipkan ganache coklat dan coklat moca berselang seli warnanya
Kemudia letakkan 1 lapis kek lagi
Ulang proses yang sama pada bahagian atas
Hiaskan dengan buah strawberry, dengan coklat, dengan chery atau apa- apa yang dirasakan bersesuaian.
Tutup cawan dan simpan dalam peti ais supaya ianya sentiasa dingin.


Selain dalam cawan, kek Rusian Black and White bulat juga menjadi kesukaan customer ita. Ini satu lagi kek yang di pesan oleh seorang customer, katanya nak buat makan-makan bersama keluarga sahaja. Deko yang simple dari ita.






6 comments:

Asnizah said...

As-salam. Boleh hantar ke sabah ta? ^_^

Liah said...

Terima kasih Puan Azlita, atas perkongsian kek ini sungguh menarik.Akan saya cuba membuatnya.Hanya Allah saja yang dapat membalas keikhlasan anda atas perkongsian resipi2 ini.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

choc dan cheese... memang kombinasi yang sungguhlaaaa.... (sila sambung sendirik) :))))))

Unknown said...

Sedapnya..

Nazhatul said...

Assalamualaikum kak ita...

Kita la yg order russian black and white tu. baru sempat potong kek semalam. terima kasih buat kek yg sedap sangat tu. penuh strawberry atas dia. hehehe... insyaAllah ada rezeki kita order lagi dengan akak ye. terima kasih layan kerenah kita yg last minute mintak tukar tarikh.

NaNa said...

kak ita, saya ana orang KL
kalau saya nak order tapi kalau saya nk minta tlg akak deliver ke airport senai boleh x?

Post Top Ad

test