Salam Ramadhan kepada semua..
Hari ni kita telah pun masuk ke 4 Ramadhan. Ini bermakna telah 4 hari kita berpuasa. Macam mana dengan Ramadhan kali ini.. pasti memberikan kita banyak pengajaran dan keinsafan. Pasti ramai yang merebut bulan yang mulia ini untuk melakukan penghijrahan.. memulakan sesuatu yang baru.. dengan niat dan naiwaitu yang baik-baik..
Hari ni ita nak kongsikan sesuatu untuk anda semua. Tapi tujuan perkongsian ini bukanlah nak mengugat keimanan anda semua.. sebaliknya ia lebih kepada perkongsian..
Mungkin ada antara anda yang berhajat untuk menyediakan cendol untuk hidangan buka puasa petang nanti. Jika ada.. bolehlah ikuti panduan membuat cendol homade yang mudah dan ringkas.
Ramai daripada kita sekarang yang semakin ragu-ragu dengan pengeluaran produk yang di jual di pasaran. Rata-rata semuanya inginkan makanan yang halal dan toyibah..
Ramai juga rakan-rakan yang meragui.. penjualan makanan di bazar Ramadhan.. bimbang tahap kebersihan yang meragukan.. ada kata.. bimbang tentang wabak penyakit yang semakin banyak menular.. dengan pelbagai virus yang tidak pasti dari mana munculnya..
Lebih-lebih lagi negara kita sekarang terlalu banyak pendatang dari luar.. Kita pun tidak pasti virus apa yang ada pada mereka dan bagaimana tahap kesihatan mereka. Bila berada di celah rimbunan manusia.. seperti di bazar, pasti virus ini lebih mudah merebak.. lebih-lebih lagi pada minuman.
Tapi bila melihatkan anak-anak yang teringin nak makan.. kesian pula.. tak sampai hati menolak permintaan mereka yang sehari berpuasa.
Jika ada antara anak anda yang teringin nak makan cendol, tak payah bimbang.. Kini anda boleh menyediakan sendiri cendol di rumah. Mudah, ringkas dan yang paling penting halal dan bersih.
Apa tunggu lagi jom ita kongsikan resepi cendol yang mudah dari kak Fida
Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu
CENDOL PANDAN
Resepi oleh : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
40 g tepong hoen kwee
320 g air pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur
pewarna hijau dan kuning
acuan cendol atau acuan muruku
"Alamak... kena guna acuan cendol atau maruku lah pulak.. tak bolehlah nak buat macam ni... sebab kita tak ada lah acuan tu.."
Itu bukalag satu alasan... Jom ita tunjukkan kaedah yang mudah bagi mereka yang tak ada acuan tersebut.
Mula-mula kita ambil 2 atau 3 helai daun pandan. Potong keci-kecil. Masukkan dalam mesin pengisar. Tambahkan 320 g air , letakkan sekali pewarna kuning dan hijau. Kemudian kisar hingga halus.
Lepas kisar, kita tapis.
Kemudian kita satukan semua bahan ( tepung, garam, air kapur dan air pandan) di dalam bekas dan kacau rata.
Tuangkan dalam kuali, atau periuk dan masak atas api sederhana hinga ia pekat dan meletup-letup. Hingga dia tak melekat-lekat.
Ok, macam ni lah kiranya rupanya setelah kita masak dia tadi...
Bagi yang ada acuan maruku atau acuan cendol, bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam acuan terus.
Bagi yang tak ada, ikut cara ita, masukkan dalam piping bag. Kalau tak ada piping bag, masukkan dalam plastik bag, kemudian ikat plastik hingga ia jadi bahagian berbucu berbentuk kon. Potong bucunya kecil aje..
Sebelum tu.. anda kenalah sediakan satu bekas air ais, Air yang sejuk dari peti ais.. atau air yang anda letakkan ais di dalamnya. pastikan air tu benar-benar sejuk.
Lepas tu anda paiplah dia dalam bekas air ais tu tadi..
Bagi yang guna plastik tu hati-hati kalau panas. Anda tak payah picit masa dia tengah panas.. biar dia suam sikit baru picit.
Lepas tu simpan dalam peti ais.
Macam mana mudah aje kan....
Ok sekarang kita sediakan pula bahan untuk buat ais cendol pula.
AIS CENDOL
Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
1 liter santan ~ daripada 1 biji kelapa, boleh lebihkan jika suka pekat.
1 helai daun pandan ~ disimpul
garam secukup rasa
secukup cendol pandan
secukup rebusan kacang merah ~ ita tak letak
secukup jagung biji ~ ita tak letak
sirap gula melaka secukupnya
ketulan ais secukupnya
Untuk membuat sirap gula melaka, anda masak gula melaka, gula pasir, bersama air dan daun pandan. Boleh tambahkan sedikit gula merah dan secubit garam. Masak hingga pekat. Kalau nak dia pekat lagi, tambahkan sedikit bancuhan 1 sudu teh tepung jagung dengan sedikit air , tuang dalam gula tadi dan masak hingga pekat.
Santan, daun pandan dan garam secukup rasa dimasak hingga mendidih.
Kacau sentiasa supaya tak pecah santan.
Matikan api dan sejukkan.
Sediakan bekas minuman,isikan secukup kacang merah,biji jagung dan cendol dan tuangkan santan secukupnya lalu tuangkan juga sirap gula melaka secukup rasa.
Isikan dengan ketulan ais.
Kalau ada ais parut lagi enak.
Hidangkan ketika dingin.
13 comments:
Salam Kak Azlita,
Alahai kakak ku sayang... Haussss!!! *Grin*
Terus teringin...tp tu la....tgh batuk plak...nampak mcm mudah buat sendiri..
Nak cendol satu..!!
Salam sis ...sukatan air tu dlm gram yea... Bukan ml knnnnn ....
sedap nyerrr...
Nak cubalah weekend ni...
Kak, air tu 320 ml rasanya kot? nak cuba this weekend. tq ye kak.
terima kasih kongsi resepi...blh cuba buat weekend ni :)
fuhhhh...hijau yg menggoda...
Paling suka bau nya.. wangi sgt
Cantiknyee gamba cendol,sedap sgt nmpk.. Luv ur blog kak ita
da try buat..sedapppp.thanks for the recipe kak ita,finally bleh mkn ais cendol kt Osaka..hehe
Sedap nmpknya. Tkasih atas perkongsian ini.Nk cuba buat manti. Tkasih sb x kedekut ilmu..moga dimurahkan rezeki sentiasa.
Post a Comment