Kek sepanjang February - masam manis f

Breaking

Mar 9, 2015

Kek sepanjang February


Assalamualaikum
Apa khabar semua..?
Lamanya rasa ita tak update blog kesayangan ita ni..
Bila dah lama cuti berblog, nak dapatkan mood balik memanglah payahnya.. Entahlah kenapa rasa sangat malas nak berblog bila terjadi beberapa peristiwa yang buatkan mood semakin kelaut..
Banyak sebab mengapa ita tak berblog.. salah satunya kerana internet yang sangat slow kebelakangan ni.. Satu lagi kerana blog ita bermasalah.. tak boleh publish. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu. Ita memang tak berapa faham bab-bab IT ni. Biasanya anak-anak yang buatkan. Nak kacau anak-anak mereka masing-masing tengah exam takut pulak menganggu. Walaupun.. rindunya rasa nak update blog semula.




Kawan-kawan ita di maya ni macam mana? sihat ke.. kalau tak sihat kena makan ubat. Cuaca sekarang pun panas sangat.. dan kita semua di nasihatkan untuk banyak minum air masak. Kalau dahulu 2 liter sehari.. kali ini di sarankan ambil lebih sikit dalam 3 liter, supaya cecair dalam badan tak kering selain minum banyak air bagus untuk sistem perkumuhan, dapat buang toksid dalam badan.


Selain musim panas, sekarang juga musim denggi. Bahaya kawan-kawan.. kena jaga kawasan persekitaran rumah. Mana ada sampah sarap, air yang bertakung tu cepat-cepat lah bersihkan, hapuskan tempat pembiakan adees. Menurut berita yang ita dengar, dalam masa 2 bulan ini sahaja telah mencatatkan lebih daripada 60 kematian.. Amat-amat membimbangkan. Ita sekeluarga pernah kena demam denggi dahulu.. sakitnya tak boleh nak cakaplah.. sebab tu sekarang bila demam aje.. cepat-cepat ita jumpa doktor sebab takut sangat kalau kena demam denggi.


Ok ita mulakan minggu pertama ita.. dan untuk hangatkan kembali mood ita ni.. hari ini ita kongsikan beberapa kek yang ita sempat sediakan sepanjang bulan February.

Alhamdulillah syukur Allah masih lagi bagi ita kudrat untuk terima tempahan rakan-rakan, walaupun kesihatan ita tak berapa mengizinkan. Sekarang pun ita dah kurang terima tempahan.. ita hanya ambil pada hujung minggu sahaja, memandangkan ita tak berapa sihat sangat sekarang dan masih lagi dalam rawatan doktor.
Sebenarnya ita bukan serious pun ambil tempahan.. ala ita buat suka-suka aje.. sekadar mengisi masa senggang ita. Anak-anak dah besar panjang.. semua dah habis terbang keluar.. tinggal yang kecik ni aje yang kat rumah.. tu pun bila dah sekolah menengah.. sibuknya mengalahkan menteri.. setiap hari sekolah. Hari cuti pun sibuk sangat dengan aktiviti di sekolah.. dengan kelab fotografinya.. kelab bolingnya.. dengan bola jaringnya.. dengan kadet polisnya.. manalah nak ada masa lagi main masak-masak dengan maknya di dapur..
Sebab tulah ita sibukkan diri dengan mengambil tempahan kek.. sekadar suka-suka sahaja.. hilangkan bosan menunggu anak-anak pulang ^_^


Bulan February ni macam-macam kek yang ita terima. Seronok sangat sebab kebanyakkannya berlainan konsep, dapatlah ita melatih lagi kemahiran. Sebenarnya ita seronok sangat bila buat kek.. hilang rasa rindu dengan anak-anak.. hilang rasa rindu ita pada melukis.. hilang rasa rindu ita pada mak dan bak di kampung..

Mendeko kek ini pada ita adalah satu yang sangat menyeronokkan.. menenagkan jiwa dan adalah satu terapi yang sangat baik. Seperti juga melukis.. cuma kali ini ita mencurahkan bakat di atas sebuku kek bukan lagi di atas kanvas.



