Korean Flower Buttercream - masam manis f

Breaking

May 31, 2015

Korean Flower Buttercream




Korean Flower Buttercream atau lebih di kenali di kalangan bakers sebagai Kpop kek telah lama mendapat tempat di hati para pelanggan. Kelas tutorial untuk bunga Kpop juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Ramai yang menawarkan kelas dengan harga yang boleh tahan juga mahalnya. Bagi yang berkemampuan ringgit pasti tidak menjadi penghalangnya, asalkan ilmu yang di hajati dapat di pelajari. Bagi yang kurang berkemampuan pula.. pasti keluh kesah di buatnya walaupun keinginan melebihi kehendak.




Kek bunga yang di katakan popular bermula dari negara Korean ini sememangnya sangat di minati ramai. Susunan bunga campur dengan pelbagai kombinasi warna yang menarik sememangnya meruntum jiwa bagi mereka yang melihatnya.



Ada banyak kaedah penyediaan bunga dari buttercream ini. Ada yang menggunakan buttercream, ada yang menggunakan swiss meringue buttercream, Italian buttercream mahupun fresh cream. Tak kiralah buttercream apa pun yang di gunakan, ianya perlulah solid supaya mudah di bentuk untuk menjadi kelopak bunga yang cantik mekar bila di gubah nanti.


Bagi ita penyediaan bunga korean dari buttercream lebih memudahkan dan lebih ita minati. Ianya sesuai untuk hiasan atas kek dan ia lebih tahan lama di luar memandangkan cuaca negara kita yang panas. Berbanding bunga dari fresh cream yang sukar di bentuk dan cepat pula mencair.



Cuma yang ita tak berapa gemar kerana ianya berminyak dan sukar dalam proses pembersihan. Kebiasannya selepas menyediakan bunga semua bahan seperti nozel akan ita rebus hingga tanggal segala minyak yang terlekat. Oleh kerana itu ita perlukan nozel yang banyak untuk setiap warna agar proses menyediakan kek ini berjalan dengan lancar dan menjimatkan masa.


Ada banyak kelas yang menawarkan pengajaran membuat bunga. Apa yang harus anda tahu, kaedah penyedian bunga ini perlu selalu di praktikkan supaya anda tidak lupa. Bila pergi kelas kita hanya di ajar bagaimana untuk membuat bunga. Dalam satu kelas pula di ajar kadang kala hingga 10 jenis bunga yang bukan mudah juga untuk kita nak ingat. Setiap bunga menggunakan nozel yang berbeza. kadang bila balik dari kelas kita pun lupa nozel apa yang sepatutnya kita gunakan untuk sesuatu bunga itu. Cikgu yang mengajar juga tidak menyediakan buku untuk kita rujuk bila pulang kerumah nanti. Semuanya kita kena ingat sendiri dan fokus semasa cikgu mengajar. Kadang tak sampai rumah lagi pun kita dah lupa. Bila dah lupa nak kena belajar semula.. yurannya bukan murah.. Kadang rasa seperti tak berbaloi kan...



Sebenarnya bukan membuat bunga sahaja yang anda perlu belajar. Teknik bancuhan warna, pemilihan warna yang tepat, kombinasi campuran warna juga amat memainkan peranan yang sangat penting. Ita percaya kaedah ini tidak di ajar di kelas yang anda hadiri. Kebiasannya cikgu yang mengajar hanya menggunakan warna asas sahaja, merah, pink yang terang tu.. hijau, biru.. semuanya warna asas yang di ambil dari pewarna biasa. Sebenarnya kaedah campuran warna yang perlu anda tahu supaya bunga yang anda hasilkan kelihantan hidup dan menyerlah bila di gubah dengan suntingan warna yang sepadanan.

Ita sangat bersyukur kerana ita mempunyai sedikit kemahiran dalam bancuhan warna, kebetulan ita memang sukakan seni lukisan. Apa yang ita pelajari sewaktu merialisasikan hobi yang ita minati dulu.. kini ita dapat adaptasikannya di atas kek pula.


Bagi warna yang ita gunakan untuk setiap bancuhan kadang kala ita mencampurkan hampir 4 hingga lima warna barulah terhasil warna yang ita inginkan. Yang paling banyak ita mencampurkan warna adalah pada warna daun. Untuk bancuhan warna daun sahaja ita perlu mencampurkan 4 hingga 5 jenis colour. Bagi warna-warna yang solid seperti merah, purple, hitam, hijau biru gelap atau royal blue ita perlu bancuh warna ini sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari sebelum ita deco atas kek. Warna ini semakin lama kita simpan warnanya semakin menyerlah. Anda hanya perlu bancuh warna dengan buttercream, kemudian simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais supaya buttercream tidak rosak. Selepas 3 hari anda akan dapati warnanya lebih terang dan lebih solid dari bancuhan sebelumnya.



