Penang Curry Mee yang sedap ! yang lazat ! - masam manis f

Breaking

Feb 3, 2015

Penang Curry Mee yang sedap ! yang lazat !


Assalamualaikum..
Apa khabar semua rakan-rakan yang ita sayangi.. Doa ita agar semuanya dalam keadaan sihat dan di dalam lindungan Allah SWT



Minggu ni pasti ramai yang bercuti panjang, maklumlah banyak perayaan. Bila cuti hujung minggu bersambung pula dengan cuti am, anak-anak pastilah pulang ke rumah. Pasti riuh rumah dengan gelak tawa anak-anak. Macam-macam cerita, pengalaman yang ingin di kongsikan dengan keluarga.. dan banyak juga nasihat yang emak dan ayah berikan untuk bekalan bila mereka pulang nanti.

Para ibu pula pasti sibuk menyediakan menu istimewa untuk anak-anak yang pulang bercuti. Ita juga tidak ketinggalan untuk mencari resepi yang istimewa untuk anak-anak ita.

Resepi ini ita dah terpandang lama seawal Paty kongsikan di blognya.  
Sedapnya lah haiii.... bisik hati seraya menelan air liur.. mesti anak-anak ita suka. 
Ita mula memasang angan-angan untuk menyediakannya bila anak-anak pulang bercuti nanti.
Kami sekeluarga memang cukup mengemari mee yang berkuah, nak..nak anak ita yang sulung Amirul.. suka benar dia kalau maknya masakkan mee yang berkuah. Pasti berulang-ulang anak-anak menikmatinya. 

Ita pula memang suka masak kalau anak-anak pun suka makan.. walaupun tak sihat bila melihat anak-anak menikmati hidangan air tangan emaknya ni.. hilang rasa sakit dan penat..  
Resepi ini ita ada olah sana sikit sini sikit mengikut citarasa kami sekeluarga.. tapi jangan bimbang ianya masih lagi mengekallkan originaliti resepi asal.


Penang Curry Mee atau ada yang mengelarnya Hokkien Mee  memang cukup popular dan terkenal di Malaysia dan Singapura. Mee berkuah ini di katakan berasal dari Fuji Cina dan di bawa serta di perkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Cina. Curry Mee ini biasanya di nikmati bersama mee telur (mee kuning) atau mee beras ( mee hoon ). Yang istimewanya mee ini di nikmati bersama sambal ( chili oil ) yang menambahkan lagi keasyikkan mee ini. Selain itu ia juga di sediakan bersama ramuan tersendiri dan tambahan udang, kerang, ayam, daging, taugeh, kacang panjang yang di celur dan hirisan limau bagi yang sukakan kuah yang sedikit masam.



Apa yang membezakan Hokkien Mee Penang dan Singapura adalah, Penang curry mee di masak berkuah manakala di Singapura ianya di goreng. 


Jika anda ke Penang jangan lupa untuk menikmati semangkuk Penang Curry Mee. Tapi tu lah kan.. masalahnya agak sukar menikmati Penang Curry Mee yang di sediakan oleh orang Islam. Kebanyakkannya di sediakan oleh orang Cina dan sebagai orang Islam anda kena berhati-hati dan mencari makanan yang halal dan toyibah, untuk keluarga. Tapi ita rasa sebaiknya anda sediakan sendiri.. 

Membuatnya tak sukar mana, walaupun bahannya adalah banyak sikit.. tapi apa yang penting anda memasak dengan penuh rasa kasih dan sayang beserta doa-doa yang kudus.. Yang paling utama ianya bersih dan halal. 



Jom lah masak sendiri.. puas hati.. kenyang anak-anak makan tau!
Resepi dah tersedia.. apa tunggu lagi...

 

PENANG CURRY MEE
Resepi oleh : Fatimah
Rujukkan : Paty's Kitchen

Untuk memudahkan dan melancarkan kita menyediakan Penang Curry Mee ni, kita sediakan dahulu stock ayam. Stock ayam ini akan kita gunakan untuk menyediakan kuah curry mee kita nanti.
Rebuskan juga kerang , air rebusan kerang jangan di buang. Masukkan sekali airnya dalam kuah kita nanti.


STOCK AYAM

2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa



Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.

Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti



CHILI OIL / SAMBAL

15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus 
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah masak, angkat dan ketepikan

Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee


KUAH MEE

2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

 

Bahan Kisar
1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar


Bahan Lain

10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang,  dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna


Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar

Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah curry mee kita tadi
Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur
jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power!


Memang sedap Penang Curry Mee ni.. Tak payah pergi Penang untuk pekena semangkuk curry mee. Anda boleh sediakan sendiri di rumah. Enak di makan bersama seisi keluarga, terjamin dari segi kebersihan dan yang penting hasil air tangan yang memasak dari hati yang tulus ikhlas untuk mereka yang tersayang... di jamin bersih, halal dan toyibah itu yang paling di utamakan..

Apa tunggu lagi.. jom lah pekena semangkuk...






34 comments:

... said...

menarik dan menyelerakan..blh cuba utk fmly lps nie..

Syahida Yep said...

tengok gambar aje pun dah terliur. haihh
famili sy pun suka mee berkuah, tp mee kari ni, hero2 kecik sy kurang sikit, sbb tak tahan pedas..adoyaii

My Umaira said...

pertama kali saya tahu kegunaan ketumbar dalam resipi mee curry!
Sister Ita your Penang Curry Mee is truly mouth watering!!!!

