Kari Kambing Tanpa Santan - masam manis f

Breaking

Feb 6, 2015

Kari Kambing Tanpa Santan


Assalamualaikum...
Salam Jumaat kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana sahaja anda berada..

Semalam ita masak lauk kambing lagi. Kali ini ita masak lauk kari kambing tanpa santan. Maklumlah bila umur dah masuk 4 series ni kenalah jaga kesihatan. Sekarang ni pun kesihatan tak berapa baik kan.. jadi kena jaga pemakanan supaya tidak menambah burukkan lagi masalah kesihatan yang di hadapi.

Sebenarnya ita sangat beruntung.. bila mempunyai ramai kenalan... baik di FB mauhupun di blog. Terima kasih yang tak terhingga kerana ramai yang mengambil berat tentang kesihatan ita.. sering bertanya khabar.. walaupun kita sebenarnya hanya bersahabat di alam maya sahaja..


Tapi seperti biasa.. ada yang suka dan ada yang membantah bila ita kongsikan kesihatan ita yang semakin merudum. Sebenarnya.. ada kebaikannya dan ada keburukkannya juga.. Sebelum ita mengetuk papan kekunci ita ni.. ita dah fikirkan baik, buruk dan tomahan yang bakal ita hadapi. Tapi tujuan ita hanya satu untuk mencari penawar dan berkongsi kepada semua.. sebab ada antara kita yang pernah lalui tapi mereka tak ambil pot.. bila dah parah baru tersedar.. macam ita ni..
Setiap sakit itu pasti ada penawarnya.. tapi sebaiknya sediakan payung sebelum hujan dan lebih baik cegah sebelum parah..


Semalam ita mendapat ilmu lagi.. Alhamdulillah.. kerana Allah seringkali mendengar doa ita. Terima kasih juga kepada kak Lina sahabat yang pada mulanya di FB , yang tak putus-putus membantu ita.. Kali ini Kak Lina kenalkan ita dengan Mak Cik Aisyah.
'Mak Cik Aisyah pandai mengurut.. lagi pula beliau banyak ilmu tentang urat saraf.. ringan badan lepas urut.. tapi ita kena tahan sikit sebab sakitnya... terjerit-jerit akak bila di urut oleh Mak Cik Aisyah ' luah kak Lina di hujung talian

Semalam Mak Cik Aisyah datang rumah ita untuk mengurut. Baik orangnya... lembut tutur bicaranya.. Mak Cik Aisyah banyak menurunkan ilmu pada ita Alhamdulillah.... masih terngian-ngiang lagi kata-kata Mak Cik Aisyah..
'Kita hidup atas dunia untuk mengumpul saham akhirat.. hanya ilmu bekalan mak cik untuk bawa ke sana nanti.. jangan lokek dengan ilmu Allah..'

Memang sedap Mak Cik Aisyah mengurut.. tapi memang sakit lah.. berkerut-kerut ita menahan sakit.. kata Mak Cik Aisyah.. tahan sikit.. nak baik kena sabar dan kena kuat tahan sakit..

Sepanjang mengurut pelbagai nasihat yang mak cik Aisyah berikan..
Jangan minum ais , jangan makan makanan sejuk... kerana urat saraf dan otot-otot ita dah membeku, sebab tu kaki ita sejuk.... masa mak cik Aisyah urut pun dia suruh ita pegang tempat yang dia urut.. memang sejuk sangat.. kata mak Cik Aisyah biasa bila urut badan panas.. tapi badan ita sejuk sangat... , Ita juga di nasihatkan supaya tidak mengambil makanan yang manis-manis.. menurut katanya kalau ita tak jaga boleh kena kencing manis. Mak cik Aisyah juga banyak nasihatkan ita supaya mengambil supplement tambahan untuk melancarkan pengaliran darah. Untuk kuatkan otot, banyak makan vitamin C, banyak makan buah-buahan yang berwarna-warni macam berries untuk untuk menyihatkan sum-sum tulang supaya ia dapat memproses darah dengan baik. Ita juga kena minum susu kerana tulang dah mula kasar takut nanti ita kena osteoporosis.. Masyaallah.... banyak ilmu yang ita belajar.. selama ini ita tak pernah ambil supplement.. rupanya ianya penting bila umur dah semakin meningkat..

Alhamdulillah... terima kasih mak Cik Aisyah dan terima kasih yang tak terhingga buat kak Lina yang tak putus-putus membantu ita dan nak lihat ita sihat seperti dahulu.

Kepada sahabat-sahabat ita di luar sana.. jangan lupa ya jaga kesihatan.. jaga pemakanan..
Jom kita lihat resepi Kari Daging Tanpa Santan



KARI KAMBING TANPA SANTAN

1/2 kg daging kambing
3 sudu besar kari daging BABAS
2 tangkai daun kari
1 batang serai ~ di titik
2 keping asam keping
Bahan tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih
2 biji kentang ~ di potong
Minyak untuk menumis
sedikit gula Melaka
garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 inc halia

Tumiskan rempah tumis, daun kari dan serai hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
Tambahkan rempah kari yang di campur dengan sedikit air dan masak hingga terbit minyak
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air
Masukkan daging dan kentang dan masak hingga empuk
Bila dah empuk masukkan asam keping dan gula Melaka
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam
Bila kuah dah pekat sedia di hidangkan







9 comments:

umi's cup cake said...

Terima kasih kak ita atas info ni...nampaknya umi pun kena hati2 dalam untuk kesihatan juga...Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada kak ita..in sha Allah

Gee® said...

Waa... sedapnya...

Enjaafiqah said...

As slm, seronok dengar bila ita dh sihat. Sama-sama bersabar sayapun ada masalah kesihatan juga.

Pembekal_teh_bunga said...

malam malam macam ni tengok gambar lauk pun dah teliur.

semoga kak ita cepat sembuh ya

Assalamualaikum

Unknown said...

Assalamualikum Kak Ita,
Sy 'silent reader' akak.
Semoga akak diberikan kesihatan oleh Allah.

fazianbatrisyia said...

Alhamdulillah..k ita semakin sihat.

Unknown said...

Salam nak tanya daging kambingnya terus letak atau rebus dulu

interreznette said...

Power. Terima kasih atas perkongsian resepi

novitaliang said...

Numpang komentar ya gan,
Saya ingin memberitahukan informasi mengenai tentang Ayam-ayaman.
Bagi para Botoh pemula yang ingin belajar cara ternak ayam, merawat ayam, menjadi ayam lebih kuat.

Anda Bisa Mengunjungi Artikel Sabung Ayam Dipersembahkan Oleh Tajen Online
https://bit.ly/2mjb0gG

Cara Meningkatkan Nafsu Kawin Ayam Jago
https://bit.ly/2mAqL3b

Bonus 8x Win S128 SV388 Tajen Online
https://bit.ly/31WQYt1

Anda Juga Bisa Melakukan Chatting Langsung Di Whatsapp Kami +62-8122-222-995

Terima Kasih Sudah Membaca Komentar Saya

Post Top Ad

test