Nasi Ayam Penyet Paling Sedap! - masam manis f

Breaking

Nov 19, 2014

Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!


Apa ya maksud di sebalik nama Penyet itu..? Kita ni tahu makan aje.. tak pernah nak ambil tahu kenapa sesuatu makanan itu di namakan sedemikian. Ramai yang menyatakan penyet tu sama maknanya penyek dalam sebutan kita. Jadi makna Ayam Penyet tu ayam yang di penyek-penyekkan lah ya... ? ops.. masih kurang tepat rupanya..


Penyet itu adalah istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bererti lumat. Bermaksud bahan yang di masak di lumatkan.. dalam istilah bahasa Indonesia.. bumbunya di tumbuk lumat. Di hidangkan pula dengan sambalnya yang juga di tumbuk lumat. Bila di makan pula tempe, tahu, ulam-ulaman atau ayam di lumat-lumatkan pula di dalam sambal sebelum ianya di makan bersama nasi.


Nasi Ayam Penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur. Pada asalnya makanan ini dibuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar. Tempe tersebut kemudian digoreng dan setelah masak disajikan dengan sambal. Lama kelamaan makan ini telah di olah, di tambah pula dengan ayam dan ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi dan sambal.
Kini ianya cukup popular, bukan sahaja di Indonesia, malahan telah menambat hati rakyat Malaysia.



Kebiasannya bila kita makan di kedai, set hidangan Nasi Ayam Penyet adalah ayam penyet, sambal penyet, tahu dan tempe penyet bersama ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi putih. Nasi ayam penyet ini kesedapannya pula banyak bergantung kepada sambalnya, ayamnya yang di perap dengan rempah dan tahu serta tempe yang juga di goreng berempah. Jika kurang sedap rasa sambalnya maka kurang umpph! lah nasi ayam penyet tersebut.

Di Johor Bahru ni, banyak kedai makanan yang menghidangkan nasi ayam penyet. Harganya pula dari RM 6.00 hingga ada yang merncecah RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. Wow! boleh tahan juga harganya kan.. bagi yang makan bersendirian tak jadi masalah.. tapi bagaimana pula dengan mereka yang besar keluarganya.. pasti kercekik leher dibuatnya bila mendengarkan harganya yang semahal itu..

Anda jangan risau.. hari ini ita kongsikan resepi nasi Ayam Penyet baik punya sedap! terlajak sedap dan terlajak power!
Cara membuatnya tak susah mana.. mudah aje kalau anda ikut step by stepnya yang mudah dan ringkas.


Sebelum tu ita nak ceritakanlah tentang kesedapan Nasi Ayam Penyet yang di kongsikan oleh Bloqresepi . Resepi ini ita rujuk dari My Resepi. Ramai yang dah mencuba dan rata-rata mendapat pujian yang hebat! Tak sabar rasanya ita nak mencuba.


Bahannya tak sukar.. Memasaknya pun tak sukar mana.. Masa memasak pun agak cepat dan ringkas.. jika semua bahan dah tersedia.
Bagaimana pula rasanya..?  memang terbaik...! rasanya inilah nasi ayam penyet yang terbaik.. dan resepi yang terbaik.. anak-anak suka.. suami pun suka.. ita lagilah bertambah-tambah suka.. yang paling ita suka sambal penyetnya.. memang power habis.. sedap sangat..! kena pulalah dengan ayamnya yang perghhhh.. garing di luar lembut di dalam.. bersama keriuk keriuk ayam yang rangup.. kruk.. krak.. kruk.. krak.. kami menikmatinya.. tahu dan tempe.. pun terbaik.. memang berbaloi mencuba.. Kelainannya kali ini nasinya adalah nasi ayam bukan nasi putih.. lagi lah bertambah-tambah anak-anak makan..

Macam mana dah tak sabar nak mencuba!
Jom kita masuk dapur..


NASI AYAM PENYET
Resepi oleh : Bloqresepi
Rujukan : My Resepi

Sebelum anda mulakan ita nak bagi tahu bahawa, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi anda yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!


Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam ~ ita guna ayam kampung yang bersaiz agak kecil
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Ita tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum


1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup


Caranya

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!


Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.

Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!


Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi
* sebelum goreng ayam, ita ingatkan anda supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam.


Dah pun siap ayam kita, sekarang kita masak nasi pula.
Jom lihat bahan untuk nasi pula


Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul


Cairkan butter
Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian baru masukkan air rebusan ayam
Perasakan dengan garam
Anda boleh juga masukkan kub ayam, ita tak masukkan sebab masa rebus ayam ita dah masukkan kiub ayam.
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

Ok nasi kita pun dah siap. Sementara tunggu nasi kita mask kita sediakan sup pula


Bahan Untuk Sup Ayam

Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang kita sediakan sambal power ni pulak ya


Bahan Untuk Sambal Penyet

Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau campurkan antara cili padi dan cili merah. Kalau cili padi semua nanti berasap telinga..


10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4 ( ita kurangkan )
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi


Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..


Selamat menjamu selera....








49 comments:

ain zulkarnaind said...

meleleh air liur

Eny Abdullah said...

sedapnyaaaa kak itaaaaaa!!!!

Rina Audie said...

asli bikin ngiler ayam penyetnya kak ita

syafiqah hazeera said...

cari resepi ayam penyet..
mr google campak ke sini
sedapnya..
ambil ye resepi ni :)

iduraz said...

sedapnya...tp betul, dh siap msk mmg rege jd mahall..ngeee

Unknown said...

mak aihhhhh....sedaaaapnya.

serius...terliur sungguh nengok gambar2.

tq kak kongsi tips resipi.