Diatas permintaan ramai, hari ini ita kongsikan kaedah bagaimana ita menyediakan  Korean flower buttercream di atas kek yang telah ita sediakan. Kaedah ini ita pelajari dari beberapa rujukkan ita di youtube dan google. Semoga apa yang ita kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk memahirkan lagi penyediaan kek anda. Sebenarnya ita pun bukan pandai sangat.. tapi tak salah rasanya ita berkongsi apa yang ita tahu. Semoga ilmu yang sedikit ini memberikan impak yang besar dalam kehidupan anda semua.



Kepada semua selamat mencuba!

Mula-mula kita lihat dahulu buttercream yang anda perlu gunakan untuk menyediakan bunga. Sebagaimana yang ita katakan sebelum ini ada beberapa jenis buttercream yang anda boleh gunakan dalam penyediaan bunga untuk hiasan kek anda. hari ini ita kongsikan beberapa resepi sebagai rujukkan. Apa yang anda perlu ingat consistency adunan haruslah solid supaya bunga anda mudah untuk di bentuk. Ianya tidak terlalu  stiff atau keras dan tidak juga terlalu lembik.

Resepi yang selalu ita gunakan untuk bunga ita adalah buttercream biasa seperti di bawah ini

Buttercream

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.

Bagi anda yang tidak sukakan buttercream ini dan inging menggunakan Swiss Meringue Buttercream boleh cuba resepi swiss meringue yang ita sediakan di bawah

Swiss Meringue Buttercream

Resepi Oleh :  mytartelette
Rujukkan dan terjemahan :  Ummizzkitchen
Rujukkan dan tutorial :  Wendy

Bahan
60 gm putih telur
100 gm gula castor
170 gm butter tanpa garam ~ keluarkan dari peti ais dan potong dadu. Butter di keluarkan semasa kita mula memanaskan putih telur supaya ianya tidak terlalu lembik jika di biarkan lama pada suhu bilik.

Panaskan air dalam periuk
Satukan putih telur dan gula dalam mangkuk yang tahan panas, bersih dari gris atau minyak dan juga kering.
Letakkan bekas telur dan gula di atas periuk yang berisi air yang kita panaskan tadi. ( kawal kepanasan air agar tidak terlampau panas, suhu adalah sekitar 65 C )
Dengan menggunakan whisker, pukul gula hingga larut lebih kurang 3 minit
Adunan akan kelihatan seperti marshmarllow
Pindahkan adunan ke dalam mangkuk lain yang bersih.
Sementara itu kita sediakan satu mangkuk lain yang sedikit besar dan isikan dengan air paip dan 3 - 5 ketulan ais ( jangan terlalu sejuk )
Letakkan mangkuk berisi adunan telur yang telah menjadi marshmarllow tadi di dalam mangkuk yang berisi ais dan pukul adunan marshmarllow tadi lebih kurang 5 minit dengan kelajuan sederhana sehingga meringue kental dan berkilat.
Kemudian masukkan butter satu persatu dan teruskan putar sehingga ia menjadi kental lebih kurang 6 - 10 minit. Tambahkan butter sekirannya adunan tidak mencapai consintency untuk membuat bunga.


Bancuh buttercream dengan warna pilihan . Anda perlu bancuh warna dalam 2 hari awal untuk mendapkan warna yang solid dan terang. Jika nak guna warna yang lembut, pastle colour tak perlulah di sediakan awal.
Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais supaya takan lama. Bila nak gunakan keluarkan lebih awal sehingga ia mencapai suhu bilik baru di gunakan.

Pewarna yang ita gunakan pula adalah dari Ameri Colour dan Wilton.
Ini pula antara nozel yang ita gunakan untuk menyediakan bunga.


Bunga buttercream yang paling popular adalah bunga rose. Bunga ros ni ada banyak jenis dan banyak teknik yang di guna pakai dalam penyediaannya. Ada antara sesetengahnya menamakan setiap bunga rose ini dengan pelbagai nama untuk mudah di kategorikannya. Pada ita pula tiada nama khas.. apa yang ita suka dan terlintas nak buat ita buatla.. dan kena sesuaikan juga dengan kombinasi bunga yang lain.

