Mee Goreng Basah - masam manis f

Breaking

Apr 18, 2015

Mee Goreng Basah


Ita suka sangat mee goreng basah. Anak-anak pun suka juga.
Sebenarnya kalau nak buat mee goreng basah ni ada beberapa tips tau kalau nak dapat yang basah.
Pertamanya masak dalam sukatan yang sedikit, contoh untuk satu atau dua pinggan sahaja.
Keduanya kita kena cepat angkat mee setelah masak, jangan biarkan ia lama dalam kuali nanti haba dari dapur tu akan mengeringkannya
Ketiganya kena banyak letak air.

Tapi ita tak berapa suka mee goreng basah yang terlalu basah lencun.. sekadar basah kuyup aje dah ok dah pada selera ita.. kalau basah lencun sampai banjir dah jadi macam mee hailam pulak atau pun dah macam mee bandung. Ita suka mee basah yang tak nampak basah tapi bila makan.. slurppp.. aje dia lalu kat anak tekak ni..

Biasa ita kalau masak mee main campak-campak aje.. tak ada sukatan yang tepat. Sebab memasak ni biasanya kita kena pandai merasa.. sukatan terpulang pada selera dan citarasa.. kalau kita jenis yang suka pedas kita lebihkan cili.. bagi yang cuka berencah lebihkan bawang... kalau suka yang basah.. letak air tu lebih-lebih.. masak ikut selera kita dan keluarga..  Lainlah kalau kita nak buat kek.. sukatan kena betul dan tepat dalam timbangannya.. bahan pula harus yang segar dan dalam kualiti yang baik. Barulah kek jadi cantik dan gebu ye tak..?



Jom kita ke intai resepi


MEE GORENG BASAH


500 gm mee kuning ~ cuci bersih dan toskan
Taugeh secukupnya ~ di buang akar dan cuci kemudian toskan
Tauhu ~ goreng dan potong dadu
2 pokok sawi ~ di potong asingkan batang dan daun. Batang sawi ketuk dan potong 1 inc
6 ekor udang
200 gm daging ~ di rebus
air rebusan daging secukupnya
2 biji telur ~ di kocok
Daun sup dan daun bawang di hiris
Cili merah ~ di hiris untuk hiasan
Limau kasturi

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih ~ di tumbuk
3 ulas bawang merah ~ di tumbuk
2 camca besar cili kering ~ kisar

Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap  manis

Panaskan minyak
Goreng tahu, angkat dan ketepikan
goreng telur sekejap aje, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak
Gorengkan udang sekejap aje dan angkat
panaskan semula minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan bahan sos satu persatu dan masak
Masukkan daging dan air rebusan daging
Air rebusan letak lebih-lebih untuk dapatkan mee yang basah. Jika kurang air boleh tambah air biasa
Masak hingga didih
Bila dah didih masukkan batang sawi dahulu
Kemudian masukkan mee
kacau mi rata-rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan telur, udang , tauhu, daun sawi dan taugeh
Tutup api dan terus keluarkan mi dari kuali dan letakkan dalam mangkuk
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup , bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi







21 comments:

mama eija said...

terima kasih kak ita share resepi boleh jadi kan panduan.. hehe.. sedapnyaaa...

miss eimanhikmah said...

wahhh namapak cm mee goreng basah ala hotel hehehe
http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

miss eimanhikmah said...

wahhh namapak cm mee goreng basah ala hotel hehehe
http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

aboya said...

Ya ampun.. benar2 membuka selera .. petang2 begini

Siti Asmidah Mahfot said...

assalam akak, macam mana ye saya nk oder kek.

Siti Asmidah Mahfot said...

assalam akak, if sayan nak oder kek dengan akk bagaiman ye?

Unknown said...

terima kasih telah berbagi info....
infonya sangat bermamfaat.....
salam kenal dan salam sukses..
.

Unknown said...

pasti korang senang memasak klu guna TM5 ni
http://amazing-tm5.blogspot.com/

Unknown said...

meh guna product baru memasak
http://amazing-tm5.blogspot.com/
TERBAIK

Unknown said...

http://amazing-tm5.blogspot.com/
try tengok

Khadeejah Hasmad said...

Dah cuba. Sedap sangat. Terima kasih kongsi resipi ni Kak Ita. Dah lama teringin nak buat Mee goreng basah sendiri ^_^

Siti Noranis said...

sedapnya mee goreng basah. terasa lapar pula ye. saya pun suka mee goreng basah :)

Yati Yusop said...

Saya baru je buat mee ni ikut resipi akak utk iftar harini. Sedap!! Thks fr sharing yr recipe. My family simply love it!

Ideas in my head said...

Assalamualaikum, sy mohon nk praktikkan ye resepi dalam blog sis.. harap halalkan ye

Ibu Fikry Soleh said...

Assalamualaikum nak tanya, ini boleh berapa orang makan ya?

ڤڠمبارا ايمان said...

Mencari homestay paling murah untuk bercuti d kuching sarawak..jom layari blog....azrinazhomestay.blogspot.my

Hairulliza said...

Teringin nk buat hr ni kak...saya amik resepi nya

Mashitah Mamat said...

mintak ijin guna resipi yea..konpem sedap nih..heheehe..tq kak

Unknown said...

Yummy3..cm sdp jer..

Unknown said...

Kak.. Minta izin ye guna resepi ni.. Tq kak.. Mmg ssdap sgt...

Nurul said...

resepi mee sedap ni, mohon share ye kak ita

Post Top Ad

test