Sedap sungguh puding jagung gula Melaka ni... lembut... terasa lemak manis gula Melakanya.
Ita memang suka sangat apa-apa yang berasaskan jagung. Kebetulan kami sekeluarga memang suka puding jagung. Suami ita pula memang peminat puding atau kuih muih yang lembut dan manis-manis.. maklumlah orang negeri Cik Siti Wan Kembang ni memang tak boleh berenggang dengan manisan.
Resepi puding jagung yang ita kongsikan ini memang cukup enak sekali lebih enak lagi bila di makan bersama gula melaka.. terasa lemak manisnya menagkap ke sanubari. Pudingnya yang lembut dan dingin bila di simpan di dalama peti ais seharian memang cukup menyegarkan bila dinikmati.
Resepi ini ita ambil dari My Resepi dan di kongsikan oleh kh267tm. Terima kasih kerana kongsikan resepi yang enak dan lazat ini.
Puding ini pada ita amat sesuai di hidangkan sebagai pencuci mulut, untuk merai tetamu. Anda boleh sediakan dalam acuan comel pelbagai bentuk, boleh di letakkan dalam loyang atau kaserol, atau di letakkan dalam cawan plastik yang comel. Bila nak makan nanti hanya curahkan sirap gula melaka sahaja. Puding ni lembut tau, jadi pada ita kalau letak dalam cawan plastik dadih tu memang sesuai sangat.
Jomk intai resepi puding jagung yang enak dan lazat ni
PUDING JAGUNG GULA MELAKA
Resepi Oleh : kh267tm
50 gm tepung Honkwee
1 sudu besar tepung kastard
800 ml santan atau susu segar
1/2 tin jagung whole kennel
1 sudu teh garam
1 sudu teh perasa jagung
SIRAP GULA MELAKA
150 gm gula Melaka
3 sudu makan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ di simpul
Mula-mula kita sediakan dahulu sirap gula Melaka
Satukan semua bahan sirap gula Melaka dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan mendidih
Angkat, tapis dan sejukkan
Satukan semua bahan puding dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang sederhana hingga adunan pekat dan berkilat.
Bila adunan meletup-letup kecil, tutup api.
Sediakan acuan kecil dan bilas dengan air
Tuangkan adunan dalam mangkuk kecil, atau acuan kecil tadi.
Tuang cepat-cepat sebab adunan ni cepat mengeras.
Sejukkan
Bila nak menghidang, tuangkan gula Melaka di atasnya dan sedia di nikmati
7 comments:
Wah..fav SA ni...sedapnya lama x makan
sedapnya :)
menitik ayaq liuq..
Sy pn bt puding jgung.. Tp puding jgung berkaramel. Amek resepi kt blog akak jgk....
Kak disini tak ade tepung Honkwee. Boleh ganti dengan tepung lain tak? Thank you for the resepi.
Knp acuan kne blas dulu
Boleh ke susu segar gantukan ngan susu cair
Post a Comment