Chrysanthemum Flowers - masam manis f

Breaking

Apr 23, 2015

Chrysanthemum Flowers


Chrysanthemum flower, kalau orang kita biasa memanggilnya bunga kekwa aje...
Bunga kekwa ni tumbuh subur di tempat yang beriklim sederhana. Kalau kat Malaysia ni banyak di tanam di Cameron Highland.
Bunga ni ada lebih dari 30 jenis dengan pelbagai warna dan rupa, dan yang paling popular adalah yang banyak kelopak dan berwarna kuning.
Ita sering kali di tanya bagaimana nak membuat bunga kekwa sebagai hiasan kek. Bunga kekwa yang ita hasilkan daripada buttercream. Ita suka guna buttercream ni sebab ia tahan lama di luar berbanding fresh cream. Buttercream juga lebih solid dan mudah di bentuk. Cuma yang tak tahannya berminyak-minyak dan melekit-lekit satu rumah bila menyediakan bunga buttercream

Hari ini ita tunjukkan bagaimana ita sediakan bunga kekwa ita.. sebagaimana menjawab permintaan adik-adik di luar sana. Ita juga akan tunjukkan bagaimana nak meletakkan bunga kekwa atas kek. Cara ita mungkin berlainan dari mereka yang pakar.. tapi inilah cara yang ita hasilkan. Semoga cara ita sedikit sebanyak dapat membantu anda menghiasi kek dengan kuntuman bunga kekwa yang berbagai warna.



Apa yang anda perlu sediakan adalah nozel untuk membuat bunga. Kalau bunga kekwa ni kenalah guna nozel khas untuk bunga kekwa, tak boleh lah nak guna nozel lain.

Untuk bunga kekwa yang besar , anda boleh guna nozel dengan tip no 80 dari Wilton. Untuk bunga kekwa yang kecil, gunakan nozel tip no 79 dari brand yang sama.

Selain dari itu anda juga perlukan nail, kertas minyak yang di potong kecil dan buttercream yang telah siap di masukkan dalam piping bag yang telah siap di letakkan nozel.


Jom kita lihat cara penyediaannya





Mula pegang nail pada kedudukan yang anda selesa.
Letakkan sedikit buttercream pada nail untuk melekatkan kertas minyak
Letakkan kertas minyak di atasnya
Sekarang kita dah boleh mulakan proses seterusnya
Letakkan buttercream bentuk lingkasan bulat sebesar siling 20 sen




Sekarang dah boleh mula paipkan kelopak pada barisan pertama, mula dari luar bulatan
Bila dah habis lapisan pertama, mulakan pula pada barisan kedua, anda harus ingat, kelopak kedua mestilah berada di antara dua kelopak supaya nampak natural bunga tu nanti
Habiskan kesemua kelopak hingga terhasil kuntuman kekwa yang anda idamkan

Untuk tutorial yang lebih jelas anda  boleh rujuk di SINI

Kaedah yang ita tunjukkan ini bagi mereka yang baru belajar nak membuat bunga kekwa.
Ok anda boleh buat banyak-banyak , sebanyak mana yang ingin anda letakkan atas kek anda nanti.

 
Bila dah siap, anda simpan dalam peti ais hingga bunga ni keras.
kaedah ini untuk mereka yang baru nak belajar ya, bagi yang dah mahir boleh terus buat atas kek.
Simpan dulu sampai keras ya, nanti ita tunjukkan bagaimana nak susun atas kek.

Sekarang ita tunjukkan pula bagi mereka yang nak terus buat atas kek.


Bagi yang nak terus buat atas ke, anda harus ada stand kek yang boleh pusing-pusing macam dalam gambar ni atau yang sewaktu dengannya. janji boleh pusing-pusing, kalau tak boleh lenguh kepala nak pusing-pusing tau!


Sediakan kek yang hendak di deco yang telah bersalut krim dengan sempurna.
Ambil satu nozel, apa-apa tak kisah janji yang besar sikit, hanya untuk tanda kan sahaja tempat yang kita nak buat bunga nanti.
Lepas tu paipkan krim bentuk bulat sebesar 20 sen dan anda bolehlah mula membuat bunga seperti kaedah yang sama macam ita dah tunjukkan di atas.


Tadaaa... dah siap mudah aje kan.. Pas tu boleh lah buat berapa banyak kuntuman bunga yang anda suka.

Sekarang ita tunjukkan bagaimana nak susun bunga kekwa yang anda dah letak dalam peti ais tadi.
Kaedah ini samalah seperti anda nak susun bunga K pop. Susunan bunga akan nampak 3D dan hidup.


Untuk menampakkan bunga hidup atau 3D, anda paipkan sedikit buttercream atas kek. Buat bulat melingkar dan agak tebal sikit krimnya
Ambil bunga kekwa yang dah di keraskan tadi dan tanggalkan dari kertas minyak.
Anda perlu gunakan sarung tangan plastik supaya panas tangan tidak kena pada bunga yang membuatkan ia cepat cair selain untuk menjaga kebersihan
Anda kena pastikan dahulu kedudukan tempat untuk meletak bunga supaya proses menyusun bunga berjalan lancar dan cepat. Ingat jangan buat lambat-lambat sebab nanti buttercream bunga tu lembik susah nak transfer ke atas kek
Buat berselang seli, kiri kanan.. kiri kanan.. dan susun rapat-rapat


Bila dah siap dan puashati bolehlah tambahkan daun dan kudup bunga sebagai hiasan. anda boleh juga tambah bunga hiasan lain yang kecil-kecil dalam kombinasi warna yang berlainan

Buttercream

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.


