Kek Jamuan Akhir Tahun Sek Seri Alam 2 - masam manis f

Breaking

Nov 19, 2014

Kek Jamuan Akhir Tahun Sek Seri Alam 2


Bila tiba penghujung tahun, banyaklah sekolah yang mengajurkan majlis perpisahaan terutamanya untuk murid-murid tahun 6 di sekolah rendah dan tingkatan 5 di sekolah menengah. Hari ini sekali lagi ita menerima tempahan dari Sek Keb Seri Alam 2. Sudah banyak kali juga Sek Seri Alam 2 menempah kek dengan ita, terima kasih banyak-banyak ya cikgu.



Hari ini ita menerima tempahan 320 cup cake dan sebuah kek bersaiz 20 x 10 inc. Kek yang juga agak besar.

Untuk cup cake ni pula ianya adalah kek vanilla di hiasi dengan cream cheese strawberry frosting. Ita hiaskan dengan strawberry sebagai hiasan. Kek yang simple untuk anak-anak tahun enam menjamu selera.


Susah betul nak dapatkan strawberry dalam musim hujan dan penghujung tahun ni.. Lebih-lebih lagi kemalangan yang berlaku di Cameron Highland memburukkan lagi keadaan. Ita hanya dapat beberapa kotak sahaja strawberry dan strawberrynya pun tidak berapa cantik.


Untuk kek besar ni pula dalamnya adalah rainbow kek dan di lapisi cream cheese frosting. Kek di lempa sepenuhnya dengan buttercream.
Ita di beri kepercayaan sepenuhnya oleh cikgu untuk mendeco kek ini. Ini lah hasil deko yang termampu ita lakukan.


Ita membuat kek berbentuk buku, bersesuaian dengan anak-anak tahun enam yang akan menutup buku sekolah rendah dan akan melangkah pula ke sekolah menengah.
Ita lukiskan corak kartun kanak-kanag yang riang. Gambar lukisan ini ita rujuk dari google dan ita lukis sendiri atas kek.. hihi buruk aje kan.. Sebenarnya agak payah nak lukis dengan piping bag berbanding kita melukis dengan pensel..
Warnanya pula ita menggunakan gel yang ita bancuh bersama warna pilihan
Ita harap pihak sekolah berpuas hati dan anak-anak tahun enam juga happy dan enjoy menjamu selera.


Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179.
Tempahan hanya untuk Johor bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal.



5 comments:

Izzati Amira said...

waaaaa.... one day , saya nak tempah kek dari akak.. hehehe. inshaa Allah. dari dulu asyik dok ushar je gambar2 kek dalam web nih.. hehe

fazianbatrisyia said...

Sy yg tumpang tgk ni pun enjoy, lagi lah yg menjamu....njoi betul...cantik la kek tu kak ita...

Unknown said...

You're damn bloody good Puan!!

Absolutely impressed with your "drawing skills"!! cake looks terrific!! it takes lots of patient and creativity to create this!

Wish I live in Johor Bahru, Malaysia... and I'll be your student, definitely!

Anonymous said...

cantikkkk...:D

Unknown said...

Salam sejahtera Azlita,

Saya berminat untuk membuat tempahan kek, Insya Allah sekitar bulan April 2015. Bolehkan agaknya jika saya tunjuk contoh kek yang saya inginkan?

Kak Roza Roslan.

Post Top Ad

test