Untuk kaedah penyediaan bunga rose ita telah pun kongsikan sebelum ini di SINI
Terdapat pelbagai kaedah, anda boleh buat yang biasa atau yang popular sekarang yang ros kuncup. Ada yang menggunakan kon dan yang tidak menggunakan kon. 

Hari ini ita kongsikan lagi beberapa English Rose yang juga popular

English Rose

gambar dari google


Nozel yang di perlukan 
401 untuk inti tengah
123 untuk kelopak
anda juga perlukan nail, kertas minyak yang di potong kecil dan buttercream mengikut warna bunga dan piping bag
Masukkan buttercream dalam piping bag
Biasanya ita menggunakan warna yang berlainan, utuk bahagian tengah warnanya sedikit gelap dari kelopak luar. Masukkan nozel dalam pipng bag, dan potong hujung piping bag. Letakkan buttercream, jangan terlalu penuh hanya 1/3 daripada piping bag supaya mudah anda nak pegang dan paipkan nanti.
Jom kita mulakan
buat seperti gambar di atas. Untuk bahagian tengah tu gunakan nozel 401 dan bahagian kelopak luar tu guna nozel 123.
Untuk memudahkan anda memahami, sila rujuk video yang ita lampirkan di bawah.


Inilah bunga yang telah kita sediakan. Lebih kurang ajelahkan bentuknya. Sesungguhnya kita tidak boleh menandingi kekuasan Allah yang maha besar lagi maha pencipta.
Ok sediakan banyak-banyak seberapa banyak yang anda nak letak atas kek nanti.
Bila dah siap simpan dalam peti ais hingga ia keras dan mudah anda nak susun atas kek.

Untuk bunga rose lain anda boleh rujuk pada video ita nanti.
Semuanya ita menggunakan nozel yang sama iaitu 123 untuk kelopak bunga. Bagi ros yang berinti, untuk inti tengah tu guna nozel rumput 133, 233, 333 mengikut tebal dan halusnya.

Bagi peminat bunga kek wa atau bunga chrysanthemum anda boleh rujuk kaedah cara penyediaannya , nozel dan tutorial video di SINI

Untuk kudup bunga pula atau bunga hiasan tambahan ita menggunakan nozel bulat 3, 4 atau 5. kaedahnya macam ni


Untuk lebih clear lagi kaedahnya nanti rujuk video yang ita kongsikan ya

Beberapa bunga yang lain anda boleh rujuk pada video ita. Semoga penerangan ini jelas.
Selamat mencuba dan selamat menonton video terbaru dari ita .


Untuk video penuh cara membuat bunga dan hiasan bunga atas kek boleh rujuk video ita di SINI






67 comments:

Siti Hajar said...

Blogwalking sini :)
Ini sangat cantik! Nampak pun sedap. Wedding cake sangat sesuai.

shidasanmil said...

memang cantik kek bunya kpop nie...susah nak membuatnye kalau sy mmg xmenjadi la kek nie..hehehe

muna mahdzar-fadaaq said...

The cakes are gorgeous!!! You're so talented, Ita!
I wished my garden is as beautiful!
xoxo

zeera lily said...

akk mmg gifted... cantik betul deco2... klu sy buat.. apa la rupa dia nnt

linawarni said...

awesome. thanks for sharing. can't wait for the next tutorial.

Rozilawati said...

kak ita, tak leh nak tgk videonye...

This content is currently unavailable
The page you requested cannot be displayed right now. It may be temporarily unavailable, the link you clicked on may have expired, or you may not have permission to view this page.
Return home

Anne Yusnizah said...

Salam Ita, they are awesome....cantik sesangat....tq for sharing the teknik....I am so in love with all these roses but belum berkesempatan untuk membuat...

Anonymous said...

tqvvm kak ita...
share sesuatu yg sgt berharga ni..
saya selalu rujuk blog akak je...sbb nak belajar kat luar sgt mahal...

jazakallah... :D

syarina azreen said...

Assalamualaikum kak ita,

tenkiu sgt2 atas tunjuk ajar kak ita..hanya Allah boleh balas.jarang jumpa org seikhlas kak ita. bnyk recipe kak ita sy guna..sy mintak halalkan tau..=)

sy pernah dgr org cakap ilmu ni mahal harganya..kalu xde usaha susah nak berjaya...

ade org sggup abiskan duit utk ilmu.ade pulak yg senang google je. tak kurang pulak yg lg senang.. tnya je : 'eh nak minta recipe. camane ko buat eh?ajarla aku'...masing2..

kak ita walaupun sgt sibuk dengan tempahan masih lagi tak bosan melayan pembaca2 blog..beruntung sgt kami sbb dapat tutorial dah macam dalam kelas. insya Allah rezeki kak ita belipat ganda sbb dh bnyk mudahkan org yang mencari ilmu tp mgkin blum mampu...

