Lewat masaukkan menu berbuka kami sekeluarga pada 8 Ramadhan. Ita sekarang dah mula sibuk menyiapkan biskut raya tempahan kawan-kawan. Jadi menu berbuka ita yang simple dan ringkas sahaja. Apa yang penting ianya adalah air tangan isteri dan juga ibu kepada anak-anak dan suami.
Amirul dah pun memulakan praktikalnya di Tampin, semakin berkurangan penghuni rumah .. semakin kosonglah meja dari juadah-juadah. Ita pun malas nak masak pelbagai menu.. memandangkan sekarang cuaca sangat panas, anak-anak dan suami lebih banyak minum air dari menjamah makanan. Oleh itu ita hanya pilih satu juadah sahaja.
Untuk kuih pula ita goreng samosa yang berbaki semalam. Semalam samosa tu ita buat frozen, jadi hari ini ita goreng samosa lagi..
Semalam ita sediakan air Fair Lady. Resepi air ini dari rancangan Bila Bujang Masuk Dapur yang di hoskan Syafiq Kyle dan Sonaone. Macam best aje tengok air yang Syafik Kyle buat, itu yang membuatkan ita semakin ingin mencuba. Tak rugi mencuba.. sedap juga air ni.. Pada ita ianya juga sesuai sebagai dessert atau minuman untuk rumah terbuka bila hari raya nanti. Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas.
Ita juga sediakan mee untuk berbuka puasa. Mee ni atas permintaan Amirul yang katanya teringin nak makan mee sebelum dia bertolak ke Tampin. Mee Berkuah ni cukup mudah penyediaannya. Bukan sahaja mudah dan ringkas bahannya juga sangat minima, rasanya juga cukup sedap pada selera kami sekeluarga. Seakan-akan rasa mee racun pun ada jugak!
Kepada anda yang nak mencari menu yang ringkas dan mudah.. apa kata cuba resepi yang ringkas dari Harligt ini
FAIR LADY
Resepi oleh : Syafik Kyle dan Sonaone
Rujukkan : Bila Bujang Masuk Dapur
Air oren secukupnya
1 tin laici dalam tin
nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
ais batu secukupnya
Mula-mula sediakan air oren dahulu. Ita guna air oren Sunquick. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih
Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais
Sedia di nikmati
MEE KUAH BERKAWAH
Resepi Oleh : Harligt
Rujukkan : My Resepi
1 bungkus mee kuning ~ celur dengan air panas sekejap dan tos
Bahan kuah
3 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
4 sudu besar cili ~ kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 cawan isi ayam ~ potong dadu kecil ( ita guna daging )
4 sudu besar cili ~ kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 cawan isi ayam ~ potong dadu kecil ( ita guna daging )
12 ekor udang sedang
10 biji cipi api ~ belah 2
Sawi dan kobis secukupnya
4 biji telur
2 biji tomato ~ belah 4
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menumis
1 kuib ayam
10 biji cipi api ~ belah 2
Sawi dan kobis secukupnya
4 biji telur
2 biji tomato ~ belah 4
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menumis
1 kuib ayam
Hiasan
Daun sup
bawang goreng
cili potong secukupnya.
Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan kisar hingga naik
bau.
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, cili api.
Kacau
sebentar. Masukkan air.
Masukkan isi ayam dan kuib ayam.
Biarkan
mendidih.
Masukkan udang.
Biarkan seketika.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.
Masukkan
sawi dan kobis.Biarkan seketika.
Masukkan pula tomato.
Akhir sekali
pecahkan telur di dalam nya. Jangan kacau.Biarkan telur masak.Tutupkan
api.
Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong
Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong
1 comment:
mee kuah camni mesti somi akak suka...bole cuba nanti :)
Post a Comment