Sana sini orang dok tayang seri muka durian. Sedap ke? maaf saya tak makan durian jadi tak tahulah akan kesedapan yang menjadi bualan ramai.
Ruginya... tak makan durian....
Tak rugi lah.. Allah yang tentukan nikmat apakah yang nak di berikan pada hambanya. Mungkin saya tidah dapat merasa kenikmatan durian tapi dapat menyediakan hidangan durian buat keluarga tersayang sudah benar-benar mengembirakan hati saya.
Memang payah sebenarnya nak menyediakan hidangan atau kuih muih berasaskan bahan yang kita tak suka makan. Bukan setakat merasa.. nak menghidu harum baunya pun teramat payah. Namun berbekalkan semangat ingin mengetahui kesedapannya.. ita turut sama kawan-kawan untuk mencuba.
Resepi asal milik Chef kesayangan ita Chef Asma. Chef Asma pernah kongsikan resepi ini dan beberapa resepi kuih muihnya yang lain dalam majalah Nourish. Ingat lagi tak ita pernah mencuba resepi Talam Lapis Pulut Hitam yang sangat marvelous di SINI. Aduyaiiii... masih terasa-rasa lagi kesedapan talam lapis pulut hitam yang mulus itu.
Hari ini daripada buku yang sama, ita kongsikan pula resepi Seri Muka Durian. Resepi asal Chef Asma menamakannya Seri Muka Durian Marble, tapi ita buat tak marble sebab dah kelang kabut nak hantar Dalili ke sekolah, ita tuang aje semua warnanya.. huhu jadi lah warna hijau serindit ni.. hehe.
Resepi yang sama juga telah di kongsikan oleh Yatie yang menurut beliau di ambil dari blog Fiza Nordin.
Ok kepada yang nak mencuba ita ada tunjukkan bagaimana cara penyediaan kuih serimuka durian yang mudah dan sedap ini.
SERI MUKA DURIAN
Resepi Oleh : Chef Asma
Rujukan : nourish!
Terbilan : Nourish Publishing & Events Sdn Bhd
Lapisan Bawah ( Pulut )
500 gm pulut ~ di rendam selama 4 jam
300 gm santan pekat ~ ita guna santan KARA
300 ml air
2 sudu teh garam
Sediakan loyang 10 X 10 inc
Lapik loyamg dengan plastik 16 X 16 inc dan oleskan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak
Pulut di cuci bersi dan toskan
Tuangkan pulut ke dalam loyang dan ratakan
Masukkan garam dalam santan pekat dan kacau rata
Tuangkan santan tadi dalam air dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang pulut
Tutup dengan kertas aluminium dan kukus dalam kukusan yang telah mendidih selama 30 minit.
Sementara menunggu pulut kita masak kita sedikan pula lapisan atas.
Lapisan Atas ( Durian )
140 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung gandum
180 gm gula ~ resepi asal 140 gm gula ita tambah lagi 40 gm kerana ita rasa macam kurang manis
270 ml santan pekat
470 ml air
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur
2 biji telur
Bahan B
100 gm isi durian ~ ita lebihkan 150 gm
100 ml air
Bahan C
1 sudu teh pewarna kuning telur
1/2 sudu teh pewarna lemon
1/8 sudu teh pewarna hijau
Dalam bekas, satukan tepung beras, tepung ubi, tepung gandum, gula, garam, air kapur
telur , santan dan air
Kemudian di kacau rata
Jika berbentel, masukkan dalam bleder dan kisar halus
Kemudian di tapis
Satukan pula isi durian bersama air dan kisar dalam blender hingga halus
Campurkan isi durian dan adunan tepung tadi kedalam periuk, letakkan pewarna kuning telur dan kuning lemon dan kemudian masak atas dapur dengan api yang perlahan sambil senantiasa di kacau hingga berwap.
* ita campurkan semua warna sekali tu yang warna ita jadi hijau serindit
Mengikut cara Chef, beliau bahagiakan adunan kepada 3 bahagian
Kemudian ambil 3 sudu adunan dari setiap bahagian dan letakkan perawna hijau
Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan tekan bagi padat
Tuangkan 1 bahagian adunan durian atas pulut dan ratakan
Kemudian titikkan dengan warna hijau dan dengan menggunakan lidi buluh, marbelkan ia.
Kemudian tutup dengan aluminium dan kukus selama 15 minit
Bila dah 15 minit ulang kaedah dan cara yang sama untuk bahagian yang lain.
Untuk bahagian akhir kukus selama 20 minit
* ita tuang semua dalam loyang dan terus kukus selama 25 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Bila dah sejuk, bolehlah di potong deangan menggunakan pembaris dan pisau plastik, untuk potongan yang lebih cantik dan sama.
Bolehlah di hidangkan
Suami dan anak-anak ita kata sedap kuih talam ni..
Anda pun harus cuba!
16 comments:
sedapnye...sy mmg suka durian...tgok gambar pun dah tau sedap...
anak-anak saya cukup suka kuih seri muka ni tapi biasa makan yang pandan. Ni kalau durian tentu ibunya yang pulak makan sorang nanti hehehe...:D
Cantiknya....cara buat pun jelas dan teratur serta bersih....terima kasih atas perkongsian ilmu...
Ita putri tka pernah buat kuih nie tau...bila tengok ita post kat sini aduhhh rasa teringin laa pulakkk....thks ita atas perkongsiannya...inshaa Allah akan dicuba nanti...
Terima kasih k. Ita. Semoga Allah sentiasa merahmati k. Ita dan sentiasa dlm lindunganNya. Suka sgt setiap post k. Ita. Tak pernah lokek dgn ilmu. Cara potong pun tunjuk jugok. Terima kasih.
Sangat cantik dan sangat awesome rupanya kak!! Terliur sungguh ni
sempurna...cantik. Pengorbanan kak ita tu, berbaloi bila family suka
Dapat buat ni mau suka tak terkata saya. Jemput follow blog saya ye
Salam kak ita,
santan kotak tu perlu tambah air ke untuk jadikan 300g tu
Sedap tu .. My fave :D
Asalamualaikum..kak ita guna tepung beras cap apa..
Terliur bila tgk post2 resepi drpd k.ita...menggiurkan sungguh...
Salam. Kak ita beli cerek dua tu dimana. ...boleh bagitau. ...? Thank you.
salam...boleh tau...plastik apa yang digunakan untuk alas kuih? boleh guna plastik yg bungkus makanan tu ke tau memang ada jual di kedai ..
Air kapur tu kalau tak letak boleh tak
Mmg sedapkan seri muka durian...saya pun suka durian...
Post a Comment