Yannz said...

lawa betul..tapi yan tak reti buat..

Baiti Jannati said...

subhanallah..cantiknyer kak ita..
terima kasih atas tunjuk ajar ni..byk resipi
yg sy follow dari blog kak ita..alhamdulillah sume menjadi..
cuma bab nk wat bunga ni x reti..in shaa allah will try..

Copycake kitchen said...

Gorgeous and perfect creations! Well done :)

mimie said...

assalammualaikum kak....
ni yang buat kita bertambah sayang kat kak ita ni... ^__^

Miss N said...

cantik dan nampak segar aje bunga2 ni... sesuai untuk hantaran ni...

Unknown said...

Video xboleh dibuka

Unknown said...

Very good wedding flowers, it will take a little time to make this beautiful flowers ,thanks for sharing .if you also look for wedding things ,can visit our site to find more. http://www.robesdemariee2013.com/robe-de-mari%c3%a9e-c-632/shopby/princesse_11722.html

Unknown said...

Mmg cantik...superb. U re so talented , Ita.. !! 👍

Unknown said...

Sangat cantik and thank you for sharing

Unknown said...

Naik balik semangat saya yg dah lama tak mengaising ni..nnti nk trylah. Ita..utk melepa kek yg sdp n cantik..bagus kita guna resipi icing yg mana?

Unknown said...

terima kasih byk2 kak

edlieza said...

assalam kak ita.. subhanallah, cantiknya hasil tangan kak ita.. cukup cantik & teliti.. semoga kak ita akan sukses selalu.. teringin nak tempah kek.. apakan daya kita jauh.. mampu cuci mata je lah.. hehehe...

Unknown said...

sangat cantik..tips yang berguna..tq sharing!

Unknown said...

hai..sy blogwalking disini..wahh kak ita cantiknyaaa....suka tgk..nak menangis rasa kalau tak pandai buat hehe...

Eetee said...

Dah selalu singgah blog Ita ni, tp ni baru nak comment....terima kasih banyak atas perkongsian ilmu...

Raainah said...

Soooo beautiful! Thank you for sharing

Unknown said...

salam kak...akak sgt kreatif dn berbakat....anugerah Allah pd akak...saya kagum...

jidood said...

AsSalam Kak Ita yang budiman...

sya selalu masuk blog kak ita ni utk rujuk resipi n cuci mata tengok hasil tangan dia yg cantik2.... kak ita ni semestinya seorang yg sangat baik pada pandangan hati saya... sentiasa berkongsi ilmu dan tak pernah lokek berkongsi tips dgn penuh teliti sampai kita yg baca pun faham lengkap dgn cara bergambar, gambar pulak cantik sgt dgn niat mmg nak mengajar dan bukan gambar diambil secara cincai.... wp saya org johor dan tak penah berjumpa kak ita tapi teringin sangat rasanya nak bersua muka dgn dia... saya doakan kak ita sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kebahagiaan dunia n akhirat dan sentiasa diberi rahmat dari Allah... Aamiin

apapun kak ita mmg best... ;)

note: maaf komen agak ter-emo n sedikit meleret... hehe... komen yg ikhlas dari hati saya.. ;)

WarongCookies said...

kak ita, this is marvelous! Thanks for this very informative tutorial. may Allah bless u kak!

Unknown said...

Ya allah..cantiknya bunga-bunag tu..perlukan ketekunan & kemahiran yang tggi nak buat cantik mcm ni...kene selalu praktis juga kan!

salam ramadhan kak...singgah blogwalking :)

fazianbatrisyia said...

semua cantik2 belaka. bukan semua orang berseni mcm kak ita, cukup dgn youtube & google aje hasilnya sgt OMG...Selalu pula berkongsi apa yang kak ita dah tahu. Semoga Allah berikan yang lebih baik dari apa yang kak ita buat.

My Delectable Treats said...

I just want you to know that I admire your work and you are one such talented individual. Keep it up and more power!

Unknown said...

Do you have class? I would like to learn.

Unknown said...

Is there a translation available for the blog etc it would be great to follow you somemore and see your talents many thanks and keep up the blogging and tutorials

Nur-nba said...

Wah cantiknya air tangan Kak Ita.. Kak Ita sungguh kreatif dan berbakat.. Moga keikhlasan Kak Ita berkongsi ilmu akan mendapat ganjaran di sisiNya.. Amin

Asti Satriawati said...