Selamat Mencuba






35 comments:

Farah Deeb said...

Cayang akak 😍😍😍

Unknown said...

Tq kak ita tnjuk ajar. Sy x p mana2 kelas. Just follow kak ita je. Thanks again

miss eimanhikmah said...

wahhhh menarik...cantik kek akak bila dah letak bunga kekwa

Ummu Yusuf said...

Alhamdulillah. Tak sabar nak cuba.

Unknown said...

Kak kalau ltk perisa lain bole kh ?

wawa said...

Terima kasih pada kak ita yang dah sudi kongsikan recipe dan petua pada kita orang yang sememangnya baru pertama kali nak belajar macam mana nak buat cake cantik macam yang kak ita buat...tqvm....lagi satu kak ita...boleh tak kak ita tunjukkan macam mana nak buat kudup bunga....

mayangbakingmadness said...

wah terima kasih kak .. mmg sgt cantik

Azita Zain said...

Memang selalu yg terbaik drpd Azlita!

Unknown said...

Ya Allah cantik sesngt kak..tq kak kongsi step by step..

Unknown said...

Setuju sgt dgn azita zain..
Kak ita mmg terbaik..huhuhu rasa cm nk peluk k.ita..mmg dri blog ni lh sya mula wat kek..huhu..setahun yg lalu..baru lg..mmg xmngecewakn resepi dn teknik k.ita..ikut betul2 mesti jd punya..sesamalh kita yg selalu jengok blog kak ita ni kita doakan kak ita murah rezeki..sihat sokmo..dn yg penting dijauhkan dr sgla ganguan makhluk2 yg jht samada yg halus ataupun manusia yg rambut sma hitam ni kn(dengki..curi gmbar la)..aminn..

Unknown said...

Alhamdulillah dan terima kasih kak ita kerana murah hati mencurahkan ilmu dlm blog ni. Mengajar kami yg br nak brjinak2 dgn bidang membuat n men'deco' kek..mudah2an Allah mmberi ganjaran pahla dan keberkatan dlm setiap apa yg kak ita lakukan..amin

SHELLA said...

Tq sis...sharing

Queen Of The House said...

Thank you sudi share recipe dan cara buat bunga ni :)

Unknown said...

tq kak ita, dh lama nk blaja buat bunga ni..kak ita ni mmg baiklah..

mimie said...

tak terkata ...cuma boleh cakap... semakin sayang akak... ^_^
terima kasih kak tutorialnya...

mimie said...

tak terkata ...cuma boleh cakap... semakin sayang akak... ^_^
terima kasih kak tutorialnya...

Nani said...

memang cantik hasil tangan kak ita nie..tu lah anugerah ALLAH beri kpd akak yg mungkin sesetengah org tak mungkin dapat...

Saya doakan semoga akak sihat selalu dan terus berkarya..

Unknown said...

Barakallah kak ita...bila-bila free, silalah layari Teratak Manis Baizura yer..

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita. Saya baru terfikir nak belajar buat bunga ni. Tengok2 akak post. Like2...

Unknown said...

terimakasih kak ita,,,untuk ilmu nya

Unknown said...

terimakasih kak ita,,,untuk ilmu nya

Adgvghuyh said...

Salam Kak ita. Buka kelas mendeco kek la kak..huhu..teringinnye saya nk belajar dgn akak ni..sanggup ambil cuti g kelas akak..hehe

Unknown said...

Memang teruja nak buat..Tqvm sis for sharing..Moga Allah jua yg dapat membalasnya ;)

Unknown said...

Mmg teruja untuk mencubanya..tqvm sis for sharing.. Moga Allah jua yg dpt membalasnya ;)

Unknown said...

Hai Kak Ita..Bai dah cuba buat bunga kekwa ni seperti mana tip yang kak ita perturunkan. Tapi masih keras lagi tangannya nak bentuk kelopak yang lebih cantik. Terima kasih kak ita, moga Allah memberkati hidup dunia dan akhirat kak ita. kak Ita dan kawan-kawan bolehla melihat first trial bunga kekwa ni di bloger Teratak Manis Baizura..Bai tak pandai tempek gambarnya disini ..hehe silalah komen untuk penambahbaikan bai juga.

Yannz said...

comelnya bunga nih..yan suka layan blog kak ita nih..super informative..

Unknown said...

Halo.. saya mau tanya kak ita.. kenapa bunga sy yg sudah keluar dr peti ais.. akan berkeringat.. sehingga nda bagus.. ada airnya..

Melur said...

Assalamualaikum Pn Azlita, terima kasih utk tips yg berguna.
Smg dimurahkan rezeki & dirahmati Allah sbb tak lokek kongsi ilmu.
skrg sy jadi peminat akak & this blog ;)

*dah cuba buat kek & deco guna resepi akak. menjadi & cantik alhamdulillah

Melur said...

Assalamualaikum Kak Ita,
Terima kasih utk tips & resepi yg berguna. Dah cuba & gembira dgn hasilnya.
Smg dimurahkan rezeki & dirahmatiNya selalu. Im one of your fans now!

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita. Terima kasih di atas resipi yg mabeles. Saya nak tanya..resipi buttercream kak ita ni leh wat rossete x?

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita. Terima kasih di atas resipi yg mabeles. Saya nak tanya..resipi buttercream kak ita ni leh wat rossete x?

Eetee said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu....sangat2 membantu bagi saya...inshaa allah bermanfaat...

Unknown said...

Excelent =فوق العاده بود

Unknown said...

Excelent = فوق العاده بود

Unknown said...

Excelent =فوق العاده بود

Post Top Ad

test