Ramai yang bertanya " kak ita belajar di mana mendeco kek ? "
Ita tak pernah lagi belajar khusus dalam membuat kek.. mahupun mendeco kek. Kebanyakkan kemahiran yang ita perolehi kebanyakkan atas permerhatian ita. Alhamdulillah Allah kurniakan ita bakat itu.. bila ita tengok aje.. ita dah boleh agak dan tahu macam mana nak buat.. Lagi pula sekarang lebih mudah.. kita boleh dapatkan ilmu di hujung jari.. selain mendapatkan rujukan dari bahan bacaan. Anda boleh cari macam-macam ilmu di internet. Jika anda bijak mencari macam-macam ilmu anda boleh perolehi.. dan bukan itu aje.. ianya juga boleh anda jadikan sumber pendapatan.

Idea untuk dekorasi kek kebanyakkannya dari customer. Mereka akan berikan ita gambaran kek yang mereka kehendaki.. kadang mereka tanya dulu.. ita boleh buat atau tidak..
Ita pula jenis yang suka mencuba.. kalau ita suka.. ita mesti nak cuba dan nak tahu sama ada ita boleh buat atau tidak. Kalau tak boleh awal-awal lagi ita dah kata tak boleh.. tapi kalau ita suka.. susah macam mana pun ita mesti nak cuba juga.

Memang ada antara kawan-kawan di luar yang kata.. " saya mesti nak kena belajar.. mesti nak cari guru.. kalau tak tengok cikgu buat saya tak boleh buat.."
Sebenarnya itu bahagian masing-masing.. memang ramai orang yang macam tu.. semua nak kena tunjuk.. kalau tak mereka tak tahu. Bagi ita kalau anda mampu.. anda boleh dapatkan guru untuk mengajar.. tapi kalau pergi belajar sahaja.. tapi tak praktikkan lama-lama pun anda akan lupa jugak.. Jadi bagi yang dah join kelas, kena selalu praktikkan apa yang cikgu ajar.. sebab sayang ilmu tu.. Ita tahu bukan murah harga yang perlu di bayar untuk dapatkan ilmu.

Lagi satu ita hanya mengigatkan, jika anda nak berguru, carilah mereka yang betul-betul mahir dan berilmu.. jangan belajar dengan orang yang menaguk di air yang keruh.. Lihat hasil keknya dahulu.. lihat tahap kemahirannya.. lihat juga ilmunya.. jika tidak sayang aje.. wang ringgit dan masa yang anda laburkan.. fikir-fikirkanlah..



Sebenarnya ita cukup suka kalau buat kek birthday untuk anak-anak. Biasanya ita meletakkan diri ita dalam kek tersebut. Ita suka bayangkan ataupun berangan-angan seolah-olah ita berada di tempat kanak-kanak tersebut.. apa yang ita inginkan..? bagaimana kek yang ita idam-idamkan?
Pasti ita dapat bayangkan keseronokkan kana-kanak tersebut apabila mereka mendapat kek dengan karektor kartun animasi yang mereka suka.

Kanak-kanak ni jiwanya terlalu halus dan lurus.. Bila mereka suka.. kesukaan mereka itu terlalu jujur.. Bertambah seronok bila mereka mendapat kek dari ibu atau bapa pada hari ulang tahun.. dengan kartun kesukaan.. seronok pastinya bukan kepalang.. Ada yang sayang nak potong kek.. dan tak kurang juga yang tak sabar nak tiup lilin dan potong kek kesukaan mereka..

Mungkin kerana ita sendiri tidak pernah mengalami situasi seperti itu sewaktu ita kecil.. Tak pernah potong kek hari jadi sendiri.. Ita masih dapat mengigati.. setiap kali ulang tahun ita masa kecil dulu.. ita buat kek ita sendiri dari tanah... Masukkan tanah dalam bekas atau tin, padatkan dan terbalikkan.. tadaaa... dah jadi sebijik kek dari tanah.. ita mula menghias kek dengan bunga-bunga dari pokok-pokok renek yang emak tanam.. Ita hiaskan juga dengan batu-batu kelikir.. Ita menyanyi sendiri lagu ulang tahun.. dan ita potong kek tanah dengan linangan air mata.. namun ita syukur sangat.. hari ini ita dapat realisasikan kek untuk anak-anak..




