Kek untuk Afif - masam manis f

Breaking

Jul 17, 2014

Kek untuk Afif


Kek yang sempat ita siapkan semalam untuk adik Afif yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 12 tahun. Selamat ulang tahun Afif, semoga membesar menjadi anak yang taat kepada Allah dan rasulnya.. taat kepada ibu dan ayah serta menjadi anak yang membanggakan bangsa dan negara.




Sebenarnya ita cukup risau bila ibu Affif minta ita buatkan kek untuk birthday Afif. Memandangkan pada bulan Ramadhan dan jadual tugasan ita yang agak padat serta ita terpaksa menyipakan beberapa tempahan biskut raya, ita bimbang jika ita tak dapat penuhi permintaan beliau.

Sebenarnya ini bukalan kek pertama yang beliau tempah, dah beberapa kali beliau tempah kek dengan ita, kerana itu ita tidak dapat menolak permintaan beliau kali ini. Cuma ita katakan ada beberapa permintaan beliau yang tak dapat ita janji untuk tunaikan kerana ita bimbang jika ita tak mampu laksanakan.


Afif di lahirkan di Scotland, oleh kerana itu Afif ingikan kek ulang tahunnya ada bendera Scotland untuk mengenang kembali tempat kelahirannya.  Mujur bendera Scotland tidak sesukar mana..

Cita-cita Affif .. mungkin ingin menjadi seorang anggota tentera , tekaan ita. Kerana itulah ibunya berharap ita dapat buatkan sebuah kereta kebal di atas kek. Pada mulanya ita rasa ita tak mampu nan tunaikan memandangkan masa ita yang cukup-cukup terbatas.. Faham dengan keadaan ita, ibu Afif akur dan menyerahkan segalanya pada ita " ikut kak italah.. Zu tak nak susahkan akak.. Zu faham kak ita sibuk.. akak buatlah mana yang akak rasa akak boleh.. akak ita dah nak buatkan pun Zu dah rasa syukur sangat.." kata Zu di hujung talian..


Untuk tidak menghampakan Afif, ita buatkan juga kereta kebalnya.. semoga Afif happy pada hari ulang tahunnya..
Doa dari auntie semoga Afif berjaya di dalam peperiksaan UPSR nanti..




3 comments:

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam..salam ramadhan al mubarak..

seperti selalu sentuhan tangan k.ita memang berseni.Bertuahnya dapat raikan hari jadi dengan kek sebegitu rupa.Moga K.ita terus sukses dan izinkan saya berkongsi idea dan respi untuk dipanjangkan di blog saya pula.

ruqayya said...

Cantiknya kek! Kalau anak saya tengok tu, mesti tergoda juga :)


Ruqayya just read.....5 Individu Paling Berjaya dengan Shaklee

Unknown said...

Ya Allah.. k.ita. Hasil tangan kak ita sentiasa kemas, cantik, menarik. Sayang nak makan. Jangan kata makan. Nak cuit pun sayang.

http://mqvitashop.blogspot.com/

Post Top Ad

test