Masam Manis dalam Australian Cake! Magazine - masam manis f

Breaking

Aug 23, 2015

Masam Manis dalam Australian Cake! Magazine


Assalamualaikum sahabat-sahabat ku sekalian..

Lama ita tak kongsikan perkembangan terkini blog Masam Manis. Maklumlah lama juga ita berehat seketika daripada berblog sejak kesihatan ita tak berapa mengizinkan di samping ita juga sibuk menyiapkan beberapa tempahan kek daripada rakan-rakan.

Hari ini ita nak berkongsi sedikit kegembiraan ita apabila Masam Manis muncul buat julung-julung kalinya dalam magazine online luar negara. Sebenarnya dah lama ita menyepi dari menerima undangan dari pihak majalah tempatan. Bukanlah merajuk dengan majalah tempatan .. tetapi faktor kesihatan ita tak banyak dapat membantu ita merialisasikan hajat mereka. Buku -buku masakan dan buku kek decorating ita juga terpaksa tertunda memandangkan kesibukkan ita dan fator pergerakkan ita yang cukup terbatas kini. Ita tak boleh berapa nak lasak dan aktif macam dulu. Semua kena buat berpada-pada.. bimbang tahap kesihatan ita berulang semula. Doa-doakan ita sihat sepertri sedia kala.. agar ita terus aktif kembali dalam persada dunia maya ini.






Buat pertama kalinya Masam Manis di pelawa untuk muncul dalam online magazine Australia. Sebenarnya Masam Manis  mendapat undangan untuk muncul dalam Australian Cake Decorating Network's e-mag pada awal Ramadhan yang lalu oleh Kellie Rudland Contributtion Manager Cake Magazine. Tapi masa tu ita cukup sibuk untuk menyiapkan tempahan biskut raya. Ita pada awalnya menolak mengenangkan kesibukkan ita dan tidak mungkin ita dapat menerima pelawaan mereka ketika ita sibuk dengan tugasan yang lain. Namun mereka berkehendak juga Masam Manis tampil dalam keluaran Cake! Magazine mereka untuk keluaran bulan Ogos, memandangkan untuk keluaran ini adalah khusus untuk buttercream kek.


Segan ita di buatnya...
Maklumlah ita terlalu amatur dalam dunia baking. Baru sahaja berjinak-jinak dan banyak lagi ilmu yang perlu ita pelajari. Bakat yang ada pun ala.. ala.. aje.. cukup sekadar ita memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang inginkan sentuhan ita. Tidak layak rasanya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bakat-bakat bakers yang hebat di Malaysia mahupun di luar negara.. seperti Katherine SabbathValeri ValerianoKerrie WyerPatisserie Angelica rasanya ita ibarat pipit yang berangan-angan untuk terbang tinggi seperti helang....

Rasa seperti bermimpi... bila orang luar lebih menghargai bakat anak tempatan dari Malaysia. Terima kasih ita ucapkan kepada Australian Cake Decorating Networks's e-mag atas undangan ini. Sangat-sangat teruja dan sangat-sagat berbesar hati bila bakat ita yang sepi ini di hargai orang luar.

and to Australia Cake Decorating Network especially Cake! magazine editors and Contribution Manager, Kellie Rudland, thank you guys for having me in your recent publication. I hope that it will be a good reference to your readers worldwide.

Ok ita nak cerita sikit tentang majalah online ni.
Cake! Magazine keluaran Ogos kali ini adalah majalah Online Cake yang mengandungi 172 muka surat yang semuanya berkisar tentang buttercream cake. Banyak info dan maklumat penting yang dapat anda pelajari, disamping tutorial kaedah pengendalian kek buttercream dengan deco pelbagai dan menarik beserta video, anda juga di sajikan dengan pelbagai resepi buttercream seperti Swiss meringue buttercream dan Italian meringue buttercream.






Anda pasti teruja apabila melihat decorasi cake dari buttercream yang sukar di percayai. Deco terbaru dengan teknik yang pelbagai.
Jangan ketinggalan untuk mengalami dan menikmati keasyikan dunia cake buttercream
Pada anda peminat kek jom singgah Cake ! Magazine









 


28 comments:

Unknown said...

