KEK BUAH KUKUS - masam manis f

Breaking

Aug 18, 2014

KEK BUAH KUKUS





Bila suami ita bagitau yang adik ita kata mak mertua ita teringin nak makan kek buah, ita terus lah mencari resepi kek buah yang sedap dari blog kawan-kawan. Ita ni biasalah kalau nak cari yang sedap ita selalu terjah blog sahabat ita Yatie. Ita percaya pada Yatie, kerana biasanya bila sedap pada Yatie sedap jugalah pada tekak dan selera ita.


Ita tak pasti sempat atau tidak ita nak sediakan kek ini untuk di kirimkan pada ibu mertua. Walaupun bahan asas untuk membuat kek ini ada di rumah, tapi buah-buah kering tu tak ada.. lah pulak! Suami ita pula beritahu ita agak lewat. Suami ita beritahu pada hari adik ita dah pun nak balik pada petangnya. Pagi itu ita kelang kabut ke kedai bakery, taulah kedai bakeri ni kan buka agak lewat pukul 9 baru nak buka kedai. Hari Ahad pula banyak kedai tak buka, ita bergegas ke Masai kerana hanya kedai bakery di Masai sahaja yang buak pada hari Ahad.  



Ita cuba siapkan secepat mungkin supaya adik ita dapat bawa pulang kek ini. Tapi nak buat macam mana, kita hanya merancang tuhan yang menentukan... Akhirnya tak sempat juga ita kirimkan pada adik ita. Tak pelah kata suami... nanti kita poskan atau pun kita bawa pulang bila hari raya haji nanti.



Ita ni tak berapa menyukai kek buah kukus. Entahlah kenapa tekak ita selama ini memang tak boleh terima kek buah.. Sebab itu ita tak kisah bila kawan-kawan kongsikan kek buah kerana ita memang tak suka..
Tapi ita memang tahu yang mak mertua ita cukup mengemari kek buah.
Bila kek ini dah siap.. dan tak sempat nak do kirimkan.. ita pon potonglah untuk merasa.. 
Mula ita jamah lah sikit.. eh.. macam sedap pulak.. lama-lama berpotong-potong pulak ita makan.. eh.. eh.. macam mana boleh tersuka pulak ni.. ^_^




KEK BUAH KUKUS
Resepi asal : Chef Zubaidah
Dikongsikan oleh : Kamilia Ibrahim
Rujukan : Shiela
Rujukan : Yatie

Bahan A

300 gm gula halus
250 gm mentega ~ 1/2  bergaram salted dan 1/2  lagi tidak bergaram unsalted
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas

Bahan B

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A




Mula-mula kita sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair. Ita guna gula pasir biasa sebab gula halus ita dah kehabisan.

Mentega pula ita gunakan 1/2 bahagian tu mentega bergaram salted dan 1/2 lagi yang tidak bergaram unsalted ini untuk menghasilkan rasa lemak pada kek.


Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering kita ni suam, bolehlah kita ayak dahulu bahan-bahan kering.



Bila dah siap bolehlah kita kukus.
Kukus hendaklah di panaskan terlebih dahulu. Air kukusan hendaklah di isi penuh kerana kek ini akan di masak lebih kurang 4 jam. Bila air di dalam kukusan dah mendidih barulah kita letakkan loyang adunan kita di dalamnya.
Sekiranya semasa proses mengukus air hampir kering, tambahkan air pada kukus dengan air panas.

Loyang perlu di tutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air dari tutup kukusan menitis ke atas kek dan mengakibatkan kek kita tidak cantik.

Kukus kek ini selama 4 jam dengan api yang sederhana. Sekiranya kek masih belum masak tambahkan lagi masa mengukus
Bila kek dah masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum di keluarkan dari kukusan.
Keluarkan kek dari loyang bila ia dah sejuk


Kek kukus ini tahan lama.
Proses menyimpannya ialah, balut kek dengan wraping plastik, kertas minyak atau kertas aluminium.
Simpan di dalam bekas kedap udara.
Simpan di dalam peti ais.

