Bingka Ubi lembut dan sedap - masam manis f

Breaking

Oct 22, 2015

Bingka Ubi lembut dan sedap




Minum petang ita hari ini dengan bingka ubi. Dah lama nak buat bingka ubi.. bila nampak Yatie buat hari tu.. terus tergoda. Kebetulan baki ubi yang ita buat belebat ubi hari tu masih ada. jadi tak tunggu lagi terus godek-godek di dapur. Resepi pulak tu cukup mudah dan simple. Humban semua dah siap sebiji kuih untuk hidangan minum petang.

Ita memang cukup suka dengan bingka ubi. Lebih lagi kalau ada kerak-kerak dia tu.. kerak tu yang sedap sangat.. Emak ita dulu selalu buat bingka ubi. Tapi biasanya emak menggunakan gula merah atau gula Melaka. Bingka ubi  dari Kak Ann ini pula menggunakan gula pasir. lagi senang tak payah nak masak gula.




Sedap bingka ubi kak Ann ni.. lembut aje.. Tapi ita lebihkan sikit gula.. sebab ita tahu kawan-kawan yang kongsi resepi semuanya gula secukup rasa aje.. sedangkan ita kalau kuih lama ni ita suka yang manis-manis.. Tapi kalau anda tak suka manis., ikut aje sukatan yang dah kak ann berikan.. hasilnya pasti yang terbaik



Terima kasih pada Kak Ann yang sudi kongsikan resepi yang sedap ni. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang panjang-panjang kan resepi ini. Oh ya sebelum tu nak minta maaf sebab ita tak dapat nak letak link blog kak Ann  dan Yatie, sebab ita rasa kedua-dua blog ini ada problem lah linknya. Atau ita aje yang tak dapat bukak link tu.. nanti kalau boleh bukak ita letakkan linknya ya.


BINGKA UBI
Resepi Oleh : Kak Ann Periuk Tanah
Rujukkan : Yatie

Bahan-bahan: 
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir ~ ita lebihkan sikit gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyang 8x8 pun ok.
  2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.



Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung... 

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan 








30 comments:

adda syuhada said...

Tak pernah lagi cuba buat kuih ni..
Nampak sedap..
Nak cubalah.. terima kasih kongsi resepi..

Unknown said...

Salam kak ta... kalau saya pakai santan kotak... berapa bnyak yg saya perlukan ek?? Santan kotak tu kena campur air x?

Azlita Aziz said...

wasalam, guna 1 kotak + air jadikan 2 cawan

Ruggedmom com said...

nak cuba resipi yg ini pulaklah. tq.

amira adnan said...

salam kak. kalau pakai ubi keledek oren boleh? saya duduk kat oversea tak ada ubi kayu la.

Unknown said...

salam.. share yer akk ita..

Unknown said...

sedap...

LuckyCharm said...

Salam... Sedap resepi ni, baru je try. Tp ja buat separuh sukatan aje.. Rase mcm adunan ni manis sikit.. Next time nak try kurangkan gula.. Tp seronok sgt dapat makan kuih ni.. Terima kasih kerana berkongsi resepi!

LuckyCharm said...

Da try ke guns keledek?

aina said...

woahhh . igtkan selama ni bingka ubi ni nak kena guna tepung

Unknown said...

Resepi ni nampak sedap..nak Tanya kalau guna keadah kukus boleh ke kak?

IKAN CARU said...

2ii

Unknown said...

X penah buat n saya xtau lansung nk buat...ubinya nk di rebus dulu ke? Atau mentah tu di sagat...maaf kak saya muda lg tp suka memasak...

Azlita Aziz said...

Tak perlu rebus raysien, parut / blend terus

Mkyang Imah said...

Salam, sy ada ubi kayu yg telah diparut dan diperah airnya tp sagunya sy ambil,
Kalau sy nak buat cukup ke santannya sebanyak 2 cawan tu.
Tolong advoce sy memang tak pernah buat tp suka mkn.

AnakMelayu said...

Salam, resipi ini boleh ganti dengan kaedah kukus?

Unknown said...

Nampak sedap kuih ni.Nak cuba la..Share ye Kak Ita.Terima kasih

Unknown said...

Nampak sedap kuih ni.Nak cuba lah... share ye Kak Ita

Bellezza Essential dan Nour Ain Beauty Care - Suziana said...

Alhamdulillah menjadi buat terima kasih resepi smoga murah rezeki

Unknown said...

Boleh kukus ke?

Unknown said...

Kalau kukus brpa lama ye

niza syafiqah said...

thank you kak utk resepi ni. sy punya baru lepas masuk oven. hehe harap harap menjadi

Siti said...

Assalaamualaikum sis. Saya baru nak cuba buat ni memang tak pandai buat kuih melayu sebab selalu fail. Saya ada 2 soalan ni harap sis ita sudi jawab sebab ubi dah ada ni.

1. Lepas blender ubi tu, terus perah buang airnya ke?
2. Sukatan 4 cawan ubi tu, adakah ubi yg telah di perah atau belum?

Terima kasih di dahulukan sis.

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam
1. ya lepas blend perah buang air kelat tu tapi jgn perah sampai kering, perah ala-ala je..
mendakkan air, nanti ada sagunya akkan mendak belah bawah, ambil sagu tu dan campur balik dalam ubi, air tu buang

ya ubio yg dah di perah

Unknown said...

Boleh ka blender uni kayu tu..
X ptah ka blender..
Keras kot

Unknown said...

Pakai mentega atau Butter?

M@m@ Mya said...

Baru nk try buat ni..tgh panaskan oven..harap2 menjadi😊

riza said...

Saya memang teringin nak buat sendiri bingka ubi...selalu asyik tempah kat kawan ja...ni dah ada ubi kayu...dan jumpa pula resepi Cik Ta ni...nak buatlah ni...harap menjadi macam kat gambar tu...terima kasih Cik Ta.

Unknown said...

kalau nk guna loyang saiz 10" boleh? kiranya untuk adunan tu sama ke?

fb said...

Tri makasi my favorite ..

Post Top Ad

test