Ribon Kecil step by step - masam manis f

Breaking

Aug 28, 2014

Ribon Kecil step by step



Ita banyak terima pertanyaan "bagaimana kak ita buat ribon yang kecik-kecik tu.."
Ok hari ini ita kongsikan bagaimana ita membuat ribon kecil dari gumpaste ni.




Sebelum itu kita lihat dahulu apakah bahan-bahan yang kita perlukan untuk membuat ribon kecil


RIBON KECIL

Bahan-bahannya

Gumpaste ~ warna mengikut pilihan
Gumpaste sahaja ya kalau fondant dia lembik tak boleh nak bentuk nanti
roll untuk mencanai gumpaste.
Pisau untuk memotong
Kad yang di potong bentuk seperti gambar di atas.



Caranya

Potong manila kad atau kad yang keras membentuk seperti gambar 1
Canai gumpaste tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis
Letakkan kad yang telah di potong di atas gumpaste dan potong bentuk corak kad menggunakan pisau pemotong
Jangan lupa juga bahagian tengahnya
Lipat ke dalam hujung tepi
Begitu juga yang di sebelahnya
Letakkan ikatan tengah, potong lebihan
Dah pun siap ribon kita dan bolehlah di hiaskan di atas kek kita nanti







10 comments:

Fatimah Nabila said...

kreatifnya akak..aduhai..syg nak makan..

𝙰𝚁𝙽𝙰 said...

Tkasih sbb xjemu2 beri kami para p3minat akak ni ilmu percuma. Moga sedekah akak ni diberi ganjaran yg berpanjangan di akhirat kelak.amin..

IdaShazana said...

jatuh cinta.... semua pun nampak sweet

Hesti HH. said...

Cantiiiik semuanya Kak Ita...

duniavitamintini said...

cantiknya cupcake yang kartun bertudung tu..mmg syg rs nk mkn ...alahai....

fazianbatrisyia said...

Cantik sgt....suka semua

Unknown said...

Tudung fareeda pon blh buat yeee...uishhh.tangan seni sungguh k.ita ni.

Unknown said...

Cantik

Unknown said...

Ku jatuh cinta lalala...lalala..lalala..hihihi

Ayu said...

Aduuhh ita...menambah lagi keterujaan nak mencuba...best buat ngan anak2 nih...sume nampak cantik dan sweet2 belaka...tidak lokek ilmu...moga Allah permudahkan segala urusan ita...

Post Top Ad

test