Deen Burger Bakar nganga.. kunyah.. telan.. - masam manis f

Breaking

Sep 2, 2015

Deen Burger Bakar nganga.. kunyah.. telan..

Kunjungan kami ke Tampin, tidak lengkap rasanya jika tidak jalan-jalan cari makan. Kerana kami sampai pun dah agak lewat malam, maka kami mencari makanan yang ringan-ringan sahaja supaya tak mengantuk bila nak drive balik ke JB nanti.


Anak-anak pula bercadang nak merasa burger bakar yang popular di sini.. Burger mana lagi? DEEN BURGER BAKAR  lah..!
Siapa yang tak kenal dengan burger Deen bakar ni.. Rasanya dah popular di Malaysia dan telah mempunyai rangkaian franchise di Semenanjung Malaysia.




Dewasa ini, fenomena burger bakar mula menular di seluruh negara. Golongan mudalah yang paling mengemari hidangan santai ini. Seperti burger lain burger bakar turut menyajikan hidangan yang serupa, namu perbezaannya adalah daging burger di bakar terus tanpa menggunakan pan. Inilah yang membangkitkan aroma yang luar biasa di tambah lagi ramuan rempah ratus yang di gunakan dalam perapan daging terpilih ini.



l

Kedai yang terletak di hadapan Pasaraya KK, Jalan Bunga Tanjung ini, menyajikan pelbagai hidangan burger yang harus anda cuba!
Homemade patty yang harus di rasai keenakkan pattynya  yang berjus, lembut di dalam  di apit pula dengan bun yang lembut serta dilapisi pula dengan keju amat mudah menangkap selera. Sos di sini mempunyai rasa yang tersendiri.. Hidangan yang cukup ringkas tetapi memberi seribu satu kenikmatan yang tak terkata... Anda boleh pilih berapa lapisan patty yang anda inginkan.. 1. 2. 3 atau 4 semuanya terhidang di depan mata. Kami sangat  berpuas hati dengan sajiannya. Seperti juga yang lain, burger bakar ayam dan lembunya amat berperisa dengan patty buatan sendiri yang beraroma bakar. Sos yang tersendiri juga begitu memukau.



Di samping kehebatan menu burgernya, burger Deen Bakar juga menawarkan menu lain Black Canyon, family snack, best meat ball, kentang goreng,  serta sosej yang boleh dipesan secara berasingan. Jika anda mencari burger terbaik di Tampin pastinya Burger Deen bakar adalah pilihan yang terbaik. Jangan lupa juga pesan minuman yang pasti menghilangkan dahaga anda.


Kedainya cukup santai di malam hari dan sesuai untuk kunjungan bersama keluarga. Dengan tempat makan yang cukup selesa, bersih dan susunan yang teratur serta ruang parking yang di sediakan. Suasananya yang santai, amat  sesuai untuk beramah mesra dengan keluarga dan rakan-rakan malah amat sesuai untuk reunion. Tidak ketinggalan juga sebagai tempat makan yang romantis untuk pasangan bercinta.

Kedai ini beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu.. dari pukul 5ptg hingga 12malam. Kalaulah anda tersesat di Tampin ni.. jangan lupa pekena burger bakar Deen pasti anda teringat-ingat bila sampai di rumah nanti.







13 comments:

intandayani said...

Tampin?Kalu balik kg kat Melaka sure akan lalu Tampin sebab keluar kat Simpang 4..tq Kak Ita tuk review ni

irmaputri said...

kampung den tu kak.. balik merdeka tak dan nak singgah sini.. memang dah hajat nak pi sini

ajuyarashid said...

bagus gelas nya ye. hehe

ajuyarashid said...

bagus gelas nya ye. hehe

Anonymous said...

wah..cantik gelas mnuman dia siap ada kata2 lg.. :)

Dkna Abza said...

menyelerakan

I am LZ said...

Wah nampak sedap kak Azlita, pandai cari mknan sedap.. Saya duk Seremban pun x tau ada burger best di Tampin..

asyifamustaffa said...

Tempat sy tnggl ni kak...pekan tampin 👍

Yup! Btul tu kak...Deen beger ni mmg sedap...tp sy lg suka mkn ayamnya...sbb daging patynya agak tebal...mkn sorang pun x larat...huhuhu...

Unknown said...

Menariknya..
Pernah makan sekali burger bakar di IPOH.
Tapi burgernya rasa sedikit keras

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Belum pernah datang ke sini...boleh singgah sini nanti bahau ke tampin dalam sejam je

Unknown said...

ya Allah.. bestnya.. napelah kat kemren takde kedai mcm ni.. T_T ....

Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

ajax85 said...

Pehhh terbaik lah...hehe

nafizatirinaku said...

gambar family saya pun ade..tQQ

Post Top Ad

test