Membuat kek perkhawinan adalah satu cabaran yang juga bukan sedikit. Kek bertingkat-tingkat banyak cabarannya. Kita kena tahu macam mana nak bagi kek stabil, tidak senget benget.. dan yang penting strukturnya kuat dan tidak goyang atau rebah dalam proses penghantaran.

Ada yang tanya, "macam mana kak ita bawa kek yang tinggi tu.. macam mana delivery.. muat ke masuk dalam kotak..?"
Semua kek ita, memang ita masukkan dalam kotak bertutup. Kotak ita tinggi dan besar. Kadang bila ita hantar ramai yang terkejut.. besarnya kotak kek..? hihi semuanya adalah atas faktor kebersihan. Kalau tak tutup nanti masuk habuk pulak.. lagi pula kek berkrim dan melekit mudah kena habuk. Sebab tu ita memang guna kotak yang besar bersaiz 11 X 11 inc untuk kek ita. Kalau kek yang tak berapa tinggi ita guna kotak 10 x 7 inc. Kalau kek yang terlalu tinggi dan terlalu besar pula , kenalah pandai-pandai modifide kotak tu.. supaya boleh tutup dan tak masuk habuk. Kotak aje dah berharga RM 10 ringgit. Itu kalau ita beli di Johor. Kalau ita beli di KL dapat separuh harga... tapi bila fikir balik dengan tol dan minyak.. sama juga harga yang perlu di bayar..

Untuk kek bertingkat-tingkat apa yang penting kek mesti kena base yang kukuh. Ada tulang kek di tengah, supaya bila letak kek atas dia, dia tak gelincir,  tak menghempap dan memenyekkan kek yg di sebelah bawah. Kita juga kena tahu struktur kek. Kek yang paling bawah kenalah kek yang sedikit padat dan berat contohnya bahagian bawah kek choc moist atau red velvet. Antara red velvet dan choc moist, choc moist lebih padat dan berat, oleh itu ianya kena letak di sebelah bawah dan yang lebih ringan di sebelah atas contohnya rainbow kek atau kek span.

Ada juga customer yang tak faham, kadang dia nak kek rainbow di sebelah bawah atau jadikan base sebab katanya kek tu yang dia nak potong dan nak nampak cantik bila di potong nanti.. Bagi mereka yang tak faham kita kena terangkan.. ini semua atas faktor keselamatan kek itu juga.  Kalau mereka tak faham juga biasanya ita akan tolak dengan baik.. kerana tak mahu tanggung risiko sebaliknya...

Biasa kalau kek Khawin, untuk sekitar Johor Bahru, kek ita akan hantar. Tapi bagi yang jauh atau luar JB customer datang dan ambil sendiri, ita tunjukkan bagaimana nak pasang kek tu nanti. Tapi biasanya kalau yang tinggal jauh ita tak cadangkan ambil kek yang terlalu tinggi sebab takut kek tu tak selamat dalam perjalanan.




Cuaca sekarang yang melampau panas cukup membimbangkan ita setiap kali meyediakan kek orang khawin. Maklumlah kadang kala pengantin nak minta kek di hantar awal.. Ita cukup risau jika kek lembik krimnya. Berbakul-bakul ita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan majlis berakhir dengan selamat..

Risau sebenarnya bila kita di berikan amanah..
hihi teringat masa ita khawin dulu.. boleh pula terlupa nak ambil kek yang ita tempah. Masa majlis nak potong kek.. baru teringat kek yang ita tempah tak ambil lagi.. mulah panik sangat masa tu.. tapi alhamdulillah juga sebab sebelah pihak lelaki ada bawa kek hantaran dan agak besar. Maka potonglah kek hantaran dari pihak lelaki.. walaupun malu sangat rasanya masa tu.. tapi nak buat macam mana.. kesilapan-kesilapan begini mesti berlaku.. walaupun kita dah merancang yang terbaik..


