Asam Pedas Untuk Dia satu lagi drama adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. Drama Asam Pedas Untuk Dia disiarkan mulai 10 Januari 2015, setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia.
Air tangan ku mengalir bersama sejuta rasa cinta...
Novel karya Nureen Mirza terbitan Alaf 21 ini mengisahkan Ainin seorang ibu tunggal yang kematian suami cekal menjalani kehidupan bersama anak dan ibunya. Bekerja sebagai pembantu rumah dan dalam masa yang sama menjual nasi lemak dan kuih koci pulut hitam.
Kesempitan hidup Ainin bersama bebanan hutang rumah sewanya menarik simpati anak majikannya Ziyad yang cukup mengemari asam pedas air tangan Ainin.
Ziyad menawarkan untuk membayar hutang sewa rumah Ainin yang tertunggak, namun di tolak Ainin dengan alasan tidak mahu terhutang budi dengan majikannya. Sikap Ainin yang berdegil tidak mahu di bantu membuatkan Ziyad mengambil keputusan untuk menikahi Ainin tampa pengetahuan umi dan abahnya serta bakal tunangnya Shafinaz.
Setelah berfikir panjang, Ainin menerima lamaran Ziyad, tetapi Ziyad meletakkan syarat, perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada
pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin juga tidak
dibenarkan hamil.
Perkahwinan selama 6 bulan dilalui penuh cabaran. Apabila terbit rasa
rindu, kasih dan sayang maka terhasilah benih kasih sayang mereka apabila Ainin di sahkan hamil. Luluh hati Ainim apabila mengetahui dia bakal di madukan apabila Ziyad akan mengahwini Shafinaz. Namun dia tidak boleh memungkiri perjanjian antara mereka berdua.
Suatu hari Ainim pengsan di rumah majikannya, hingga rahsia kehamilan terbongkar. Siapakah bapa kepada anak yang di kandungnya itu..?
Aini yang selama ini di pandang tinggi di dalam keluarga majikannya mula menjadi mangsa cemuhan terutamanya dari adik Ziyad, Zarul yang juga menyimpan rasa cinta kepadanya.
Kerana rasa simpati Ziyad kepada Ainim dan tidak mahu rahsianya terbongkar, Ziyad mengambil keputusan untuk menghantar Ainim dan keluarganya ke Tanjung Karang di banglo milik mereka.
Ainim yang rasa dirinya terhina pula.. mengikut Iqram sepupu arwah suaminya ke Kuala Kangsar bersama anak dan ibunya.
Ziyad mencari Ainin bagaikan separuh gila.... Kerana rasa cintanya kepada Ainin dan rasa bersalahnya akhirnya Ziyad memutuskan untuk berterus terang kepada keluarganya tentang perkhawinannya bersama Ainin atas dasar rasa simpati hingga akhirnya tersemai rasa cinta yang mendalam kepada isterinya itu. Keluarga Ziyad menerima berita itu dengan tenang dan bersedia menerima Ainim sebagai sebahagian dari keluarga mereka kerana mereka juga sememangnya senang dengan keperibadian Ainin. Ziyad pula memutuskan pertunangannya dengan Shafinaz dan terus menjejaki Ainin.
Kisah novel ini memang menyentuh hati dan sanubari... Kisah kecekalan seorang ibu tunggal menghadapi cabaran kehidupan setelah kehilangan tempat berpaut.. Rasa kecintaan dan simpati di mainkan dalam novel hasil nukilan Nureen Mirza memang terbaik..
Membaca novel dengan menonton darama memang lain penghayatannya.. Bila baca novel kadang kala kita terbuai bersama watak-watak dalam novel tersebut hingga ada kala kita turut meletakkan diri didalam watak yang di mainkan.. pasti semakin terbuai-buai. dibuatnya.....
Tak sabar nak tunggu episod seterusnya di slot Dahlia TV3. Setiap kali tonton drama Asam Pedas Untuk Dia.. setiap kali itu terliur dengan asam pedas yang di sediakan Ainin. Hari ini hilang rindu dengan asama pedas.. mujur boleh masak asam pedas sendiri.. hihi...
ASAM PEDAS UNTUK DIA
1ekor ikan merah ~ ita ambil bahagian kepala dan ekor untuk asam pedas kali ni
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum
1 batang serai ~ dititik
1 buku gula melaka
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya
Bahan Kisar
15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan
Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Masukkan daun kesum, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa
Kemudian masukkan ikan
Biarkan ia merenih dan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi
Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan
5 comments:
saya memang follow cerita nie ermm mcm best nak follow lg...kak ita dh sihat?
best sangat cite ni kan kak ieta..tak sabaa2 tunggu depan tv..suka syukri yahya dengan dayana roza ni sweet sangat =')
Salam Luna,
Bunda selalu tengok iklan promo drama ni....tapi tak pernah lagi tengok dramanyer...
Assalamualaykum wbt Kak Ita,
I love the way you blend your cooking with a drama story. You have successfully bring up a food blogging to a new level. This is absolutely amazing what a food blogger like you can do! A collective high-five to you Sister!
I definitely will try your Asam Pedas untuk dia! :) Insya Allah.
btw. In addition to your existing religious practice seeking from protection of Allah for evil, you may want to read Al-Waqiah every night& 3-kul all the times. It helps me too!
May Allah take a great care of you and family.
Tq for d recipe dear
Post a Comment