:)

saya orang baru dalam dunia blogger..
jemput singgah n follow blog saya. :)

http://fatirahmohdkasim.blogspot.com/

fazianbatrisyia said...

Uish...sedapnya. lapar tgh mlm cam ni

Unknown said...

kak ita saya share resipinya yer...
mmg dah lama saya cari resipi nie...

lyanalex said...

Yum yum .. bole cuba ni ☺

NoNa MaRiNa said...

Sedapnya...nk try buat lah

Mazitah said...

Nampak menyelerakan,









Padin said...

ahahahaai gambar pon menarik, tampak lagi sedap jadinya...

suka makan ayam penyet di Medan Selera Rahmat, UDA. Rm8 satu set

Unknown said...

Terliur pulak malam² ni tengok gambar nasi ayam penyet mak ita. Mau esok carik brg n buat resipi ni! Tq share resipi :)

p said...

wah kebetulan saya sangat suka dengan ayam penyet... jika biasanya saya membeli maka kali ini saya akan mencoba untuk membuatnya sendiri dirumah


Makanan Penyebab Penuaan Dini

SuE KasSiM said...

Assalamualaikum kak ita, jika saya guna cili kering utk gnti dgn cili merah boleh ke?

Aliyana said...

salam kak ita..
saya dh cube resepi kak ita..
mmg betul2 sedap.. puas hati masak sendiri... boleh bertambah..

diyana isa said...

sedapnya. memang feveret gila nasi ayam penyet ni.

Suu said...

sedapnyaaaaaa^^
serius menjadi !

Unknown said...

Salam

Thanks for the recipe sis ))

diyana isa said...

sedapnya kak ita. saya dah lame cari resepi buat nasi ayam penyet ni. Rupanya dalam blog kak ita ade. selalu pi makan ayam penyet kat kedai, tapi rase mcm tak puas makan sbb dapat sepinggan je. terima kasih kak ita sebab share resepi ni. will try.

Unknown said...

Sedapnya dan resipinya terbaik

Unknown said...

Terima kasih resepi. X sabar nak cuba utk family

chadeen said...

Kak Ita, terima kasih share resepi ni.
Syaza dah buat. Alhamdulillah sedap! :)

X nyempat² nak ambil gambar hihi. Kalau ambil gambar bole share di blog.

Cumanya sambal tu derhaka sikit. Kami kehabisan lada merah dan cili padi merah di rumah. Campur sikit dengan lada hijau dan cili padi hijau.

:)

Sergeanthasan said...

Terima kasih kerana resepi yang lengkap

Unknown said...

Thanks for sharing kak.mmg sdap sambal aym penyet ni.sy da cuba smlm..husbnd sy pn suka..=)

Anonymous said...

bila baca saya dapat feeling..simulasi imiginasi memasak nasi ayam penyet ni memenuhi citarasa saya..terimakasih

cikkyra90.blogspot.com said...

sedapnyaa... selalu makan ayam penyet kat senawang, seremban.. hihi.. nak buat plak, mood rajin x sampai seru lagi.. kiki

Unknown said...

Klau resepi ayam tu guna untuk burung puyuh blh x?

Unknown said...

Kak Ita, mcm mana nk sukat air utk masak nasi tu ya kak?

Unknown said...

terima kasih utk resepi yg sgt sedappppp..sy dah cuba..memang terbaikkk😉😉👍👍👍

Unknown said...

Salam kak ita. Klau gne stu biji bwang merah n stu biji bwang putih xpe kan?

Asmizah said...

Salam..sy dah try resepi ni..menjadi dan sgt sedap.....terima kasih kerana share resepi ni....

Unknown said...

Resepi nya dah diubah Dari yg origina

Miss Rc said...

Minta izin amik resepi ni utk masak kt restoran...hihihi....

Unknown said...

Salam sedap nasi ayam penyet baru lps mencuba buat... ya allah whole familys suka resepi ni sgt sgt sgt.... terima kasih ya ;) byk resepi akk sy cuba... maklum la org baru berrumahtangga saya kena belajar ....masakkkk

Unknown said...

salam akak. kalau ganti tepung beras dgn tepung gandum / tepung goreng ayam boleh x?

Ikhwan said...

Assalamualaikum... mohon share & guna gambar untuk rujukan... tq

Eshalyna said...

Sedapnya..tengok pun dh nmpak sedap . Nt nak masak esok.tq kak share rsepi ni

Unknown said...

Mohon share ye 🎈☺️

j_zura84 said...

Assalam.. Kak ita, nk tanya.. Akak kata klu nk sedap ayam tu perap semalaman kan?? Air rebusan ayam tu kita simpan jugak laa n panaskan balik esoknya ye??

Anonymous said...

Saya suka ayam penyet..sedap

Unknown said...

Hmmm....baru dua hari lopas adik kembar I minta masak nasi ayam ni...dah nak cuba

Unknown said...

Hmmm....baru dua hari lopas adik kembar I minta masak nasi ayam ni...dah nak cuba

Vitamin Syaza (VS) said...

sedapnya..

Suri Yanti Ahmad said...

tak sabar nak tunggu hari minggu..masak reramai dengan geng2 bujang ni...

Unknown said...

Kak iti sy try buat skrg ni .. Hihi syg tomato tu .. So buat sambal jerr �� .. Nnti bagi comment untuk resipi sambal kak ita

Unknown said...

Sedapnya mohon share ye sis

Unknown said...

Nak try Hari ni. Tq kak ita 🤗

Adlyia Yusof said...

Salam.. saya dah buat ikut resepi ni..
memang sedap sangat.. memang akan guna resepi ni je lepas ni.. ayam elok rangup..
follow betul2 ikut sukatan memang sedap!
Suka! Suka! Terima kasih ya kak ita! ❤

Post Top Ad

test