Ada yang bertanya.." macam mana kita nak meletakkan harga untuk kek?
Pada ita harga sesebuah kek bergantung pada bahan yang kita gunakan.. samaada kita guna barang yang berkualiti ataupun yang biasa. Kalau bahan yang kita guna mahal dan dari kualiti yang baik..  harganya pun kenalah kita kira mengikut harga barang yang kita gunakan.
Selain harga bahan asas yang kita guna, kita juga kena ambil kira bahan asas lain seperti letrik, bahan bakar.. kotak, lapik kek, pisau , lilin atau apa-apa sahaja yang kita letakkan di atas kek sebagai bahan hiasan. Kiralah harga bedasarkan bahan yang kita ambil kira tadi.. jangan lupa untuk masukkan sekali upah dan masa dalam kiraan.
Selain apa yang kita kirakan tadi, kita jangan lupa.. jika ada kos penghantaran kenalah kita masukkan dalam harga kek.
Sebenarnya harga kek juga banyak bergantung pada kawasan persekitaran kita.. maksudnya.. kalau harga kek di bandar besar seperti KL, Penang, JB pastilah tidak sama harganya dengan  kek dari kawasan pendalaman seperti di Mersing.. Macang, di Kota Tinggi.. walaupun bahan yang di gunakan sama.. persekitaran juga mempengaruhi harga selain dari demand dan permintaan.
Kreativiti dan kekemasan adalah faktor penentu kepada harga kek sebenarnya. Sebagai contoh.. jika anda tempah kek dari A anda tidak boleh bayangkan kek yang anda dapat seperti kek dari pembuat kek B yang lebih berkualiti keknya dan lebih mahir dan kemas dalam penghasilan kek. Dan pastilah harga kek dari penjual A lebih murah dari penjual B. Jadi janganlah bandingkan harga antara satu pembuat kek dengan pembuat kek yang lain.. kerana setiap dari mereka punya cara masing-masing dalam penghasilan kek.. namapun homade cake kan..?




Bagi kek yang di hiasi buah-buahan pula.. sebenarnya susah juga nak handel kek macam ni. Sebab cuaca sekarang yang panas cepat membuatkan buah-buahan itu berair. Ita tak berapa galakkan kek seperti ini untuk hantaran, kalau untuk sambut birthday atau makan-makan tak ada masalah.

Kek buah juga amat payah jika kita terima tempahan.. kerana buah-buah ni bermusim.. ada masa ada buah ada masa tak ada.. tu yang payah sikit tu... Ada kala saiz buah pula tak sama. Ita lebih suka dapatkan buah-buahan ni di Cold Storage. Walaupun agak jauh dari rumah ita.. tapi ita akan cari dan dapatkan juga di sana kerana buah-buahan di Cold Storage lebih segar dan lebih berkualiti.






Satu lagi kek yang mencabar adalah menyiapkan kek 3D. Untuk membuat kek 3D perlukan kesabaran yang tinggi. Anda juga perlu berhalus dalam menyiapkannya. Tak boleh nak cepat-cepat siapkan dan tak boleh berkasar kerana hasilnya akan kasar juga nanti. Kek perlukan ketelitian. Bukan sahaja ketelitian dalam menyiapkan sebiji kek tapi anda juga perlu peka pada segala asesori yang terdapat pada kek supaya kek anda kelihatan sangat natural.

Kek ini perlukan perancangan yang rapi. Kekemasan adalah sangat penting dalam menghasilkan kualiti kek 3 D yang cantik.

Pertama kali menyiapkan kek 3d bentuk bag merupakan satu cabaran.. tapi bila dah 2 , 3 kali mencuba anda pasti lebih mahir dan lebih berkeyakinan. Jangan takut nak mencuba.. insyaallah jika anda yakin pasti anda juga boleh berjaya :)

Kena ada keyakinan.. Ita pun baru lagi.. banyak yang ita perlu belajar dan banyak lagi perlu ita perbaiki. Pada ita setiap apa yang ita buat setiap hari adalah satu ilmu yang baru. Semakin banyak ita belajar rupanya semakin banyak yang ita tak tahu dan semakin banyak yang ita nak tahu.. Ita pasti anda pun sama macam ita juga. Yang penting anda yakin anda boleh insyaallah..

Kepada semua selamat maju jaya ^_^









29 comments:

pinkdiscuss said...

Semoga Allah beri ita kesihatan dan dimudah kan segala urusan. Trima kasih sudi memberi nasihat dan tak lokek dgn ilmu😊 suka sangat dgn creativity yg dihasilkan.

NFH said...

Puas hati dapat cuci mata di sini. Cantik halus dan sangat berseni air tangan Ita ni.

kehidupan sihat said...

cantik sangat kek -kek yang akak buat :)

Siti Hawa said...

