Ita memang cukup mengemari donut. Kalau di hidangkan pelbagai kuih di hadapan mata, pasti donut adalah pilihan ita yang utama. Namun begitu tak semua orang dapat menghasilkan donut yang lembut dan gebu yang serasi dengan anak tekak ita ni.
Donut pada ita sedap di nikmati ketika hangat-hangat. Lepas di goreng, salut aje dengan gula adoiii... terus kecur.. masa tu lah donut yang terbaik di nikmati.. meletup-letup dalam mulut..
Terdapat banyak resepi donut yang ita dah cuba. Semuanya ada keunikkan masing-masing. Tapi hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi donut yang sempoi dari Chef idola ita siapa lagi Chef Asma. Terima kasih Chef atas perkongsian resepi ini, sangat sedap sangat lembut dan juga sangat-sangat gebu.
Sekarang ni kerja menguli donut menjadi lebih mudah sejak ada bread maker. Kalau ada teringin nak makan donut, tak payah pening kepala fikir nak menguli, nak perap yis yang kadang jadi.. kadang tak jadi.. Dengan BM semua kerja menjadi mudah, ringkas, cepat, menjimatkan masa, dapur tak berkecah dan yang paling utama doh lembut dan sedap di nikmati.
Kalau anda berhajat nak dapatkan bread maker ni satu cuba intai-intai FB Chef Asma, beliau ada jual macam-macam produk Trio yang banyak membantu tugas anda memasak di dapur. Semuanya di hujung jari dan semudah ABC.
Berbalik cerita donut kita ni, sesuai lah dengan namanya donut sempoi.. memang sempoi habis. Doh dia sangat lembut dan masyaallah bila perap dia naik berganda-ganda. Jadi ita nasihatkan jangan perap lama sangat tau.. nanti dia naik masyaallah.... sampai melekat2 dah boleh bakar terus rasanya jadi roti.. hehe
Anda juga kena jarakan sikit bila dah bentuk donut tu, supaya dia tak melekat dan berhimpit-himpit bila dia naik. Ita ingat jangan bagi dia naik sangat nampak dah gebu aje ok dah boleh goreng, sebab kalau biar lama sikit dia naik lagi gebu, payah nak angkat pulak nanti.
Di sebabkan ita menggunakan bread maker, maka ita tak adalah buat step by step. Insyaallah ita akan buat lagi menggunakan resepi ini .. nanti ita tunjukkan stepnya ya..
Tapi mudah aje.. beli aje satu BM ni.. senang kerja anda di dapur.. hari-hari boleh buat donut dan roti untuk keluarga :)
DONUT SEMPOI
Resepi Oleh : Chef Asma
500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais
minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut
Ita menggunakan bread maker untuk menyediakan donut ini
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor / gula icing untuk salut donut )
Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. Masa ni bolehlah buat kerja lain.. memasak ke.. basuh baju ke.. kemas rumah ke.. sidai baju ke.. lipat kain ke.. sebab tu di namakan Trio Bread Maker boleh buat dua tiga kerja sambil menguli ^_^
Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
Pas tu boleh lah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25 keping doh atau donut nanti.
Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain atau plastik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit.. macam dlm almari atau oven yang tak di on tau!
Kejap aje ya dalam 10 minit.. takut nanti kalau lama dia naik sangat..
hihi donut ita ni dah naik sangat tau.. sebab leka berbual kat talipon. tu yang kedut-kedut bila di penyekkan. Tapi tak pe.. bila goreng dia licin balik.
Kemudian teka-tekan dia bagi penyek sikit dan tebuklah lubang kat tengah-tengah dia
Panaskan minyak dan bolehlah goreng
Minyak jangan panas sangat nanti cepat hangus di luar dan dalam tak masak pulak. Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang-sedang aje
Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.
Tips mudah salut gula.
Ita letakkan gula dalam plastik bag
Masukkan donut dalam 2 atau 3 keping dalam bag plasti tersebut dan goncang-goncang biar gula bersalut pada donut sekata
hihi tak berserak dapur dengan gula dan dapat jimatkan gula juga ^_^
51 comments:
Assalam.. Kak Ita.. nak masuk semua bahan tu dalam BM ikut turutan yg basah atau kering dulu? Atau boleh jer mana2?
tips yang bagus tuh. selama nih duk tabur2 je gula tuh. hadoi lapar la pulak tengok donut gebu nih.
Dah lama survey bm.. Tergoda tengok gambar donut. Nak kena beli jugaklah ni
Fuhhh.. nk kenacuba ni.
