Bakso sedap! - masam manis f

Breaking

Oct 2, 2015

Bakso sedap!




Bakso adalah satu lagi resepi dari negara Indonesia yang cukup popular, bukan sahaja oleh warga tempatan malahan pelancung asing juga.
Bakso ini lebih mirip seperti mi soto, tapi mi soto lebih berempah. Bakso pada ita lebih ringan dan tidak terlalu berat. Apa yang istimewanya bakso adalah pada bebola dagingnya yang enak dan lembut. Rata-rata yang mengemari bakso adalah kerana bebola dagingnya yang terlalu istimewa.

Resepi bakso cukup mudah di sediakan. Bahannya tidaklah sukar sangat, cuma kena sediakan bebola daging terlebih dahulu. Tapi membuat bola daging ini juga tidak sukar, cukup mudah dan sempoi.



Tak sangka, bakso ini di sukai oleh anak-anak ita, bertambah-tambah dan berulang-ulang di makan sampai licin.
Azrul lah yang meminta ita buatkan bakso. Katanya dia pernah makan bakso semasa di Kuala Lumpur. Katanya bakso yang di sediakan cukup sedap! bebola dagingnya cukup besar macam bola golf katanya, lebut pulak tu.. puas makan.. hingga setiap hari dia seakan nak menikmati bakso yang sedap tu.




Atas permintaan anak bujang ita yang mengidam ni, maka ita pun mulalah mencari bahan yang di perlukan. Pada mulanya ita ingat nak menggunakan bebola daging yang di beli sahaja di Tesco, tapi akhirnya ita membatalkan hasrat tersebut kerana ita nak cuba rasa keenakan bebola daging yang di buat sendiri.. kata orang lebih yakin dengan hasil air tangan sendiri, selain kita tahu tahap kebersihannya.. kita juga kebih yakin akan status halalnya.

Bakso di katakan di makan bersama kicap ABC, lada dan sos cili. Tapi kalau kicap ABC di sini ada keraguan sikit akan status halalnya.. sekejap kata halal kejap kata tak halal.. dari asyik berperasangka lebih baik kita hindarkan. Ita guna kicap pedas dari jenama Enaq. Pernah dengar? anda harus cuba sedap tau kicap pedas keluaran Enaq ni.. tak payah nak tumbuk lada bagai. Kicap ni dah tersedia, mudah kita boleh makan dengan pisang goreng, tempe goreng, makan dengan ikan bakar , sebagai cili untuk kuah soto atau apa-apa yang kita suka. Makan dengan buah potong-potong pun sedap! macam mempelam, jambu atau nenas


Kalau kat rumah ita ni, sekali ita beli ita borong terus 2, 3 botol sebab senang kalau nak makan dah ada kicap pedas ni.. harga pun berpatutan.. memang asedap lah! cubalah memang memudahkan..

Resepi dari Che'iza, ramai yang dah mencuba kan.. dan rata-rata semua kata sedap! terima kasih Che' iza atas perkongsian resepi yang cukup enak. Rakan-rakan yang lain pun boleh cuba!


BAKSO
Resepi Oleh : Che'Iza

1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
Taugeh
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng

Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu


Bebola Daging

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa




Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rata
Bulat-bulatkan sebesar guli
Ketepikan

Sekarang kita sediakan kuah bakso

Kuah Bakso

1/2 kg tulang ~ ita tambah
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inc halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai di ketuk
1 kiub pati daging atau pati ayam
garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah


Mula-mula ita rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk
Dalam kuali berasingan ita panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum
Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi
Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita


Bakso di makan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
Tuangkan kuah bersama bebola daging
Ita hidangkan bersama kicap pedas Enaq dan lada cuka
Untuk sediakan lada cuka, anda hanya perlukan cili padi hijau dalam 10 biji, kalau suka pedas boleh lebihkan. Kemudian kisar bersama cuka makan. kalau nak tumbuk cili padi ni pun boleh, bila dah siap tumbuk, masuk dalam mangkuk dan letakkan cuka makan. Sedap makan dengan bakso.
Bagi yang suka cili dsos boleh letakkan cili sos sekali.






19 comments:

intanrh said...

Assalam.

Saya memang peminat setia bakso, pergi mana2 mesti cari bakso yang sedap tapi setakat ni tak pasti kat mana ada bakso sedap.

Thx for sharing :)

Gee® said...

Terbaek..!!

Izzati Amira said...

saya pernah makan bakso sedap dekat Taman Tas , Kuantan. Tepi jalan sebelum jejantas . Memang yang buat tu org indon. Bagi saya memang sedap sangattt. Dari bebola daging yg lembut , dia guna kicap ABC , and sambal hijau dia pun sedap sangat. Bila lah boleh ke sana lagi (5 tahun da xstay kuantan).. ade lagi ke tidak.. huhu

AsnahAli said...

Assalam sedapnya nampak bakso Ita...Kak Asnah jarang makan bakso kerana orang kita jarang yg jual bakso...lepas ni insyaAllah bolehlah cuba resipi Ita...nampak taklah susah sangat...dgn cara step by step lebih mudah untuk diikuti...t/kasih Ita...

Abg.SHah said...

datang la sini kk sabah. banyak bakso sedap2! >_<

yuning said...

Bakso keningau sabah paling sedap.

Ida said...

Buat resepi warung pun best ni. Thanks for sharing.

Anonymous said...

Bebola daging bakso ni memang terbaekkk..

Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan. Saya ada membekalkan bebola daging.berminat boleh hubungi saya
Fazlee : 0129332575

Unknown said...

Bakso sandakan!!! Sedap, murah dan mengenyangkan....

Unknown said...

aslmkm..tgl di mana yea..sye nak order bebola daging

Unknown said...

Tq for the recipe kak ita..selamat maju jaya

Unknown said...

Alhamdulillah saya dah cuba menjadi. Semua suka. Terutama chili padi hijau tu dikisar ngan cuka. Tapi saya tak pakai sup bunjut sbb terlupa beli. Terima kasih share ya.

Unknown said...

Bakso daging sdkn . . Kat warung ke 2 area perhentian bas, bakso paling febret 😍😍

Unknown said...

nak rasa bakso sedap dtg SANDAKAN...D sandakan boleh di kata pusat BAKSO...memang sedap,pastu murah lagi..paling manang bakso bebola ikan nya...bila makan semangkuk mesti rasa tak cukup..

Unknown said...

bakso nie tak semudah yg korang cakap....bakso indon paling best tu ada kat kota malang jawa timur....korang pun mungkin tak tau cam mana makan bakso yg benar???? Kuah bakso kena campur saus tomato+kicap manis+chili.....lepas tu bola bakso pon kena makan juga dengan saus tomato+kicap juga..........kuah kena ada lemak sapi+tulang kaki sapi biar sedap......bakso indon tak simple macam tu....ada macam goreng krispi macam2 campur bakso tu

Unknown said...

si.gadis_heid btl kata mu hahaa bakso keningau paling sdp setakat ini hahaa huhhh mmng mantappp

Unknown said...

si.gadis_heid btl kata mu bakso keningau paling sedap setakat ibi hahaaa klo tk prcya prg la ke keningau mmng mantappp huhhh

Unknown said...

Still ada lagi😁

Unknown said...

Berapa banyak air kena guna? And hidangan untuk berapa org? :)

Post Top Ad

test