Cantik sangat kak ita hias kek 😍😍. Sy doakan kak ita cepat sembuh

Unknown said...

teringin sgt nak order kek 3d dari kak ita..tapi jauh uhuhu...semoga kak ita cepat sihat...aminnn

Nani said...

emmm, cantiknya kek2 itu..kagum saya melihatnya..kreatif betul hasil tangan Ita ini, nampak 'hidup' kek2 itu.
Tahniah Ita, semoga semua pelanggan Ita berpuas hati dan terus menempah kek lagi..

Unknown said...

Masya Allah cantik2 belaka, kak Ita ni dah boleh buat kelas la. Buat kelas footografi jugak. Really adore you.

fazianbatrisyia said...

Subhanallah...bertuah badan dgn bakat kurniaan Ilahi.
semua cantik berseni.

~jeet~ said...

Subhanallah...cantik dan kemas nye kerja akak! I am in awe.

Saya nak frost kek pon tak lepas2..hehehe..

Raimanda said...

Saya kagum betul dengan hasil kerja Ita, termasuk gambar2 yg Ita snap. Kalaulah kita ni dekat, memang mengorder aje kerja saya. Ita punye blog punye pasal, rumah baru saya nanti saya dah plan nak buat dapur yg banyak tingkap supaya boleh ambik gambar guna cahaya yg cukup dan tampal kat blog! Hahaha.

Unknown said...

Kek kak Ita semuanya cantik semuanya menyejukkan mata saya bila tengok

Unknown said...

terbaikkk

Unknown said...

Assalamu'alaikum kak ita...sy suke sgt bukak blog akak, makanan smue npk mabeles...

Sy nk mintak akak halalkan semue resepi akak kt sini ye sbb sy ade jgk buat bisnes kecik2...

Hanya Allah yg dpt bls jasa akak...smg akak sntiasa sukses dunia akhirat ;)

qist said...

salam kak azlita. qist dok menunggu hari2 entry akak.alhamdullilah..harini harapan qist sah termakbul

katharina^S^ said...

Wow...cantik-cantik kuenya....

fieqa said...

Macam mane nak order?

Roudzah AJ said...

As Salam Sis Azlita.. Subhanallah cantiknya kek Sis ni.. ada ctc no tak? Plss nak saya nak.. bole mesej saya di no ni 0106609116.. nanti saya akan reply tq..

Roudzah AJ said...

Nak order jugak.. sis Azlita ..

Zaila HZ said...

kak ita, kek handbag tu cantik sangat! sekali tgok dah macam handbag betul hehe

zeera lily said...

perfect nya hasil kerja awak..
inspirasi kt sy yg tak pandai baking langsung...

Dila said...

kagum sungguh dengan kek2 hasil tangan kak ita ni..semoga kak ita sihat dan sejahtera selalu..from ur fans sabah.

Unknown said...

nama puteri saya pun Insyirah. hehee.. cantik hasil tangan kak ita. btw, saya rindukan resepi2 terkini dari kak ita. moga sihat selalu ya.. :)

Unknown said...

wah...cantiknya kek...mcm citer fairy tale je...

mummy roshie said...

saya suka sgt2 tgk hasil kek kak ita...bila bc bab kak ita waktu kanak2 buat kek guna tanah...sayu rasanya hati ni...ape pun...semoga kak ita diberikan kesihatan yang baik oleh Allah..amin

Unknown said...

kak ita mmg awesome & superb!

Anantara said...

Cantik tak terhingga semua kek Ita. Kagum sangat melihatnya, especially kek berbentuk beg tu! Love it! Semua Ita selalu dikurniakan kesihatan yang sempurna ya, dan terus maju jaya!

Unknown said...

ya Allah suka sgt tengok hasil2 masakan k.ita..geramnya..cantik sgt2. :)

Unknown said...

Hebatnya ilham yang Allah kurniakan utk k ita...i am silent reader tp terkesima setiap kali tgk kek akak..walaupun saya bkn peminat dunia masakan...tp suka makan...semoga perkongsian ilmu k ita menjadi pahala di akhirat nanti.

Unknown said...

Assalamualaikum..macam mana nak order ye?

Post Top Ad

test