Waw plajaran seperti ini tidak saya dapatkan di sekolah 😃

Unknown said...

Thank you for sharing ..

Meeda said...

Tak pernah lokek berkongsi ilmu. Semoga diberi rezki yg melimpah ruah. InsyaAllah. Terima kasih

Pipinggay said...

hi, i really admire your talent.. based on the pictures above, i can see that you really have the passion in doing what you do.. but, i'm afraid that i don't understand a single word.. i hope/wish that you can make an english version of this tutorial, so more people who are interested (just like me) in this kind of artwork, will better understand how to make these lovely buttercream flowers.. Thank you and more power!!

Filefalad said...

I'm agree with Pipinggay.
I hope you can help me make an english version.
Your buttercarm flowers very beautiful love it so much!!!
Thank you very much!!!

Unknown said...

Hai kak azlita salam kenal, saya dari Indonesia, senang lihat ilmu yang kakak share, hiasan kue kakak sangat cantik, kue" malaysia nya sangat lezat.. kapan kapan main ke Indonesia ya kak

Unknown said...

Cantik cantik kuenya

Adriana Halinda said...

Salam Akak,

Saya mmg peminat tegar pada hasil seni akak...kak nk tgk video korean flower ni blh tak?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum
The buttercream flowers are so beautiful and realistic. Do you have a YouTube channel? Please share me the link if you have.

Unknown said...

You did a wonderful job.Thank you!

PH said...

Azlita, you are amazing!

Felicia said...

Thank you so much for sharing. You are so kind and generous with your information.

Felicia said...

Thank you so much. You are so kind and generous with your information.

Unknown said...

Gorgeous colors...rasa sayang nak makan. You are talented Kak Ita ))

Unknown said...

Terima kasih kak ita

Hus said...

Gorgeous! Hasil tangan kak ita memang superb. Saya mohon izin ambil resepi dari blog kak ita ya. Terima kasih dan semoga Allah saja yg dapat membalasnya 😊

tikah said...

bunga cantik! gambar cantik! terbaik!

Unknown said...

Terima kasih atas ilmu yg di kongsi

Unknown said...

Tq kak ita terangkan tentang Korea flowers.

Unknown said...

Salam kak ita nak tanya, untuk buttercream tu, kalau pakai coloring y biasa ada jual di kedai bakery tu boleh ke? agak cair dr americcolor tak silap .ade effect tak nanti pd buttercream? thanks akak

Unknown said...

Salam kak ita nak tanya, untuk buttercream tu, kalau pakai coloring y biasa ada jual di kedai bakery tu boleh ke? agak cair dr americcolor tak silap .ade effect tak nanti pd buttercream? thanks akak

Azrin (Olin) said...

Assalamualaikum kak Ita..rin mohon share ye resepi buttercreamni..dah lama berhajat nak buat ni..kebetulan sabtu ni birthday suami..rasa nak cuba buat..hehe

Mf said...

Hi! Kak Ita.. Boleh ajar cara buat kek vanilla?

Eetee said...

sekali lagi terima kasih kerana berkongsi ilmu....nak cuba buat nanti...moga bermanfaat...inshaa allah akan di manfaatkan...terima kasih saudari Ita...

gem2 said...

Beautiful work , do u ve a blog in English version ? Thks

Unknown said...

Salam..terima kasih atas perkongsian ilmu..sgt mengujakan bg sy yg bru nk bljr n sgt suka akan bunga...hrp ilmu yg diberikan ini bermanfaat bt sy..moga dpt mnghasilkan bunga dan kek secantik akak....tq

Unknown said...

Salam..terima kasih atas perkongsian ilmu..sgt mengujakan bg sy yg bru nk bljr n sgt suka akan bunga...hrp ilmu yg diberikan ini bermanfaat bt sy..moga dpt mnghasilkan bunga dan kek secantik akak....tq

nor syahira said...

Assalam kak masih ambk tempahan ? Kalau kL ambik tak?

cakes said...

Please give the Web address of your blog or website. Thank you

Jenny said...

Muchas gracias todo bien claro y divino

Unknown said...

Assalamualaikum kak Ita..
Saya baru jumpa blog ni.. Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar insyaAllah saya akan guna setiap tips yg kak Ita bagi.. Amat berguna untuk rujukan saya.. Semoga murah rezeki buat kak Ita..

IntanShakila said...

Salam Kak Ita, sy ada buat buttercream..tp sy campur butter+Shortening…boleh mkn ke buttercream tu?

Post Top Ad

test