Rintik hujan yang turun pagi ini.. bagaikan butiran mutiara..
Mak selalu ingatkan bila awal hujan angkat tangan dan berdoalah.. mintalah padaNya..
Angin yang sepoi-sepoi bahasa menjamah pipi ini.. terasa sejuk dan dingin..
Dalili dah melangkah ke sekolah.. Masih segar pesanannya sewaktu melangkah keluar dari kereta..
" hari ni mak buatkan kita Roti Jala ya.. " pesannya berkali-kali..
" ok bos, cepatttt... nampak budak lain dah beratur tu.."
terkedek-kedek dia berjalan seperti itik pulang petang lagaknya..
Ita singgah sebentar di pasar.
"uh.. ramainya orang"
" dik bagi daging batang pinang 1 kilo"
" nak potong tak kak?" tanya pemuda itu seraya tangannya pantas menimbang daging
" potong kecik lah dik.. senang akak nak masak nanti"
Setelah membayar, ita pergi ke bahagian bahan kering.
Beberapa biji kentang di masukkan ke dalam beg plastik
Ita juga mencapai sebotol minyak masak
Setelah membeli semua barang, ita bergegas ke kereta..
sambil berjalan ita masih memikirkan apa yang harus di beli lagi supaya tidak perlu berulang semula ke kedai.. malas sungguh rasanya nak keluar semula kalau dah sampai ke rumah..
baginya rumah adalah syurganya.. di situlah dunianya..
Bau harum semerbak rempah kari bila ditumis..
Dalili berlari turun ke dapur sambil berteriak
"emmm... sedapnya bau... mak masak apa?"
" kan Dalili kata nak roti jala.. ni mak buat kuahnya dulu lah ni.."
"emmm... sedapnya mak.. tak sabar nak makan.. perut kita pun dah bunyik.. bunyik.. ni.."
"eish.. puasa lah.. tak baik tau! "
Dalili mencapai senduk, dia mengacau kuah kari yang sedang merenih.
Sesekali dia merapatkan hidungnya ke periuk seraya menyedut aroma kari yang mengasikkan..
" mak kuah ni buat pekat sikt ya.. kalau kat kedai tu cair ajer kuahnya tak syok la.. "
" baik bos.."
KARI DAGING
Resepi Oleh : Lynn
Rujukan : My Resepi
1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang ~ di cincang halus
12 ulas bawang putih ~ di cincang halus( ita kurangkan )
10 tangkai cili kering ~ di kisar (yang ni ita tambah)
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya
Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.
Setelah siap kuahnya, ita pantas menyediakan adunan roti jala.
Dalili memerhati setiap apa sahaja yang emaknya lakukan.
Pantang emaknya bergerak.. cepat sahaja dia mencapai senduk dan mengacau.
" ok masukan dalam blender ni.. pas tu.. Dalili tolong emak kisarkan ya.. dah kisar nanti jangan lupa tapis tau!" pesan ita
Seronoknya dia... pantas tanganya mencapai blender.. terrrrr..... terrrr...
Ita mengeluarkan pan untuk mengirai roti jala.
Ita masukkan adunan ke dalam botol muncung tiga.. botol itu di belinya di Deso entah berapa tahun yang lalu.. dia pun dah kurang pasti.
" Mujur ada botol ni.. tak lah berkecah dapur bila mengirai roti jala ni nanti.." bisiknya.
" nak buat.. nak buat.." teriak Dalili mengejutkan ita..
" ish.. terkejut mak tau!.."
" Dalili mana boleh buat ni.. panas.. dan yang penting Dalili tak tau nak kirai.. nanti tak jadi.. rugi aje tepung mak ni.."
" ala senang aje kita tengok mak buat.. boleh laa... boleh laaa..." rayunya
" nah..! cuba tapi hati-hati tau.. kuali tu panas.."
pantas ita mengigatkan bimbang juga tangannya yang comel itu tercedera di dapur..
Dengan senyum-simpul dia mula mengirai
"pandainya.... " puji ita
ROTI JALA
Resepi Oleh : aishiteru81
Rujukan : My Resepi
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
acuan roti jala ~ kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.
Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
Tapis adunan tadi.
Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
Tak payah terbalikkan.
Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan.
Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
"emmm.... sedapnya mak..! lembut aje.. lepas ni tak nak beli lagi lah.. nak mak buat"
" emm... sedap! siapa buat ni" tanya ayah
" kita lah.. sedap kan ayah.. pandai tak kita buat"
" Dalili yang buat ke? emm.. sedap pandai anak ayah.."
"aiii.. lembu punya susu sapi dapat nama nampak.." sampuk ita
Ita melihat gelagat dua beranak yang sedang menikmati hidangan berbuka dengan cukup berselera sekali..
Terharu sungguh rasa hatinya..
Ya Allah apalah yang Amiru dan Azrul makan untuk berbuka petang ni..
Kalau mereka berdua ada pasti lagi riuh dengan gelak dan gurau senda..
Kerinduan pada mereka berdua terus menerpa...
10 comments:
Just the dish I am thinking about and here is your yummy roti jala and the tempting curry. Thanks for sharing.
Dah lah pandai memasak...pandai mengarang pulak tu... mcm baca komik pulak...
emmm, bestnya masak bersama anak kan, insyaallah suatu hari nanti Dalili pun pandai masak spt ibunya....
Salam Kak Azlita,
Saya nak buat roti jala ntah bila baru dapat buat. Nanti saya cuba recipe akak ni. Pandai sungguh Dalila berkata-kata ye? Dan juga pandai makan.. sebab nak kuah pekat katanya. :)
awesome nice picca
saya suka makan roti jala. tapi nak buat tak reti. kalau buat.. mesti tak jadi..hehe..
Dalili nnt mesti pandai masak..confirm
macam cerita novel la plak kakita wat nukilan ni.. ayat yang las 2 xleh tahan.. sedih ingtkn anak :(
Salam kenal bu Ita,
Libur lebaran kemarin cari-cari resep kari daging plus roti jala.
Alhamdulillah sudah coba dengan resep anda.
Rasa sedaap, padahal saya jarang ke dapur.
Terimakasih yaa
Suka baca blog kak ita...
Sy selalu try resepi dr blog akak..
Alhamdulillah memang mnjadi dan sedap sgt.
Tq akak.
Post a Comment