Vienna Brownies - masam manis f

Breaking

Dec 4, 2014

Vienna Brownies


Assalamualaikum dan selamat malam..
Hari ini ita kongsikan resepi brownies. Lama dah rasanya tak buat brownies.. hari ni terasa macam nak makan brownies pulak!

Sebenarnya dah lama juga ita mencari resepi Vienna Brownies. Brownies ini ada jual di Secret Receipe tau! dan antara brownies yang popular jugak lah di sana..
Cari punya cari akhirnya jumpa lah dengan resepi yang di kongsikan oleh kak wan ni.. Apalagi ita pun cubalah..



Resepi ni ok juga.. sedap.. tapi suami ita kata kurang manis sikit..  suami ita memang pemanis sikit maklumlah orang Kelantan.. bagi ita dah ok dah.. tak manis sangat dan sesuai bagi mereka yang menjaga kesihatan..

Tapi kalau anda peminat kuih-kuih yang manis bolehlah tambahkan sikit lagi gula.. tapi jangan banyak sangat nanti manis lah pulak..

Kaedah membuat brownie ni mudah dan simple aje sebenarnya.. cuma brownies ini banyak sikit bahan dan banyak sikit stepnya.. Tapi masih lagi mudah dan ringkas.

Membuat brownies tak sama macam kita buat kek. Kalau kek kita kena pukul telur dan gula hingga gebu, jika brownies tak perlu pukul sangat.. cukup sekadar ia bersatu dengan gula sahaja. Brownies sebagaimana yang kita ketahui adalah kek bentat.. dia tak gebu, dan sedikit padat tapi masih lembut dan lembab.. Bagi peminat brownies bolehlah cuba..!


VIENNA BROWNIES
Resepi Oleh : Kak Wan
Rujukkan : Citarasawan

120 gm butter
240 gm coklat masakkan gelap
270 gm gula halus
8 biji telur gred A
1 sudu besar Nescafe larutkan dengan 1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanilla
220 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
80 ml susu segar
1 sudu teh soda bikarbonat
80 gm cip coklat

Cream Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
60 gm tepung gandum
2 biji telur
80 ml air


Cairkan coklat masakan gelap secara kukusan
Masukkan butter dan gaul rata hingga butter larut
Masukkan Nescafe yang telah di larutkan
Masukkan juga susu segar
Tambahkan esen vanilla
Kacau rata
Ketepikan


Satukan gula dan telur dan pukul hingga sebati sahaja.
Jangan pukul sampai kembang sebab brownies tak perlukan telur yang di pukul hingga kembang. Cukup hingga ia sebati dengan gula.
Manakala dalam bekas lain satukan tepung, serbuk koko dan soda
Kemudian di ayak


Satukan tepung dengan adunan telur dan kaup balik rata
Masukkan adunan coklat dan gaul sempurna
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak


Dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese dan gula hingga berkrim
Masukkan telur, tepung dan air dan pukul sebati


Sediakan loyang 10 x 10 inc
Lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan butter pada loyang
Tuangkan 1 bahagian adunan coklat, ratakan
Tuangkan pula adunan cheese dan ratakan
Akhir sekali tuangkan satu bahagian lagi adunan coklat dan taburkan coklat cip di atasnya
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170C
Bakar brownies selama 45 minit hingga 50 minit
Cucuk kek dengan lidi setelah masak jika lidi keluar licin bermakna brownies telah di bakar sempurna
Keluarkan brownies, letakkan atas redai
Potong setelah brownies sejuk


20 comments:

Syira Lokman said...

singgah sini jenguk tuan blog :D jom ke blog syira lokman ^_^

Inani Hazwani said...

boleh try buat ni ^_^

Zafirah Kama said...

Terliur nampak pepagi ni... Assalamualaikum..Selamat pagi...

IeRA said...

SAlam singah..

sedapnya...lebih2 lagi terpandang cheese tu

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kulim said...

sedap ni...boleh cuba buat...tq ita..

Mek Onie said...

mengancam gila! :D

Sunah Sakura said...

sedapnyaaaaaaaaaaa....nanti kalo rajin boleh buat yang ni pulak!

Pintu Kesihatan said...

ya Allah, sedapnya nmpk ..nnt nk try la.. tq kak ita sbb share resepi brownies ni :)

suraya said...

Tqsm ita dan kak wan sudi share resepi ni, hanya Alla shj yg dpt membalas usaha murni kalian berdua ini yg tak pernah kedekut ilmu masakan...ammiin

Unknown said...

Saya dah cuba,,,bab gula saya tambah jadikan 290gm...rasanya kalau jadikan 300gm cukup rasa manisnya, thankz kak ita ...sedap

Unknown said...

Assalammualaikum akak, boleh tak coklat masakan tu saya guna coklat masakan yg biasa? Mohon akak balas hehehe, terima kasih! :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Nampak mengoda....antara resepi yang akan saya cuba...

sunshine said...

auntie, will the brownies be too sweet or should i reduce the sugar

myamiera said...

salam sis, sis pkai choc msakan jnis apa..

Unknown said...

Salam sis azlita. Terima kasih berkongsi resepi. Sis ada tak resepi brownies ni untuk loyang saiz kecil. Sebab ingat nak buat sikit saja. Terima kasih

Unknown said...

Adore with your photography <3

Unknown said...

Boleh tak susu segar tu ganti susu cair..

Unknown said...

Boleh tak susu segar tu ganti susu cair..

ellynn said...

Dah try buat tp adunan brownies dan cheese mcm cair sgt, so bila masukkan dlm loyang jd bercampur. Kenapa ya jdi mcm tu sbb bahan semua timbang ikut resepi.

Post Top Ad

test