Untuk memotong kek, pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di potong untuk mendapatkan potongan yang kemas dan cantik
Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya.




Kepada kawan-kawan yang suka kek buah ni.. bolehlah mencuba..
Ita yang tak suka pun boleh tersuka lah pulak kan.. inikan lagi mereka yang memang suka kek buah.. pasti bertambah-tambahlah suka..






40 comments:

Nazrah said...

Ya Allah Kak Ita..warna nya saja membuat teringin... resepi ni nampak mudah saja yer kak...

Shiela said...

tq ita.. :)

nadbaptist said...

Memang tercari-cari resepi kek kukus buah..npk mmg mudah..kena cuba dulu..Terimakasih Kak Ita..begitu gigih Kak Ita sediakan step by step cara membuatnya..Kagum sekali dgn Kak Ita

kha said...

Cantikkkk.dan mngiurkan...

Unknown said...

Wah mesti kena cuba buat ni..sllu buat tp buah jd mendak...terima kasih Kak ita

Unknown said...

Wah mesti cuba buat ni..sllu buat tp buah jd mendak..terima kasih Kak ita..

aima said...

tekstur nya mmg cantik.....

Dila said...

sedapnya la..mata dah di jamu dengan pic yang cantik apalgi rasanya...suka try resepi kak ita..

Ina Salehan said...

Cantiknya kek kukus ni. Mesti nk cuba. Terima kasih ye Ita..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy pun suka kek buah.. mak sy pun suka.. duluuuuu.. sy masih ingat mak sy selalu beli kek buah yg dikukus dalam tin milo. memang unik sekali kejadian kek kukus tu Kak Ita. Skrg dah tak jumpa lagi org yg menjualnya.

Bake Well Tampoi buka setiap hari termasuk Ahad, tak tahulah mana paling dekat dgn umah Kak Ita..

072385088 Bake Well Tampoi
satu lagi kedai bakeri yg kat bomba Larkin tu pun buka pd hari Ahad.

mimie said...

mimie pun dah lama simpan resepi ni kak....
tp tengok harus mengukus selama 4 jam tu,,, ai makkkk... :)

Najihah Shafie said...

Salam k.ita.

Sy peminat tegar blog k.ita dari zaman sekolah sampai skrg dah masuk universiti. And k.ita antara inspirasi sy utk buat blog masak2 tau hee. Suka sgt blog k.ita sbb gambar cantik2, resipi best2 and ada step by step. Teruskan menulis blog yer k.ita. Ada masa jemput singgah blog sy yg tak seberapa (malu pulak rasanya). Loveyou K.ita ♥♥

Ps : cantik la kek buah ni hee

Unknown said...

Sedap pulak nampak.. Huhu.. Tp x berani nak buat.. Buat kek asyek keras je.. Huhu..

http://aisasalwani.blogspot.com

Zie said...

Sedapnye.nampak moist.Resepi jugak senang je...Saya pernah buat resepi mentega kena pukul dengan gula. Tapi jadi terlampau gebu. Tak moist pun. Agaknya terlebih pukul telur.Tq kak ita, buleh cuba ni.

Zie said...

Sedapnye.nampak moist.Resepi jugak senang je...Saya pernah buat resepi mentega kena pukul dengan gula. Tapi jadi terlampau gebu. Tak moist pun. Agaknya terlebih pukul telur.Tq kak ita, buleh cuba ni.

Erin said...

Saya dah cuba buat kek ni beberapa kali tapi hasilnya kek jadi agak kering.
Resipi & kaedah pun saya ikut sama macam dlm resipi. Entah apa lagi silapnya pun tak pasti. Mungkin puan ada apa2 petua yang boleh dikongsikan bersama? Tkasih

Unknown said...

Da try..menjadi tpi mcm pahit skit nape ye...

Unknown said...

Akak ita.. buat lah yang versi bakar lak :)

melmisha said...

Tried & tested. CONFIRM SEDAP (kata suami, mak mertua dan mak). Sebab saya bukan peminat kek buah..jadi saya tak rasa. Mak kata lebih sedap dari kek buah yang kami selalu dapat pemberian mak cik saya. terima kasih kak ita kongsi resipi. moga bertambah rezeki akak.

