Kuih Jongkong yang sangat sedap - masam manis f

Breaking

Oct 13, 2015

Kuih Jongkong yang sangat sedap



Pernah dengar nama kuih Jongkong? Kuih Jongkong ini adalah kuih tradisional lama. Kuih ni sudah jarang di dapati.. jarang di jual dan jarang juga orang nak membuatnya. Boleh di katakan kuih ini adalah antara kuih yang semakin pupus.

Kuih ini adalah kuih yang sangat di sukai oleh mak ita. Dulu masa ita kecik-kecik, bila balik kampung mak di Kukup Pontian, Johor selalu lah mak singgah di gerai menjual kuih jongkong ni. Banyak jugak mak borong kuih ni.. Dulu kuih ni di jual dengan harga yang murah, kalau tak silap ita masa tu hanya 10 sen sebungkus. Padahal bungkusannya adalah agak besar dan puas jugak makan. Tapi biasalah kan orang kampung.. mereka jual untuk dapat keberkatan. katanya daun pisang dari kebun belakang rumah, santan dari pokok kelapa sendiri kat kebun., gula melaka buat sendiri.. kalau berbayar pun hanya tepung aje.. Kalau sekarang rasanya memang tak dapat lah harga macam tu.. daun pisang pun dah mahal sekarang..




Kuih orang lama yang tak dapat di sangkal lagi kesedapannya. Terasa lemak manisnya dengan gula yang mencair dan lembut bila di nikmati.. Memang sedap sangat kuih yang satu ni..
hairan.. kenapa ianya semakin di lupai..
Mungkin juga payah nak dapat daun pisang sekarang yang membuatkan kuih moden lebih mendapat tempat.

Sayang tau kalau kita lupakan terus kuih ni.. sebab ia antara kuih yang sedap! Ita rasa kuih-kuih tradisional yang sedap-sedap harus di ketengahkan semula.. biar jenerasi baru tahu akak kuih tradisional atuk dan nenek moyang mereka.


Kalau kat Johor ni, ita tahu panggilannya kuih jongkong, kalau kat tempat atau daerah lain ita tak tahulah apa nama atau gelarannya.. Mungkin ada nama lain untuk kuih yang satu ni. cara bungkusnya pula macam kita bungkus tapai, atau botok-botok. Tapi dulu kalau kat kampung daun pisang lebihan hujung tu di lipat, tu yang nampak bentuknya macam jongkong emas dan itulah juga mula gelaran namanya di beri.. itu seperti apa yang mak ita ceritakan lah..

Tapi versi yang ita punya ni ita tak lipat atasnya cuma potong aje lebihan daun tu..
Terima kasih pada penyumbang resepi. Sedap sangat wak.. resepi awak ni.. ya Allah tak cukup di buatnya.. sampai anak ita, Dalili dan ayahnya berebut-rebut.. dua beranak ni memang suka kuih tradisional ni.. sampai minta buatkan lagi.. nanti lah mak gi beli daun pisang.. daun tak cukup pulak nak buat lagi..


KUIH JONGKONG
Resepi Oleh : CiptaRasa Noly

Bahan Kuih

150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi kayu
650 ml santan cair
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan di simpul

Bahan Inti

150 gm gula Melaka ~ Di dadu kecil atau di racik halus
200 ml pati santan

Bahan Membungkus

Daun pisang secukupnya ~ cuci bersih, lap kering dan layurkan
Kemudian daun pisang di potong 20 X 24 cm persegi
Lidi kecil atau pencungkil gigi kayu yang bersih

Satukan semua bahan kuih dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang kecil sambil senantiasa di kacau hingga adunan pekat dan kental


Biarkan adunan sejuk atau suam sebentar


Ambil sekeping daun pisang yang dah di layurkan dan dah di potong mengikut saiz.
Letakkan sedikit adunan tepung di atas daun pisang dan leperkan sedikit
Kemudian letakkan inti gula Melaka yang telah di racik di atas adunan tepung tadi
Tutup pula dengan santan pekat
Kemudian bungkuslah macam kita nak bungkus tapai
Lipat dua dulu
Kemudian kelepetkan bahagian tepinya


Kelepetkan lebihan ke tengah
Buat untuk kedua-dua belah dengan kaedah yang sama
Kemudian ambil sekeping lagi daun yang di potong 2 inc lebar
Letakkan pada bahagian tengah


Kemaskan dengan menyemat lidi pada daun
Lebihan daun pada hujung bungkusan itu di potong kemas.
Setelah siap panaskan air dalam kukusan hingga mendidih
Susun kuih dalam kukusan dan kukus selama 25 ~  30 minit
Angkat dan hidangkan


Kuih ni dapat tak banyak tau, dalam 6 ~ 7 bungkus sahaja. Jadi kalau rasa suka kuih yang jenis macam ni buat lebih sikit sebab takut tak cukup nanti. Ita buat satu adunan aje.. memang tak cukup sebab sedap sangat kuih ni.. nanti ita nak cari daun lagi.. sebab banyak permintaan ni..







11 comments:

Maria Jaberi said...

kalau kat sarawak, kuih ni kami panggil kuih bongkol..favorite ni..makan panas2,ngan lelehan gula melaka(kat sarawak kami guna gula apong/nibong),memang hmmm...tak terkata lagi

Abby SMR said...

sedapnye!!!!!!

Juls Julie80 said...

assalam...

sedap ni kak... kalau kat sarawak... kitorg panggil kuih Bongkol...mmg sedap...lemak2 manis gitu..heheh

pau said...

rasa dia mcm bubur sum sum ya????

puteri raflesia said...

Assalam Kak azlita.salam pkenalan.sedap kuih ni.nk cuba wat la...

Unknown said...

kuih lama mmg sedap,,dan sekarang susah nak cari,,

nak buat sendiri tak pandai heehhehe.

jika kak ita tak keberatan ,,boleh saya share resepi dari blog kat ita?

kak boleh juga melawat blog kami,,

sambalbelacan.com

Azlita Aziz said...

boleh Nurchya rosli, silakan

Unknown said...

Sedapnyee...terliur tengoknya hehe

fiza tajudin said...

kuih ni mmg sedap x dapat disangkal lagi.. sesapa yg dok area cheras kajang or even KL, leh masuk kawasan hulu langat ada banyak yang jual kuih ni..

Unknown said...

Kenapa sya buat kueh nie xprnh mjadi,smpai skrg pn tak reti2 nk buat😭😭time pregnant pn tringin nk mkan jongkong.tp tak pernah ksmpaian.smpai la skrg

Unknown said...

Sedap sgt kuih ni..masa keja kt srwak dulu selalu beli utk berbuka puasa..suami tringin nk mkn pulak..mujur jumpa resepi ni..nnt nk try buat laa..tq sbb share resepi..

Post Top Ad

test