Nasi Padprik - masam manis f

Breaking

Jul 11, 2014

Nasi Padprik


Assalamualaikum..
Masih lagi di dalam menu berbuka puasa.
Hari ini ita akan kongsikan satu lagi menu berbuka puasa kami sekeluarga.
Seboleh-bolehnya kan ita berazam nak elakkan pembaziran pada tahun ini. Ita masak mana yang kami nak makan sahaja. Tak mau lah lagi masak banyak-banyak.. dengan menu yang pelbagai.. dan akhirnya semuanya tak termakan selepas berbuka puasa nanti.




Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan seperti apa yang ita rancangkan. Mujur dapat suami yang tak kisah dan senantiasa berikan ita sokongan. Anak-anak juga banyak membantu tahun ini. Tak ada yang bersungut.. masing-masing pun sokong apa yang ita lakukan.

Ita selalu ingatkan anak-anak tentang keburukan jika kita membazir.. ' membazir tu kan amalan syaitan..' kata-kata emak kerap ita ulang supaya anak-anak tidak terikut-ikut dengan nafsu.

Sekarang ni kami hanya tinggal bertiga. Amirul dan Azrul dah kembali ke kolej. Ita masak apa yang Dalili nak makan sahaja. Ita dan suami tak kisah sangat.. Sebenarnya ita ni banyak minum air selepas berbuka. Bila makan kurma sebiji dan minum air segelas... dah terasa kenyang sangat.. Masak hanya melayan selera anak ita Dalili ni sorang.

Alhamdulillah.. tahun ini juga Dalili tak ada pula mengajak kami ke bazar Ramadhan.. Kalau ita lalu depan bazar.. dan tanya Dalili nak singgah ke? dia akan kata " mak masak aje lah.. "

Semalam ita masak Nasi Padprik sebagai hidangan berbuka puasa kami bertiga.


NASI PADPRIK

Nasi putih secukupnya
300 gm sotong
300 gm udang
300 gm dada ayam ~ Dada ayam ita potong kecil, gaul garam dan kunyit dan ita goreng sebentar, angkat dan toskan.
1 batang lobak merah ~ di potong
4 batang putik jagung ~ di potong serong
6 tangkai kacang pis ~ buang urat tepi
sedikit bunga kubis ~ di potong
6 tangkai cili padi ~ ketuk
1 inc halia ~ ketuk
1 batang serai ~ ketuk
3 helai daun limau purut ~ di carik-carik

Bahan Kisar
3 biji bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 tangkai cili padi ~ kisar

Bahan sos
1 sudu makan sos tiram
1 kiub Tom Yum
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato

Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dantumiskan bahan kisar
Masukkan cili padi yang di ketuk dan serai
Kemudian masukkan bahan sos dan sedikit air jika perlu
Biarkan merenih
Masukkan sotong, udang dan ayam
Tambahkan daun limau perut
Masukkan semua sayur-sayuran dan biar hingga sayur layur
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.







3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer :)

fazianbatrisyia said...

air tangan mak jugak yg sedap

Sis Lin said...

Salam kak Ita..
Kita minta skodeng ye respinya..hehehe nak copy dlm nota, insyaAllah nnti nak cuba..mesti sedap ni...

Tq kak..selamat berpuasa..

Post Top Ad

test