Jangan buat fitnah.. berdosa tau! - masam manis f

Breaking

Aug 30, 2014

Jangan buat fitnah.. berdosa tau!


Assalamualaikum...
Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja kalian berada...
Di sini lahirnya sebuah cinta....
Di harap cinta kita akan senantiasa mekar.. harum.. dan mewangi..




Ita juga mengharapkan semoga kunjungan anda ke blog ita yang tak seberapa ini akan melahirkan rasa cinta..
Lahirnya cinta kepada makanan...
Dari makanan lahirnya cinta kepada masakkan..
Dari masakkan lahirnya cinta kepada keluarga..
Cinta antara suami dan isteri..
Cinta antara anak dan ibu..
Lahirnya cinta untuk memasak.. dan memasaklah dengan rasa cinta untuk mereka yang sangat kita cintai..

Hujung minggu ini ita macam biasa pasti sibuk dengan tempahan dari customer.
Menyiapkan tempahan kek perkhawinan dan hantaran untuk teman dan jiran ita yang anaknya bertunang semalam. Selamat bertunang untuk Fifie dan tahniah buat kak Ziela yang bakal menerima keluarga baru tidak lama lagi..


Minggu ini juga ita dikejutkan dengan berita, Harraz di masukkan ke hospital kerana sakit mata. Matanya membengkak dan tak surut walaupun dah di titiskan ubat mata oleh mamanya. Harraz kerap sakit mata.. Masa datang rumah ita pun matanya bengkak. Menurut kata ibunya Harraz memang kerap sakit mata, tapi kebiasannya bila di titiskan ubat daripada doktor yang biasa di kunjungi, ia akan ok!. Tapi kali ini tak mau surut-surut dan akhirnya memaksa mamanya membawa Harraz ke Hospital dan di tahan untuk pembedahan kecil.. kata doktor.
Alhamdulillah Harraz dah ok! bisul kecil pada matanya dah pun pecah dan tak jadilah untuk dilakukan pembedahan.. Kesian Harraz.. jaga kesihatan Harraz.. jangan lasak-lasak.. ikut cakap mama ya.. semoga Harraz cepat sembuh dan boleh main dengan Sufi semula.. ^_^


Minggu ini juga ita mendapat tempahan kek daripada rakan sekolah ita Yati. Dah lama tak jumpa Yati sejak Yati dan suaminya menetap di Vietnam.
Minggu ini Yati dan suami pulang semula ke Johor, ada beberapa urusan katanya selain mengunjungi saudara mara dan sahabat handai yang lama di rindui.
Yati minta ita buatkan kek Choc Indulgence, terliur dengan kek yang ita buatkan untuk Yati, memaksa ita membuat sebuku lagi untuk ita dan keluarga.
Sebenarnya dah lama ita tak makan kek Indulgence ni.. hihi bila dah sibuk dengan tempahan.. nak buat kek untuk sendiri pun dah malas.. sebabnya bila dah hari-hari mengadap kek dah rasa muak lah pulak dengan rasa coklat dan vanilla..
Tapi kali ni macam tak boleh tahan pulak...!


Ita ada menerima pm daripada rakan di FB bertanyakan tentang resepi katanya..
" kak ita selalu cuba resepi Puteri Manja.. saya dengar dia penipu dan resepinya semua tak betul.. ya ke kak ita?" 
Haaa??
Terkejut ita mendengarnya..
Baru-baru ini ita ada terbaca dari sebuah blog yang mendedahkan tentang penipuan Puteri Manja, ia melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila resepi yang di cuba tidak menjadi..
Astargfirullah hal azzim..... mengucap panjang ita bila membaca setiap apa yang di lontarkan.. pelbagai kata-kata yang tidak sopan di tujukan kepada Puteri Manja dan kuncu-kuncunya yang di katakan bersekongkol dengan Puteri Manja.

