Asam Pedas dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan.. Kalau boleh hari-hari lauk asam pedas pun tak apa...
Lawankan dengan ikan goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan sudah benar-benar membuka selera..
Sekarang ni ada macam-macam versi asam pedas. Kalau orang dulu-dulu asam pedas asasnya mesti ada daun kesum, serai, cili kering sebagai bahan asas yang utama dan juga bunga kantan sebagai penaik aroma..
Kini kita boleh dapatkan asam pedas dengan pelbagai tambahan untuk menyedapkan lagi rasa dan keenakkannya
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi asam pedas yang pada ita cukup menyelerakan. Resepi kali ini sekali lagi di bawakan dari Pak Engku yang memang pakar masakan taradisi. Sentuhan Pak Engku boleh di katakan satu keajiban kerana setiap resepi yang beliau kongsikan dan ita cuba.. memang benar-benar membuka selera kami sekeluarga.
Tertarik untuk mencuba resepi asam pedas Pak Engku kerana ada beberapa bahan yang pasti memberikan rasa dan aroma yang berlainan.. Ita tertarik dengan penggunakan rempah tumis dan halba campur yang jarang ita gunakan di dalam penyediaan asam pedas sebelum ini. Rupanya ianya memberikan aroma yang cukup berlainan dan benar-benar membangkitkan selera.
Di tambah bergelora rasa nak mencuba bila asam pedas kali ini menggunakan mangga muda dan juga rempah kari ikan di dalam ramuannya.. Bayangkan.. pasti lebih masam dan berempah asam pedas ni kan..
Jangkaan ita tidak meleset sama sekali.. kerana sungguh ita tak menyesal mencuba kerana ianya benar-benar enak dan nikmat tak terkata. Suami ita makan dengan cukup berselera sekali.. hinggakan sebelum pulang dia dah talifon ita minta panaskan semula lauk asam pedas kerana nak makan lagi bila pulang nanti..
Anda macam mana? tak nak cuba ke....?
ASAM PEDAS BEREMPAH KEPALA IKAN MERAH DENGAN MANGGA MUDA
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi
Kepala ikan merah ~ boleh juga tambahkan beberapa keping isi ikan
3 biji mangga muda ~ di belah 4 dan buang bijinya
2 kuntum bunga kantan ~ yg ni ita tak letak sebab tak ada
3 sudu besar rempah kari ikan Babas
3 tangkai daun kesum ~ lagi banyak lagi harum
1 batang serai ~ di ketuk
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pala
2 sudu teh halba campur ~ biji sawi, halba dan jintan putih
100 ml minyak masak
sedikit gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah
3 inc belacan
2 biji tomato
Mula kita kisarkan dahulu semua bahan yang perlu di kisar
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk
Tumiskan halba campur dan bahan tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar, serai dan masak hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula serbuk kari ikan dan air asam jawa, masak lagi hingga rempah garing
Tambahkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Bila dah mendidih, masukkan mangga muda, daun kesum dan gula Melaka
Biar merenih sebentar dan mangga layur
Perasakan dengan garam dan gula dan boleh tambahkan maggi cukup rasa jika suka
Akhir sekali masukkan kepala ikan merah
Renihkan hingga ia masak sempurna
Sedia di hidangkan
Bau dia aje... perghhhhh.... memang dah tak boleh tahan..
Bergelodak perut di buatnya..
Apa tunggu lagi kawan-kawan.. dah tak sabar dah perut den ni ha....
Jommmm....
Bismillah....
2 comments:
Ini mesti sedap dengan mangga muda dan cili pedas ! Good job done on the step-by step explanation !
sedapp ...makan dgn nasi panas2 pasti boleh terlajak 2 pinggan nih!
Post a Comment