Puding Tiramisu yang marvelous..! - masam manis f

Breaking

Aug 28, 2014

Puding Tiramisu yang marvelous..!


Sedapnya lah puding tiramitsu ni..
Ita sebenarnya tidak mengemari rasa moca, kopi atau Nescafe. Bila makan pasti kepala rasa ting! tong!




Tapi di sebabkan berkenan sangat dengan puding Tiramitsu kak Wan ni, ita pun godek-godeklah puding sementara menanti kek ita masak.

Minggu ni ita banyak tempahan kek, mungkin di sebabkan minggu ni cuti Hari Kebangsaan , ramailah yang merebut peluang untuk mengadakan majlis perkhawinan, pertunangan dan ulang tahun.
Ada beberapa kek yang ita kena siapkan.. Jadi sementara menunggu kek yang sedang di bakar ita pun godek-godeklah resepi puding yang dah lama berkenan nak buat tapi tak sempat-sempat oleh kekangan masa..

Buatnya pun tak lah susah mana sangat. Bahan yang minima lagilah buatkan teruja sangat nak mencuba.
Jika kak wan menggunakan biskut lady finger untuk puding tiramitsunya, ita sebaliknya menggunakan lapisan kek untuk dasar bawahnya. Ita menggunakan kek kerana bagi ita ia mudah untuk ita memotongnya nanti.


Mungkin ada sedikit kesilapan yang ita lakukan, Sebenarnya ita telah pun membahagikan lapisan puding antara lapisan telur dan lapisan moca sama banyak. Tapi di sebabkan lapisan dasar puding ita adalah lapisan kek, ianya meresap ke dalam kek tersebut menjadikan lapisan moca ita tu agak nipis dari lapisan telur. Jika ita buat semula puding ni nanti ita harus lebih peka pada bahagian ini.. mungkin ita kena lebihkan bahangian moca. Tapi kan rasanya dah ngam sangat tau! lapisan moca tu tak lah banyak sangat bagi ita yang tak mengemari rasa moca ni... Cuma mungkin tidak berapa indah di pandang.

Tapi serius ita katakan puding ini sangat sedap! anda peminat rasa moca, kopi, Nescafe pasti mengemarinya..
Suami ita pun kata sedap! ita yang tak suka moca pun turut suka dan beberapa keping juga ita makan.. kalau ting tong kejap lagi ni... matilah ita... sebab kek tempahan customer tak siap lagi ni...
harus kena telan pil migraine..

Puding ni cara buatnya sangat mudah. Bahan yang kita perlukan pun tak banyak, rasanya semuanya ada di dapur.. Jom kita intai bahan-bahannya..


PUDING TIRAMISU
Resepi Oleh : Citarasawan

Lapisan bawah

12 keping biskut lady fingers
~ untuk lapisan bawah ni boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span.
Untuk resepi kek span boleh rujuk di SINI
Resepi kek tu banyak, buat 1/2 adunan sahaja
2 sudu teh serbuk kopi segera atau Nescafe
Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas

Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam springform pan
Basahkan lapisan kek dengan  1/2 bahagian air Nescafe ~ bakinya di simpan untuk lapisan moca

Lapisan Moca

10 gm serbuk agar-agar
600 ml susu cair
80 gm gula halus
1/2 bahagian air Nescafe dari lapisan bawah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes moca

Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalamn periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut.
Masukkan esen vanila
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 bahagian letakkan baki air Nescafe dan tambahkan 1 sudu teh pes moca

Tuang atas lapisan kek
Sejukkan di dalam peti ais

Lapisan atas

1/2 bahagian agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit serbuk koko

Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kocok sedikit
Tuang di dalam agar-agar yang di atas dapur semula
Tutup api


Keluarkan agar-agar dari peti ais
Cakar-cakar atasnya atau cucuk-cucukkan atasnya dengan garfu
Tuang agar-agar telur tadi
Simpan semula di dalam peti ais hingga keras
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Potong dan hidangkan dingin






11 comments:

Anonymous said...

Saya peminat dari jauh kak Ita sentiasa kagum dengan air tangan yang kak ita hasilkan.. 5 Bintang

IdaShazana said...

menikam kalbu...mesti buat minggu ni

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

sy suka tiramisu...
nti boleh cuba...

Najihah Shafie said...

Sedapnya puding ni kak ita ♥♥

Najihah Shafie said...

Sedapnya puding ni kak ita ♥♥

Cik Matahariku said...

salam kak, saya yakin akak bkn saja berbakat besar dalam bidang masakan, tapi juga photografi, saya suka tengok setiap sudut gmbr makanan yang akak ambil..mmg mmenakjubkanlah...

shambauer said...

terbaik..saya baru mencuba resepi nasi ayam kak ita..emm..bagi saya yang baru nak mengenal dapur..kira sedap juga..yg penting anak dan isteri suka..hehe..best juga jika resepi puding ini bergambar seperti resepi nasi ayam..hehe..InsyaAllah..saya akan cuba puding ini pula

Teacher Annis said...

Huhu.. You made everything look so delicious n yummy..
Kalau duduk dekat, dah lama nak g berguru dgn k ita.

Hesti HH. said...

Waaaaaaaah, mesti bikin ini...kelihatan sedap sekali Kak Ita ^^

Fatimah Nabila said...

emm, sedapnya..drolling..

suharina said...

Saya peminat dri jauh kak ita...mmg saya kagum dgn hasil airtangan kak ita....mmg teringin satu hari nt merasa kek2 dan segala mcm yg kak ita masak...nk bt tempahan kak ita nun jauh di johor...😚

Post Top Ad

test