Ita ingin jelaskan di sini.. Ita sebenarnya tidak mengenali Puteri Manja secara in person. Ita hanya mengenali beliau sewaktu awal-awal ita ber fb. Pada masa itu ramai rakan-rakan di FB yang teruja untuk mencuba pelbagai resepi.. namun bukan mudah pada masa itu kerana tidak ramai yang ingin berkongsi resepi. Dari situlah ita berkenalan dengan Puteri Manja yang pada ita sangat jujur di dalam berkongsi resepi.
Puteri Manja jika tidak silap ita menetap di Singapura. Beliau adalah seorang wanita yang berkerjaya. Tapi dalam masa yang sama cukup suka memasak untuk keluarga. Apa yang ita sangat kagumi beliau, di samping tugasan pejabat dan kesibukkan beliau menguruskan rumahtangga, beliau juga masih meluangkan masa untuk berkongsi resepi kepada semua. Ita tahu niat beliau bukan untuk meraih populariti, tapi sekadar berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

Ita kagum bila melihat beliau sangup mengambil gambar step by step setiap resepi yang beliau kongsikan, walaupun mungkin menggunakan kamera compak sahaja tapi ita pasti merakamkan gambar sambil memasak bukanlah sesuatu yang mudah.. ita sendiri pun tidak mampu nak lakukan sebagaimana yang beliau lakukan.
Bukan itu sahaja, beliau juga cukup rajin melayan setiap pertanyaan dan persoalan yang di kemukakan. Ia menjawab dan menerangkan dengan jelas hingga kita faham. Begitulah Puteri manja yang ita kenali.

Ita juga ada mencuba beberapa resepi daripada Puteri Manja, dan setiap resepi yang beliau kongsikan dan ita cuba tidak pernah pula menghampakan. Ita juga percaya, sudah ramai rakan-rakan yang mencuba resepi daripada beliau dan ada yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan kini..

Tapi bila ita membaca tuduhan dan fitnah yang di lemparkan pada beliau.. ita cukup kecewa dengan sikap masyarakat kita sekarang ini.. Jangan kerana anda tak pandai menari.. anda nak salahkan papan lantai yang jongkang jongkit.. tuduhan yang anda lontarkan itu cukup keterlaluan dan telah jatuh fitnah pula.. insaflah dan bawa-bawalah bertaubat..

Kepada Puter Manja, sahabat ita di alam maya.. banyak-banyaklah bersabar di atas setiap fitnah dan tomahan.. Berdoalah pada Allah supaya mereka ini di berikan hidayah oleh Allah dan di bukakan hati untuk bertaubat..



6 comments:

mummy_ayu said...

menariks nya cake tu..yummy!

Amie said...

Siannya Puteri Manja. Mudah-mudahan Allah terus turunkan rahmat dan rezeki buatnya. Buat Ita... selamat menyambut hari kemerdekaan.

watieKB said...

kadang-kadang, bila kita nak buat sesuatu, mesti ada tok gurunya..ataupun praktikal depan mata kita baru jadi. Mungkin Puteri Manja beri sukatan yang betul tapi orang yang mencuba resepinya tak menjadi. Saya pun tak boleh ikut resepi mana-mana orang kerana apa saja yang saya buat takkan menjadi. Saya mesti tgk dengan mata kepala saya sendiri, cara membuatnya, baru la jadi. Sebab itu saya lebih suka keluarkan sejumlah wang untuk ilmu itu.

http://acikwatie.blogspot.com/

Unknown said...

kite xpandai wat kek huhuhuh

Puteri Manja said...

Salam Ita...aduhaii terharunya putri bila mana terbaca tulisan dari ita ni...itu pun secara tak sengaja putri surf dan masuk kerr ruangan ita ni. Tak terungkap dengan kata2 ttg apa yg telah ita tuliskan disini namun sedikit sebanyak membuat putri terharu dengan kata2 ita terhadap putri sedangkan kita tak kenal secara rapat tapi ita seolah2 tau akan sapa diri putri ni. Dengan hanya ingin berkongsi ilmu telah mendatangan fitnah...namum putri tetap teguh disini dengan setiap resepi2 putri. Terimakasih diatas kata2 ita...secara tak langsung sangat bermakna buat putri...ianya seakan memberi sokongan buat putri untuk terus berkongsi ilmu...thks again ita..

raisha said...

Salam k. Ita, sya surirumah, takde buat apa2 suka juga cari resepi utk dicuba. Boleh lah utk mkn anak beranak... Blog k.Ita ni selalu saya lawati, ade resepi2 akak yg dah saya Cuba... Saya ada terbaca pasal blog yg membuat fitnah ni. Pendapat saya, memang tak manis bahasanya. Biasalah, dah namanya mencuba, pasti ada yg menjadi / tidak. Buat Puteri Manja biarlah apa org nak kata, hanya Allah yang tahu kebenarannya...

Post Top Ad

test