Minum petang ita hari ini dengan bingka ubi. Dah lama nak buat bingka ubi.. bila nampak Yatie buat hari tu.. terus tergoda. Kebetulan baki ubi yang ita buat belebat ubi hari tu masih ada. jadi tak tunggu lagi terus godek-godek di dapur. Resepi pulak tu cukup mudah dan simple. Humban semua dah siap sebiji kuih untuk hidangan minum petang.
Ita memang cukup suka dengan bingka ubi. Lebih lagi kalau ada kerak-kerak dia tu.. kerak tu yang sedap sangat.. Emak ita dulu selalu buat bingka ubi. Tapi biasanya emak menggunakan gula merah atau gula Melaka. Bingka ubi dari Kak Ann ini pula menggunakan gula pasir. lagi senang tak payah nak masak gula.
Sedap bingka ubi kak Ann ni.. lembut aje.. Tapi ita lebihkan sikit gula.. sebab ita tahu kawan-kawan yang kongsi resepi semuanya gula secukup rasa aje.. sedangkan ita kalau kuih lama ni ita suka yang manis-manis.. Tapi kalau anda tak suka manis., ikut aje sukatan yang dah kak ann berikan.. hasilnya pasti yang terbaik
Terima kasih pada Kak Ann yang sudi kongsikan resepi yang sedap ni. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang panjang-panjang kan resepi ini. Oh ya sebelum tu nak minta maaf sebab ita tak dapat nak letak link blog kak Ann dan Yatie, sebab ita rasa kedua-dua blog ini ada problem lah linknya. Atau ita aje yang tak dapat bukak link tu.. nanti kalau boleh bukak ita letakkan linknya ya.
BINGKA UBI
Resepi Oleh : Kak Ann Periuk Tanah
Rujukkan : Yatie
Bahan-bahan:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
- 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
- 1 cawan gula pasir ~ ita lebihkan sikit gula
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit pewarna kuning
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyang 8x8 pun ok.
- Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan
30 comments:
Tak pernah lagi cuba buat kuih ni..
Nampak sedap..
Nak cubalah.. terima kasih kongsi resepi..
Salam kak ta... kalau saya pakai santan kotak... berapa bnyak yg saya perlukan ek?? Santan kotak tu kena campur air x?
wasalam, guna 1 kotak + air jadikan 2 cawan
nak cuba resipi yg ini pulaklah. tq.
salam kak. kalau pakai ubi keledek oren boleh? saya duduk kat oversea tak ada ubi kayu la.
salam.. share yer akk ita..
sedap...
Salam... Sedap resepi ni, baru je try. Tp ja buat separuh sukatan aje.. Rase mcm adunan ni manis sikit.. Next time nak try kurangkan gula.. Tp seronok sgt dapat makan kuih ni.. Terima kasih kerana berkongsi resepi!
Da try ke guns keledek?
woahhh . igtkan selama ni bingka ubi ni nak kena guna tepung
Resepi ni nampak sedap..nak Tanya kalau guna keadah kukus boleh ke kak?
2ii
X penah buat n saya xtau lansung nk buat...ubinya nk di rebus dulu ke? Atau mentah tu di sagat...maaf kak saya muda lg tp suka memasak...
Tak perlu rebus raysien, parut / blend terus
Salam, sy ada ubi kayu yg telah diparut dan diperah airnya tp sagunya sy ambil,
Kalau sy nak buat cukup ke santannya sebanyak 2 cawan tu.
Tolong advoce sy memang tak pernah buat tp suka mkn.
Salam, resipi ini boleh ganti dengan kaedah kukus?
Nampak sedap kuih ni.Nak cuba la..Share ye Kak Ita.Terima kasih
Nampak sedap kuih ni.Nak cuba lah... share ye Kak Ita
Alhamdulillah menjadi buat terima kasih resepi smoga murah rezeki
Boleh kukus ke?
Kalau kukus brpa lama ye
thank you kak utk resepi ni. sy punya baru lepas masuk oven. hehe harap harap menjadi
Assalaamualaikum sis. Saya baru nak cuba buat ni memang tak pandai buat kuih melayu sebab selalu fail. Saya ada 2 soalan ni harap sis ita sudi jawab sebab ubi dah ada ni.
1. Lepas blender ubi tu, terus perah buang airnya ke?
2. Sukatan 4 cawan ubi tu, adakah ubi yg telah di perah atau belum?
Terima kasih di dahulukan sis.
waalaikumussalam
1. ya lepas blend perah buang air kelat tu tapi jgn perah sampai kering, perah ala-ala je..
mendakkan air, nanti ada sagunya akkan mendak belah bawah, ambil sagu tu dan campur balik dalam ubi, air tu buang
ya ubio yg dah di perah
Boleh ka blender uni kayu tu..
X ptah ka blender..
Keras kot
Pakai mentega atau Butter?
Baru nk try buat ni..tgh panaskan oven..harap2 menjadi😊
Saya memang teringin nak buat sendiri bingka ubi...selalu asyik tempah kat kawan ja...ni dah ada ubi kayu...dan jumpa pula resepi Cik Ta ni...nak buatlah ni...harap menjadi macam kat gambar tu...terima kasih Cik Ta.
kalau nk guna loyang saiz 10" boleh? kiranya untuk adunan tu sama ke?
Tri makasi my favorite ..
Post a Comment