Unknown said...

Sedapnya.. kene try weekend ni ni..

do visit my blog : norhidayahrusslan.blogspot.com

Srikandi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Dah try 2 kali..Mmg sedap...drpd tak suka, dah jadi suka pulak skrg...lps ni try bakar pulak..nk tgk cantik tak kejadiannya..

Unknown said...

Dah try 2 kali..Mmg sedap...drpd tak suka, dah jadi suka pulak skrg...lps ni try bakar pulak..nk tgk cantik tak kejadiannya..

Unknown said...

Assalamualaikum...saya buat kek ini semalam dan ikut seperti yg disarankan. Alhamdulillah, kek menjadi. Saya buat lagi hari ni.. Tetapi kek saya mendap. Saya x pasti puncanya,... Mungkin ada tips supaya kek x mendap. Tq

eqa_nadirah said...

Dh cuba resepi ni jgk.. mnjadi. Terima ksih nnti sy share kt blog sy jgk ye kak..

Unknown said...

kak azie..resepi terbaik..buat sebuku untuk mertua & mak...semua memuji sedapppp....sue ade kurangkan sikit gula sebb tak mahu terlalu manis...walaupun pertama kali buat tapi puas ati...sukaaaa..terima kasih sb berkongsi resepi! mmg best!

Unknown said...

Salam kak ita, nk tanya kak ita guna fruit mix brand ap ye?

LO SAI MIE said...

Salam Kak Ita...
TQVM sharing this recipe...
Mmg terbaek lah kek kukus ni...x manis sgt...
Cuma kalau sy kukus dlm acuan 7"×7"...tengah die mendap...nape ea? Harap sudi membantu

Unknown said...

Gula hangus tu hangus sgt sbb tu pahit..

Unknown said...

Sedap!
We are pleased to have tried out your recipe of Kek Buah Kukus, and we wrote about it on our webpage, with a link back to your recipe. Thanks for the recipe.
http://www.penang-traveltips.com/steamed-fruit-cake-20161112.htm

Unknown said...

Sy pun same.kek jd sdp tp mndap ckit tgh2 die.nape eh.cmne nk buat.

Unknown said...

Same la sy.kek jadi sdp tp mendap ckit tgh2 die.sape tau knape jd cmtu ye.tq

Ak00 HafiZ said...

salam kak..saya baru jea try buat kek kukus buah..sedap..recioe oun mudah jea..tq kak

Unknown said...

Sis dh pernah try bakar? Jadi tak?

lin.kasrin said...

salaam.. :) what amazing looking kek kukus.
trima kasih atas perkongsian resipi nya sis.
saya ada beberapa soalan yg ingin saya kemukakan, saya harap sis dapat beri tips.
• ‘tahap suam’ ceramel mix tu macam mana? anggaran jari kita kalau kita celup dlm mix,agak tahan panas nya? atau lebih sejuk dari itu?
•kalau saya ingin gandakan 3 kali sukatan nya, adakah baking soda dan krim of tartar harus di gandakan 3x juga? trima kasih��

Desa said...

Saya ambil resepinya dan tips dari Puan punya blog dan para pengomen semua sahaja lain tiada, dulu kini dan selamanya terima kasih

Unknown said...

Samalah...kek saya pun jadi kering. Ikut dah resepi 😔

lakarish said...

Thanks untuk resepi tersebut..terus buat dgn cara yg sama..menjadi..sedap..warna pun cantik..

Jalitah Hamdan said...

Mlm semalam saya buat... Sgt moist. Sebenarnya arwah saya sangat pandai buat kek kukus ni, sampai dpt tempahan dr Singapore tiap kali Ramadhan dan saya lah yg tukang kacau kek bila masuk gula hangus... Tp sayang nya saya dan kakak tak pernah terfikir nk amek resepi tu.Puas cuba banyak resepi tp agak kering. Alhamdulillah dh dpt yg lembab.. Tq ita..

One For Another said...

Puan. Kalau bakar boleh x

Post Top Ad

test