Hari ni ita masak yang mudah dan ringkas sahaja. Walaupun ringkas namun resepi kali ini sangat sedap dan mendapat pujian dari suami dan anak-anak. Resepi Ikan Kerisi masak Kicap Pedas ini ita ambil dari buku masakan Pak Engku, di bawah tajuk Santapan Lauk-pauk Tradisi. Banyak resepi Pak Engku dari buku ini yang telah ita cuba dan semuanya memang benar-benar sedap dan enak.
Kebetulan ita ada beli ikan kerisi di pasar, ikan kerisi kesukaan anak-anak ita.. boleh di katakan ikan ini kegemaran kami sekeluarga. Bila runsing tak tahu nak masak apa..? ita belek-belek lah buku masakkan Pak Engku. Apabila nampak resepi ini.. ita lansung capai semua barang dan teruslah memasak.. Terima kash pada Pak Engku kerana selalu memudahkan kerja memasak ita di dapur.. Kerja memasak ita lebih mudah dan ringkas.. tak payah lagi pening kepala.. dan hasilnya memang tak pernah mengecewakan..
Keistimewaan masak kicap Pak Engku kerana menggunakan rempah ratus.. Ita memang cukup suka masakan yang berempah kerana aromanya memang cukup membuka selera. Lebih lagi masak kicap kali ini kicap yang pedas.. lebihlah teruja ita di buatnya..
IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk-pauk Tradisi
5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih
Sedikit garam dan kunyit
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan simpul
2 biji tomato ~ belah 2
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
3 comments:
sedapnya Ita, makan dgn nasi panas memang terangkat ni
Sedapnyerrrrr...
Puan sy minta izin untuk Share di facebook page sy ya,dan saya akan credit di Blog Puan.Terima Kasih!
Post a Comment