Mungkin nasib kami hari tu tak berapa baik, jus apple calamansi yang kami pesan tidak berapa sedap, agak tawar dan kurang umpph!. Suami ita pun tak menghabiskan minumannya. Lepas makan kami pun beredar dengan rasa terkilan kerana pesanan hari itu tidak menepati selera.
Untuk membalas semula keterkilanan ita pada hari itu, bila pulang kami singgah di pasaraya dan membeli beberapa biji apple hijau dan limau kasturi. Lebih baik buat sendiri.. lebih enak dan menepati citarasa.. di samping dapat menikmatinya sepuas-puas hati..
Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Rujukan : Yahoo
Perahan jus limau kasturi
(Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa
sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti
setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh
anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.
Khasiat Limau Kasturi :
11 comments:
Terliur betul tengok jus ni kak ita.... drooling habiss
jemput ke blog saya pula http://enyyusnizar.blogspot.com/
Kecur air liur wehhh....
Fuh gambar dah cukup menggambarkan kesedapannya.
cantik gambar dan cantik penulisan resepi
Aiyohhh..kecurrr
Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..
selalu buat air jus ni.. Suka sangat sebab feveret kalau air limau ni.
AKU DAN KAMU
terliur tgk kak...
Sedapnya jus ni..bleh try ni..hehe
sedapnya Ita macam nak try je
kulit limau kasturi diblend sekali ye kak ita?
Cedapnyeeeee kak yong dan encik roy dihasut penjual online
sedapnya. mmg buat sendiri puas hati...balas dendam pon ye kalau tak dpt apa yg kita nak kan...
Post a Comment