Mas said...

mengancamnya kak ..
mengeliurkan ..

Unknown said...

slurpp! sedap!

kehidupan sihat said...

gambar cantik ye..
mee curry pun nampak sedap :)

salam perkenalan kak

jemput ke blog nana nanti

Bunda_nora said...

Salam,

memang menggoda tekak betul tengok mee kari ni..

Unknown said...

Salam..

Sedapnya.. memang terliuq la.. org utara kata.. yummy

Unknown said...

Tq puan sy baru jer masak utk menu berbuka puasa .. Alhamdulillah memang sedap rugi sapa x cuba... husband sy ckp .. pas ni x yah g secret receipe ...

Unknown said...

I'm gonna try this. But mcm mana nak agak untuk 30pax or more? Newbie ni. First raya dgn husband. Dulu mak masak :'(

Unknown said...

Salam sy dah cuba buat mmg sedap sgt sis tq sy share resepi ye

Unknown said...

Thank you for the recipe ... I tried for the first time .. So delicious, creamy and nice ... Easy to follow 👍🏻

Siti Aisya Ibrahim said...

kita x penah rasa betol2 mee kari penang camne, tp penah makan yg maggi punya jer...pastuh kita try resipi akk ni, ya Allah rasa dia sebijik mcm yg maggi penang curry tuh....sedap sgt2... thnx for the recipe, akk!

Siti Aisya Ibrahim said...

kita follow exactly resipi yg akk kasi, tp dia mcm kurang rasa kari, so kita tmbh lg 2 sudu besar kari...sedap jugak... thx again!

Unknown said...

Assalammualaikum kak.. nak tanya, kalo blend ketumbar tu, nanti kuah tu takde macam rasa serbuk2 ketumbar ke? terima kasih..

najihah said...

Salam. Akak, resipi di atas utk brp org mkn? Tq for sharing

Unknown said...

Hi kak....resepi no I ve tried... Very tasty...tq for sharing

babyarny said...

As salam...sy dah try resepi ni..saya dan semua anak2 sy suka...tq for sharing sis...

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita...Saya dah buat mee kari penang ni...Memang sangat sedap dan puas hati makan mee kari ni... Saya buat sempena tetamu yang datang berkunjung ke rumah...Semua pun puji sedap... ;)

أميرة فتيحة puteri pembuka said...

Salam..resepi ni agak2 utk bpe mangkuk / pax ye?

MAK TEH said...

Assalam
Mak teh ambik resepi ya

Unknown said...

share ye..tq

Miss Rc said...

Saya peberet mee kari..g oldtown msti ode mee kari je .ni nak try msk kat kdai plak..minta halalkan resipi kak... :)

^^safia~ said...

salam , nak tanya , resipi kat atas ni boleh buat untuk brp orang makan ye

Unknown said...

Assalam....

lama dah dok lalu lalang kat sini tp hr ni br berpeluang try this recipe...Akak follow seketoi2 recipe ni tanpa ada sekelumit pun perangai Si Tanggang & alhamdulillah, hasilnya perghhhhh mmg terangkat, sedap sungguh (mebi sbb akak msk penuh kasih sayang jugak...svb tu mmg terbaekkkk...)

Terima kasih atas perkongsian..semoga Ita dikurniakan dgn rezeki yg melimpah ruah lg banyak...aamiin Ya Allah Ya Mujib

Unknown said...

Assalam....

lama dah dok lalu lalang kat sini tp hr ni br berpeluang try this recipe...Akak follow seketoi2 recipe ni tanpa ada sekelumit pun perangai Si Tanggang & alhamdulillah, hasilnya perghhhhh mmg terangkat, sedap sungguh (mebi sbb akak msk penuh kasih sayang jugak...svb tu mmg terbaekkkk...)

Terima kasih atas perkongsian..semoga Ita dikurniakan dgn rezeki yg melimpah ruah lg banyak...aamiin Ya Allah Ya Mujib

Unknown said...

berkali dah buat ikut resepi ne memang padu mamtap tq tuan tanah

Unknown said...

Terima Kasih Pn Ita share recipe ni...akak ikut tanpa menderhaka & alhamdulillah hasilnya amat memuaskan. Husband & anak2 suka sgt, siap puji melangit lg...saya doakan Pn Ita dikurniakan dgn rezeki yg melimpah ruah lg byk spt air sungai yg mengalir tanpa hentinya....aamiin ya Allah Ya Mujib

Unknown said...

Saya dh cuba resipi ni sis mmg sedappp banyak kali repeat buat..

Unknown said...

Salam puan,sy nk minta izin mengunakan gambar yg puan tgkp utk tujuan promosi.Sebarang perkara boleh hubungi sy melalui whatapps 01126613083

ResepiAsia.com said...

allahu sekali bulan puasa dah dekat daaa, sedap buat menu bebuka ni =)

Unknown said...

Saya dah beberapa Kali guna resepi ni..memang sedap.

jorgen said...

Hokkien Mee = Mee Udang.
Mee kari = Kari Laksa. In spore Laksa Katong.
They are not from Fujian.

Syam 2020 said...

Terima kasih atas perkongsian. Semoga menjadi jariah yg berpanjangan. Pahala org lain yg menggunakan resepi ini untuk hidangan family atau org lain, turut pn terima. in sya Allah..niat kerana Allah.
Saya mmg suka memasak dan mencuba pelbagai resepi..kdg mengubahsuai. Tapi mee kari Penang ni mmg umphhhh.

Post Top Ad

test