Anda inginkan perut yang kempis dan ramping?
Pasti jawapannya ya kan..
Wanita dan kecantikkan memang tak dapat di pisahkan.. Bila lepas bersalin , mulalah risau tentang berat badan yang semakin bertambah dan perut yang mula buncit atau mengelebeh.
Bila pakai baju pasti tak cantik, mulalah nampak spare tyre yang terbonjol sana sini.
Nak dapatkan petua bagaimana nak kempiskan perut?
Insyaallah jika di amalkan secara beterusan pasti anda akan dapat perut yang ramping yang anda idamkan.
Resepi jus ni ita ambil dari blog Zuhaida. Menurut Zuhaida, beliau amalkan minum jus ini setelah menghadapi masalah pada perut selepas melahirkan bayi kembar. Katanya setakat ini Alhamdulillah dan memberikan kesan yang cukup positif. Tu yang ita tak sabar nak cuba.. Kot-kot manalah tahu berhasil hihi
Air ita ni agak pekat.. hihi macam nak cepat aje kan keberhasilannya tu.. hihi Sebabnya ita tak tambah air banyak. Ita biarkan ia pekat. Rasanya emmmmmm.... masam yang amat.. hihi tapi nak ramping punya pasal terpaksa juga di telan.. glub!.. aduyaiiii... harap kempislah perut ku ini...
Bagi anda yang tak tahan masam tu boleh tambah air banyak sikit lah ya..
Ok apa ya.. yang ita rasa lepas minum air ni..?
Perut ita rasa sangat panas.. tapi alhamdulillah tak pula sakit perut atau nak buang air.. atau masalah buang-buang air.. Semuanya normal dan buang air pun lawas aje.. Bila bangun pagi rasa macam perut ni ringan lah sikit.. tak lah macam sebu.. Ok lah boleh amalkan selalu ni.. harap-harap lah berhasil kan..
Anda tahu tak apa khasiat Lemon?
Salah satu khasiat lemon adalah mempercepatkan penurunan berat badan
Meminum air lemon juga di katakan dapat membersikan racun dalam tubuh.
Ia juga di katakan berfungsi untuk membersikan usus di samping mengelakkan sembelit
Meminum air lemon setiap hari juga di katakan dapat mengurangkan kalori dalam badan.
Dikatakan juga serat yang terkandung dalam lemon dapat mengurangkan rasa lapar.
Bagaimana pula dengan khasiat limau nipis?
Seperti lemon, limau nipis juga adalah sangat baik untuk pencernaan
Meminum air limau nipis setiap hari dikatakan dapat mencegah diabetes, mencegah penyakit jantung dan masalah sendi.
Selain itu minum air limau nipis juga di katakan dapat mengurangkan suhu badan yang tinggi semasa demam
Apa pula khasiat limau kasturi
Limau kasturi pula di katakan dapat mengurangkan penyakit lelah, sakit tekak dan pening kepala
Selain itu kulit limau kasturi jika di makan di katakan dapat mengurangkan bau badan
JUS PEPPERMENT LEMONNADE
Resepi Oleh : Zuhaida
3 biji limau nipis ~ buang kulitnya
2 biji air perahan limau nipis
3 biji limau kasturi
1 biji jus lemon
8 helai daun pudina
Gula secukup rasa
Air
Blendkan limau nipis yang dibuang kulit, jus perahan limau nipis, jus limau kasturi, jus lemon, gula, air dan daun pudina.
Siap blend, tapis dan sedia diminum bersama ais batu ~ ita tak letak ais
11 comments:
Nampak pekat yer air jus yang puan buat....saya sebelum ini buat cair sahaja....takut masam sangat....terima kasih atas resepi...
macam sedap jeee nak tryy. hehe
nak kempiskan jugak peyot ni T_T
Nnati kak ita updet la tahap kekempisan perut tu...Abby pon nk cuba gak ni....Chaiyok!!!! Tq akak shared petua nie..
wah....bertambah ramping la kak ita nanti.
errrrr....mcm nak buat jek...nak cari daun pudina & limau kasturi dulu, tak cukup bahan kat rumah.
tambah asam kom sedap kot nyumm-nyumm
Nak lagi kurus, jangan letak gula
Limau kasturi tu blend buah dan kulit ke blend jus shj ye?
akak blend dgn kulit2 sekali. bagus boleh huilangkan bau badan juga.
Untuk kesan yg lebih baik, saya syorkan guna stevia drop gantikan gula kerana stevia 0 kalori dan saya memang pengguna setia stevia.
assalamualaikum sis ita...kalau gula digantikan dgn madu boleh tak??
Kalau ceaser dapat tak minum mcm ni??
Post a Comment