4 Ramadhan - masam manis f

Breaking

Jul 3, 2014

4 Ramadhan



Soto dan Pengat Pisang bersago sebagai hidangan untuk berbuka puasa di hari ke 4 Ramadhan.
Semalam ita sediakan soto ayam yang simple. Ita buat yang ringkas sahaja untuk berbuka. Walaupun ringkas dan mudah tapi laris semuanya. Alhamdulillah tak membazir...




Sebenarnya ita merancang untuk mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Kalau ada antara ahli keluarga yang teringin nak makan apa-apa.. ita sediakan tapi dalam jumlah yang cukup minima. Cukuplah sekadar merasa.. sebabnya bila bulan puasa ni anak tekak semua nak makan.. tapi bila dah berbuka.. minum air aje dah tersandar kekenyangan.. kesian pula kat makanan yang di masak berlambak-lambak..

Ada yang bertanya, kak ita tak makan nasi ke bulan puasa. Sebenarnya ita makan nasi juga.. tapi pada waktu bersahur. Untuk hidangan sahur ita selalu tak sempat ambil gambar kerana masak di kala subuh. Keadaan gelap dan mengejar masa buatkan memang tak sempat nak ambil gambar.

Waktu berbuka biasanya ita tak sediakan nasi.. ita masak makanan yang anak-anak suka makan. Bukan tak masak nasi terus.. tapi nasi tu lebih kepada nasi ayam ke.. nasi lemak ke.. nasi tomato ke.. atau yang selebihnya mee.. atau nasi himpit. Sebabnya anak-anak ni bila bulan puasa semuanya mula merancang menu masakan yang mereka suka.. kerana pada mereka masa inilah mereka nak merasa apa yang selama ini mereka nak rasa.. Dan pastinya sebagai ibu.. ita tak sampai hati nak menolak permintaan anak-anak setelah melihat mereka keletihan berpuasa. Setahun sekali aje kan.. lagi pun menjamu orang berpuasa kan dapat pahala.. cuma jangan berlaku pembaziran.. masak dalam kuantiti yang cukup sahaja.



SOTO AYAM
Resepi Oleh : DianaA
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ( 12 orang )

6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat


Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang
Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


Satu lagi resepi yang ita sediakan ialah pengat pisang. Hidangan ini sebagai pemanis mulut setelah kita menjamu masakan yang pedas-pedas tadi.

Sebenarnya ita terliur nampak Yatie buat penat labu hari tu.. tu yang ita buat pengat untuk berbuka kali ni. Cuma ita tak guna labu, ita guna pisang nipah. Mulanya cari pisang nangka.. sebab kalau pisang nangka ni sedap sikit buat pengat.. tapi tak adalah pulak di jual.. susah nak dapat pisang nangka sekarang.. Pisang nipah ni pun mahalnya ya ampun.. sesikat kecil ni suami ita kata RM 5.. mahalnya lah aiii... padanlah orang jual pisang goreng mahal sekarang.. rupanya harga pisang memang mahal..

Ita tambahkan sago sebab Dalili ni dia suka makan sago. Pengat ni ni pun dia suka sangat.. bertambah-tambah dia makan.. heran ita bila lihatkan Dalili suka makan.. masa ita kecik-kecik dulu kalau mak buat pengat ita tak suka.. bila dah berumur barulah suka.. tapi anak ita Dalili ni dia pelik sikit.. dia suka sangat makan makanan yang ada gula melaka dan kelapa.. ^_^


PENGAT PISANG BERSAGO

1 sikat pisang nipah
1 mangkuk sagoo yang telah di rebus ~ ita guna sagoo besar

4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 sudu besar gula Merah / gula timbang / 1 buku gula Melaka
150 gm gula
secubit garam
2 helai daun pandan di simpul

Satukan santan cair, gula merah dan gula pasir, masak hingga gula larut.
Kemudian tapis.
Masukkan semula dalam periuk, panaskan semula, letakkan daun pandan dan secubit garam
Kemudian masukkan santan pekat, sago dan pisang
Kacau jangan sampai pecah santan
Bila masak dah boleh hidangkan..






6 comments:

MaMaCt said...

As slm sis, Maaf nak bertanya, soto nie ala2 lontong ke sis...ada letak santan ya sis...

Anonymous said...

Sedapnya soto, peberet ni tapi takboleh buat, karang seperiuk abis

crvmin said...

Terliur tengok pengat pisang....sedapnya..

Unknown said...

kluar x komen saya ni

adda syuhada said...

Ya ampun akak.....
Meleleh leleh air liur tengok sajian ni...

Sheila Salim said...

dapnyaaaa...

Post Top Ad

test