Sausage Mix Vegetable Buns - masam manis f

Breaking

Jan 17, 2015

Sausage Mix Vegetable Buns


Bun ini ita sediakan untuk sarapan anak-anak. Dalili cukup suka bun dengan sosej ini . Biasanya kalau ita pergi shopping mesti dia minta belikan bun sosej yang di jual di suppermarket. Kadang ita risau juga nak belikan dia bun sosej yang di jual di bakery. Pertamanya ita risau kerana tidak tahu siapa yang membuatnya dan yang kedua, di sebab kan ia menggunakan sosej yang kita tahu berasaskan daging atau ayam ita cukup risau akan sumbernya ialah takut halal atau sebaliknya.



Oleh kerana rasa was-was, ita lebih suka buatkan sahaja jika anak-anak teringin nak makan. Buatnya pun bukannya susah sangat, lebih mudah jika kita ada bread maker, tak payah susah payah nak menguli doh.

Hari ini ita sediakan bun sosej atas permintaan anak-anak. Resepi bun ni ita ambil dari buku masakan yang dah lama ada di dalam simpanan ita iaitu dari Chef Alex goh. Resepinya mudah, dohnya pun sedap kenyal dan gebu, lebih-lebih lagi bila doh di uli dengan bread maker, memang lembut dohnya. Suka anak ita menikmati bun sosej yang emaknya sediakan. Katanya lebih enak bila emak yang buatkan.. rasa lebih segar dan boleh letak mayonis dan sos lebih-lebih..



SAUSAGE MIX VEGETABLES BUNS
Resepi Oleh : Chef Alex Goh
Rujukkan : The World Of Bread

Bahan A
480 gm tepung roti
120 gm tepung gandum
110 gula halus
10 gm garam
20 gm tepung susu
4 sudu Yis segera

Bahan B
1 biji telur
300 gm air sejuk

Bahan C
60 gm butter

Bahan D
Sayur campuran
Daun ketumbar ~ di hiris halus
Mayonis
Sos Cili


1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, (Boleh rujuk cara membuat roti di SINI ) masukkan semua bahan A di dalam bekas adunan  dan sebatikan. Tambahkan bahan B dan uli hingga tidak melekat pada tangan, campurkan bahan C dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal. Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 70 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 10 minit.


Selepas 10 minit, canaikan doh hingga rata
Letakkan sosej di bahagian tengah doh yang telah di canai.
Lipatkan doh menjadi separuh dan biarkan 1/3 lebihan dari tepinya
Potong doh kepada 8 bahagian kecil. Potong hanya bahagian sosej sahaja, dan biarkan bahagian 1/3 tidak di potong. Doh akak membentuk seperti sikat.


Putarkan bahagian pertama ke sebelah kiri dan bahagian ke dua ke sebelah kanan
Teruskan hingga bahagian akhir.
Susunkan doh yang telah siap ke dalam loyang pembakar yang telah di taburkan dengan sedikit tepung, atau di sapukan sedikit butter.
Tutup doh dengan tuala bersih dan perap selama 45 minit.
Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.





Selepas 45 minit, sapukan atasnya dengan egg wash ( campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar )
Taburkan campuran sayur-sayuran ( ita hanya letak potongan karot dan daun ketumbar yang di hiris )
Paipkan atasnya dengan mayonis dan sos cili
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga bun kuning keemasan
Setelah bakar, paipkan sekali lagi atasnya dengan mayonis dan sos cili supaya kelihatan lebih menyelerakan




9 comments:

mis chucherias said...

Amazing! :-P

Qalesha said...

Nampak kemas dan halus picitan sos dan mayonaise akak. Bole tau akak guna acuan mcm mana? Terima kasih

ms_shogun said...

as salam kak ita..nak tny kalay guna bread maker...yis tu tak yah bancuh dulu ke? terus masuk je kering2 camtu eh?

Sidi - Niza said...

Kak ita, 4 sudu yis tu, sudu teh ke, sudu besar? Tq kak..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam sis, nk tye..klau bakar roti dlm pemanggang ajaib, npe kt bwh tu dia hangit n pemukaan roti tu xbrp garing keemasan tp putih cmtu je...@ kene letk dlm pastri aluminium dahulu br letk dlm pemanggang ajaib tu

Sweet Hilwa Chocolate said...

Yis tu 4sdt or 4sdb kak ita?

Unknown said...

Yis tu sudu kecil ker besar

Unknown said...

Kalau dlm bahasa Inggeris dia tablespoon so.... Kecil

Post Top Ad

test