3 Ramadhan - masam manis f

Breaking

Jul 2, 2014

3 Ramadhan

Assalamualaikum


Menu hari ke 3 ramadhan yang sempat ita sediakan untuk keluarga. Seperti mana yang ita telah post sebelum ini, ita sediakan cendol semalam atas permintaan anak ita Azrul. Cendol adalah buat penghilang dahaga setelah seharian kami sekeluarga berpuasa. Ita juga sediakan Nescafe panas untuk suami  dan ita minum Milo kosong.




Ita masih batuk-batuk lagi.. tapi tak boleh juga ikutkan selera kita.. selera anak-anak pada ita yang paling utama di bulan puasa ini.


Selain Cendol sebagai minuman, ita sediakan juga Cucur Udang. Dah lama tak makan cucur udang, entahlah bila bulan puasa ni macam-macam pula tekak ni nak makan.

Ita sebenarnya alah pada udang. Tak boleh makan.. nanti gatal habis satu badan. tapi bila teringin ita makan juga.. lepas tu kenalah cepat-cepat makan ubat, kalau tak pasti tak boleh tidur.. terkeruk.. keruk..  ^_^


Resepi cucur udang istimewa ini adalah dari sifu ita. Ita harap beliau tak marah ita kongsikan di sini. Semoga Allah melimpahkan pahala buat beliau dan keluarga di atas ilmu yang beliau berikan. Dan jika ramai yang mencuba resepi ini dan memberi makan pada orang-orang yang berpuasa.. semakin bertambahlah pahala untuk beliau dan semoga bertambah murah rezeki beliau.. Amin...



Resepi ni dapat banyak, ita hanya buat 1/2 adunan sahaja. Dan resepi yang ita kongsikan di bawah ini untuk 1/2 adunan. jom kita intai-intai resepi nya..



CUCUR UDANG My Sifu

250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh yeast segera
1/2 camca teh baking powder
secubit garam
secubit gula
1 sudu besar udang kering ~ dikisar
1 biji telur
200 ml air suam
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 batang cili merah ~ dadu kecil
1 gengam taugeh ~ jika suka
1 pokok daun kucai ~ hiris ( kalau tak de daun bawang pun boleh)
1/2 biji kentang ~ di sagat
1/2 batang carot ~ disagat
1/2 kg udang basah ~ kopek kulit belah belakang buang hitamnya


Campurkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati


Kemudian perap sekejap anggaran 1/2 jam. letak dalam peti ais pun ok. Bila-bila nak makan bolehlah di goreng dengan minyak. Goreng secara terendam


Selain cucur udang, ita juga sediakan mee goreng mamak. Mee goreng ita kali ni sekali lagi anak ita Azrul yang masak. Heehe he.. sejak pandai masak mee.. dan sejak maknya puji mee nya sedap, emmm... asyik nak mengoreng mee aje kerjanya..
ikutkan ajelah.. selera anak-anak..



MEE GORENG MAMAK
Resepi Oleh : Izan

1 bungkus mee kuning 
200 gram ayam   
2 biji bawang besar ~        dikisar
2 biji bawang putih   ~      dikisar
6 tangkai lada kering ~     dikisar
1 sudu serbuk kari  ~        dibancuh
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Segenggam taugeh        
1/2 ikat sawi    ~               di potong
Garam secukup rasa
Serbuk perasa


1.      Tumiskan bawang besar, bawang putih & lada kering yang telah di kisar.
2.      Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
3.      Apabila sudah naik bau dan minyak, masukkan ayam (atau udang/daging etc) dan gaulkan sehingga masak.
4.      Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram. Taburkan garam / serbuk perasa (kiub ayam) secukup rasa.
5.      Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak. Apabila wap sudah mula keluar dari celah-celah mee, besarkan api, kaiskan mee ke tepi dan segera pecahkan telur di bahagian tengah kuali dan kocakkan. Apabila telur agak masak gaulkan telur dan mee serta masukkan sayur sawi dan tauge.
6.      Apabila sayur sawi sudah layu, matikan api.
7.      Taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Sedia untuk di hidang!


Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah







8 comments:

EAT,MAKE,READ said...

hmm sedapnya acik.. :)
selamat berbuka

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Sedapnya......... Leleh dah air liur ni ha.

fazianbatrisyia said...

kalau sy buka menu mcm ni dah cukup dah...tak makan nasi pon ok.

Anonymous said...

Sedapnya cucur udang kak ita,suka nak mkn tapi tulah tak tahan elergi

Unknown said...

Akak sedapnyeee

asmahyusof said...

Mmg musim skrg nie kak...tp mmg xleh nk ikutkn....huhuhu menu memikat selera kak

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cuba suh Azrul goreng kuey teow, mesti sepuluh kali sedap pas ni, hehehe..

cucur udang tu... urmmmm...

Sheila Salim said...

assalamualaikum. my fav cucur! dapnyaa. lepas habis pantang boleh kan makan ni? hehehee

Post Top Ad

test