Apple Calamansi - masam manis f

Breaking

Nov 12, 2014

Apple Calamansi


Apple Calamansi, jus ni ita suka sangat. Bukan ita sahaja yang suka suami ita pun suka. Hari tu semasa perjalanan pulang dari Kota Bahru, ita singgah di Kuala Lipis. Lama dah tak singgah Kuala Lipis sejak Amiru menamatkan persekolahannya. Kami singgah di Secret Recipe untuk makan tengahari. Di sebabkan cuaca hari itu agak panas, ita dan suami oder Apple Calamansi untuk menghilangkan dahaga di sambil menikmati hidangan makan tengahari di situ.

Mungkin nasib kami hari tu tak berapa baik, jus apple calamansi yang kami pesan tidak berapa sedap, agak tawar dan kurang umpph!. Suami ita pun tak menghabiskan minumannya. Lepas makan kami pun beredar dengan rasa terkilan kerana pesanan hari itu tidak menepati selera.


Untuk membalas semula keterkilanan ita pada hari itu, bila pulang kami singgah di pasaraya dan membeli beberapa biji apple hijau dan limau kasturi. Lebih baik buat sendiri.. lebih enak dan menepati citarasa.. di samping dapat menikmatinya sepuas-puas hati..


Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Rujukan : Yahoo


Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.
Khasiat Limau Kasturi :

1. Mengurangkan Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah.

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
Kacau campuran tu hingga rata dan minum.
Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?

Rujukan : Petua Sejagat


APPLE CALAMANSI

Hidangan untuk 1 gelas

1 biji apple hijau ~ buang biji tengahnya. Kulit jangan buang
3 biji limau kasturi
1 biji asam boi
1 gelas air sejuk
2 sudu besar gula
ais secukupnya

Masukkan apple, limau kasturi, gula dan air sejuk
Kisar hingga halus dalam mesen pengisar yang bersih
Kemudian di tapis
Masukkan dalam gelas, letakkan asam boi dan ais
Sedia di nikmati







11 comments:

Eny Abdullah said...

Terliur betul tengok jus ni kak ita.... drooling habiss
jemput ke blog saya pula http://enyyusnizar.blogspot.com/

Gee® said...

Kecur air liur wehhh....

arzmoha said...

Fuh gambar dah cukup menggambarkan kesedapannya.
cantik gambar dan cantik penulisan resepi

Aishah Amin said...

Aiyohhh..kecurrr

Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

Qaseh Abadi said...

selalu buat air jus ni.. Suka sangat sebab feveret kalau air limau ni.

AKU DAN KAMU

MOMMYLIN said...

terliur tgk kak...

Baiti Jannati said...

Sedapnya jus ni..bleh try ni..hehe

Unknown said...

sedapnya Ita macam nak try je

Ummi Atiqah said...

kulit limau kasturi diblend sekali ye kak ita?

Unknown said...

Cedapnyeeeee kak yong dan encik roy dihasut penjual online

fazianbatrisyia said...

sedapnya. mmg buat sendiri puas hati...balas dendam pon ye kalau tak dpt apa yg kita nak kan...

Post Top Ad

test