Kak btulke bile tgh tekan nk kuar kan angin dlm doh tu kipas smua xbleh bkk ye ekon pun xbleh?
Aduhs!..mengoda betul.. kena pulak dengan cara gambarnya diambil, nampaknya betul2 tergoda..
Best ni kak ita nampak mmg sgt gebus,nnt leh cuba :)
Awesomenya... nyum2
Jemput singgah kak..
http://masuri24.blogspot.com/2015/08/resepi-puding-roti-gula-hangus
Gebunya donut... wajib try ni.. saya share resepinya yer..
sedap nie buat minum petang...tq share resepinya..:)
Sedapnya🐼🐼🐼🐼nak try la
Assalamualaikum Pn Ita. Saya nk tanya, di mana Pn beli penimbang tu? Saya puas cari timbang yg sesuai. Smuanya digital yg cinonet shj dan mudah rosak. Huhu..
sedapnya donat dia ^_^
tetiba teringn nak mkn donat pulak hihi
Feveret anak anak ni. Kadang kadang bila buat tak sempat nak tabur gula. Lps ni bole buat tabur gula dgn style cik ita. Jemput follow blog saya ye
saya nk cuba resipi kak ita ni.tq kak byk sy rujuk blog akk tuk buat kuih n kek
tq ita..resepinya..gebusss
sya tlg jwbkan. penimbang tu boleh beli di lazada. saya beli dr lazada je :D
De jual di 2play n Bagus
Nnt amik gmbr bread maker pulak ye..sy ni buat donut asik x cantek je😂😂
Thank akak for the recipe. The doughnut turns out soo delicious and so soft !
Pagi sis mohon nak share resipi and gambar.terima kasih sis :) donuts look so delicious
Pagi sis mohon nak share gmbar and resipi.thanks,donut look so delicious :)
saya dah buat..mmg lembut dan gebu..anak2 love it... tq for resepi... ^_^
Meme gebus gebas n lembut ja..dah try ank2 suka..tq sis..
Tq sis..meme terbaik..ank2 suka sgt
Salam Kak. Saya tengah buat lagi donut. Tapi knapa doh lembik sangat. Ke ada petua macam mana nak bentukkan doh tanpa melekat kat tangan.
Doh donat itu nk uli hingga jd elastik ke kak Ita?
Salam. kalau tak nak letak tepung susu takpe ke? :)
Musim cuti sekolah ni,sepupu sepapat ramai rumah...
Jamu donut pula untuk minum petang ni...
Adunan dah masuk BM.
Tq kak ita..
Kalau x letak telur xpe kn.. saya alah dgn telur..
Sedapnyer..
Saya dah buat.. gebu dan sedap..
Saya dah buat.. sedap..lembut.. mkn saja pun sedap..
Memang terbaek. Betul.. Pki bread maker mmg jd lebih mudah.. Tq kak ita..
Sy dah buat dekat 8thun xpernah menjadi..asyik buang dlm tong sampah..ada teknik rahsia ke?pls share
salam kak ita..klau xde bm tu..step nk buat donut ni same je kn?
Assalamualaikum, teringin nak akan donut panas dan gebu hari nie. terima kasih, resepi Ita :-)
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya memang suka sangat donut.to selalu jadi keras bila dah sejuk.huhu...
Sy take sabar day nak Cuba resepi akak
Sy da try resepi donut ni..mmg menjd!! Sedap sgt donut tu. Sekejap je da licin. Hehehe
tq kak ita buat untuk budak tadika sy...diaorg ckp sedap..lembut la teacher..
budak2 tadika sy ckp sedap la donut teacher buat..lembut je..
Peminat baru blog kak ita. Dah try roti sarang lebah dgn donut ni. Dua2 ohsem. Dari zero baker anak2 angkat jadi hero. Tq kak ita
TQ 😊
Saya share resipi ye..tkasih byk2.
SINGGAH RAMADHAN
https://belogs.blogspot.my/2016/06/ramadhan-1437-doa-untuk-sahabat-yang-ku.html
As Salam. Dah cuba. Sedap sangat. Terima kaseh Ita! ��
Klu pakai bread softener lembut x?
Tested recipe!Mmg lembut wpun dah sejuk!
Assalamualaikum..first try buat donut ikut resipi akak 😊 next boleh x ajar cara pintal donut ? Terima kaseh 😙
wa... nak cubala
Wah, terima kasih resipi donut gebu. Inysallah mesti kena cuuba ni.
Post a Comment