Congratulation!!! Proud of you.

serena

Unknown said...

Alhamdulillah..tahniah Kak Ita..satu kebanggaan buat rakyat Malaysia terutamanya Negeri Johor..Ila tumpang bangga dengan bakat kurniaan Allah buat Kak Ita..All The Best Kakak!!!

Mat Gebu said...

Tahniah kak ita...satu kebanggaan buat saya juga bila bakat akak dihargai pihak luar....."Johor tetap akan jadi Johor"

Aliza Ash said...

Alhamdulillah tahniah kak. So proud of u. U really deserved it. Hari tu Mayen cake artist from USA pun ada share video korean buttercream akak. Bangga sgt kak. She was so amazed with ur work

ilahjy said...

tahniah dek ita lawa kusss..44xtahniah. kan dah agak dah... bakat anugerah istimewa ini
mmg layak diiktiraf didunia pun .. ksk mmg percaya sejsk 6,7thn kita kenal kak dh mula tangkap kebolehan ita dlm jurufoto n hiasan meja... 2thn kblkgan ini pon ada laman web yg mengambil karya ita mybe tanpa izin.. kali ni cara terkehormat... wahhh sungguh bangga geng blogger kita... kidpidap..hihi

Lelord said...

Tahniah Kak Ita

Cik Azz said...

Alhamdulillah..
Tahniah3..
Moga terus sihat dan terus sukses... Amin..

kakwan said...

Tahniah Ita,, moga terus sukses, cukup bangga sekali bakat anak Msia di hargai .. kerana Ita seorang yang istimewa :)

HomeKreation said...

Wow... tahniah Ita! Along tumpang gembira & bangga! Memang hasil tangan Ita amat mengagumkan... WELL DONE!

dina.ardina said...

Tahniah. Saya suka blog ni. Semoga terus sukses & diberikan kesihatan yang baik

Unknown said...

Tahniah kak!!!

Unknown said...

wa'alaikummussalam kak ita,Salam ziarah dan salam kenal....Tahniah kak, akk memang layak. Semoga cepat sembuh ya :)

Unknown said...

Tahniah sis..moga terus cemerlang dalam bidang ni

noorhayati harun said...

congrats! kak ita..good luck Kak ita..

Mummy Julia said...

Tahniah Kak Ita!

fazianbatrisyia said...

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kak ita...syabas. Tumpang rasa happy. Blog rujukan & kegemaran sy selalu sejak jumpa blog kak ita ni...

s said...

wow.. cantik nyer .. suddenly craving for cake..

Unknown said...

Tahniah kak ita..besttnyee kn..hemm baru depa tau..jgn pndang malaysia sebelah mata je..hihihi..harap diorang jemput plk kak ita mcm dlm rncangn martha steward ka pa tu..:-D

~jeet~ said...

kak ita, congrats! saya tahu akak akan moderate comment sebab tu saya tegur kat sini.

typo spelling untuk magazine. mungkin akak terlepas pandang, bukan magezine, tapi m.a.g.a.z.i.n.e

again, congrats kak ita! semoga terus sukses dan sihat2 selalu, tak jemu mata memandang hasil kerja tangan akak, cantik sangat, subhanallah! :)

Unknown said...

Congrats kak ita! Moga kak ita diberi kesihatan yg baik supaya boleh share knowledge yg creative tuk peminat kak ita mcm saya... :)

Jen Jen Areff said...

tahniah kak ita

ila ahmad said...

Congrats...

Unknown said...

You deserved it k.ita..well done!!!!...

Unknown said...

Syabas kak ita mmg terbaaeekkk daebak bak kata korea hihi

sweetandsour1001 said...

Congratulation!!! I've been loving this blog,your photography,and works are just sterling. Learn a lot of things from you, may Allah gives your health back as before... Get well soon..

yatt said...

salam ita. congrats on the feature ;-)
and thanks juga tempek my chrysanthemums tutorial yg x seberapa tu kat ur blog yg sangat2 glamer & femes ni :-)

Unknown said...

Congratulations. Semoga senantiasa berjaya di masa akan dtg. InsyaAllah.

hawa said...

Salaam kak ita! Congratulations! I'm so proud of ya sis!

Post Top Ad

test