Mee Rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad - masam manis f

Breaking

Oct 15, 2015

Mee Rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad


Kami sekeluarga memang cukup mengemari mee rebus. Sebab tu bila ita jumpa resepi mee rebus yang rakan-rakan kongsikan, sebolehnya ita nak mencuba. Lebih-lebih lagi bila ita nampak ada kelainan dalam resepi tersebut... lagi lah semangat nak mencuba dan merasa berkobar-kobar.

Hari ini ita cuba resepi mee rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad yang di kongsikan oleh Iam QueenNora . Menurut Nora , resepi ini adalah resepi dari arwah nenek beliau. Nenek Nora akan menyediakan mee rebus ini untuk di jual pula oleh atuknya. Menurut Nora lagi mee rebus atuk dan neneknya ini cukup laku hingga 20 hingga 50 kg mee habis hanya dalam beberapa jam sahaja. Alhamdulillah kerana walaupun nenek dan atuk Nora dah tiada namun ilmu masakkannya telah di turunkan pada ibu Nora. Sekarang ibu Nora kongsikan pula resepi turun temurun mereka pada Nora. Alhamdulillah juga kerana Nora sudi kongsikan resepi keluarga mereka ini untuk perkongsian kita bersama. Semoga ilmu yang di ajar dan di maanfaatkan oleh semua memberikan beribu pahala buat arwah. Di kesempatan ini juga, marilah kita sedekahkan Al Fatiha buat kedua arwah.. semoga roh mereka berada di kalangan hambanya yang solleh.




Mee rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad ni ada banyak kelainan, kebanyakkan bahan yang di gunakan adalah bahan-bahan yang segar. Sebab tulah hasilnya sedap dan di sukai ramai. Kelainan pada mee rebus mereka ialah penggunaan tempe dalam ramuan. Inilah pertama kali ita melihat mee rebus di masak menggunakan tempe. Mungkin mereka berdua dari keturunan Jawa yang memang tidak boleh berenggang dengan penggunaan tempe dalam masakkan. Atau mungkin juga penggunaan tempe itulah rahsia kesedapan mee rebus mereka ini.

Bahan yang di gunakan memang payah nak dapat sekarang, seperti udang geragau atau ita lebih biasa panggil udang pepai, memang payah nak dapat sekarang. Ita terpaksa pergi ke perkampungan orang asli untuk cari udang geragau ni, namun mungkin bukan musimnya.. memang tak adalah.. Berapa hari mencari akhirnya jumpa juga di Pasar Besar Larkin, itupun dah tinggal sedikit aje.. tak ada musim kata tauke kedai tu.

Ia juga menggunakan ikan bilis yang halus dan segar. Ikan bilis kecik-kecik ni memang payahlah nak dapat  sekarang ni.. habis semua pasar ita redah.. namun tak jumpa juga. Akhirnya ita beli ikan bilis kecil ni yang tak segar lah.. yang dah di keringkan.. Itupun di Pasar Besar Larkin juga.. itupun hanya satu kedai aje yang jual.. nasib baik lah ita dok belek-belek setiap kedai kalau tak pasti tak jumpa juga..

Bila semua bahan dah ada.. tak bolehlah nak lengah-lengah lagi.. kalau di simpan nanti tak segar lah pulak.. pasti rasanya akan lain pulak nanti.
Tapi kata Nora kalau tak ada bahan yang di cadangakn jangan risau.. boleh juga gunakan udang biasa, rebus dahulu isi udang kemudian biarkan kering sebentar baru di kisar. Untuk bilis kecik-kecik tu kalau tak ada tak letak pun tak apa.. tapi rasanya mungkin lainlah sikit kan..


Resepi ini juga menggunakan tetel. Tapi ita tak letak tetel ita gantikan daging. Ita lupa beli tetel. Nak pergi balik pasar larkin tu jauh.. kat pasar rumah ita ni tak ada jual, tu yang ita gantikan dengan daging. Sebenarnya kalau guna tetel lagi sedap sebab terbit minyak atau lemak tetel tu yang memaniskan kuah.

Cuma ita ada derhaka sikit.. ita tambah cili sikit kat kuah ni.. sebab ita suka pedas sikit. Rumah ita ni kalau tak ada rasa pedas, nanti tak jalan.. kalau pedas sikit memang kejap aje licin.. Tapi kalau kawan-kawan tak suka pedas tak payah letaklah ya..

Membuat mee rebus cara Nora ni cukup mudah. Cuma yang renyah sikit bila nak cari bahan dan penyediaannya. Bila semua dah tersedia.. senang aje.. boh aje semua dalam periuk.. tu yang ita suka tu.. cepat siap!

Yang paling ita suka ialah.. ita dah tahu rahsia membuat keriuk-keriuk udang yang rangup! dah lama cari resepi ni.. Syukur Alhamdulillah.. akhirnnya dapat juga.. berkat keikhlasan Nora berkongsi. inilah killernya.. kalau ada keriuk-keriuk ni.. adoiii... lagu laju aje makan tak toleh kiri kanan..

Sekali lagi jutaan terima kasih pada Nora dan keluarga atas perkongsian resepi ini. Ita kongsikan di sini pula untuk rujukkan ita kalau nak buat lagi.. atau rujukkan kawan-kawan yang lain juga.


MEE REBUS HAJAH BEGUM DAN LEK AHMAD
Resepi Oleh : Iam QueenNora

Resepi yang Nora berikan ini agak banyak ya.. Ita buat separuh dari adunan sahaja. Resepi yang ita kongsikan ini resepi asal dari Nora. Kalau anda nak masak sikit macam ita ni nanti pandai-pandai adjust ya bahan-bahannya. Mula-mula kita lihat dulu bahan yang kita perlukan.


Bahan Kisar

3 biji bawang besar ~ ita guna bawang merah
5 biji bawang putih
1/2inc halia
2 batang serai
1/2 inc lengkuas

1 1/2 senduk nasi rempah kari daging ~ ita guna BABAS
Sedikit Cili kering Kisar ~ yang ni ita tambah tau.

Bawang merah, bawang putih, halia lengkuas dan serai di kisar
Ita tambah cili kering sikit, sebab ita suka pedas.
Resepi asal tak guna cili. 
Jadi kalau tak suka pedas jangan letak ikut resepi asal.


Bahan Lain

1/2 mangkuk kecil buah keras
2 biji keledek - rebus
1 mangkuk ikan bilis ~ rebus
1 mangkuk udang geragau ~ rebus
1/2 mangkuk kecil taucho ~ lenyek kasar
2 keping tempe ~ dikisar
1/2 kg daging tetel - rebus ~ air rebusan jgn dibuang
Gula garam secukup rasa


Tetel tu rebus dahulu, air rebusan jangan buang kita akan gunakan nanti
Ikan bili, Nora beli dah siap rebus. Kalau kita beli belum rebus, rebus dulu. Air dia tak di perlukan. Jangan ambil airnya.
Sama juga dengan udang, rebus juga dulu. Airnya tak di perlukan
Keledek pun kita rebus dahulu, ita guna keledek oren sebab nanti kuah oren sikit dan manis.



Inilah bahan tadi, kita kisar halus
Terpulang nak campur semua dan kisar atau nak kisar asing-asing.
Tauco tak payah kisar kita cuma lenyek-lenyek aje dengan garfu.
Air rebusan daging kita akan gunakan untuk kuahnya.



Air rebusan tu kita panaskan semula hingga didih
Kemudian masukkan semua bahan yang kita dah kisar iaitu, udang, ikan bilis, tetel, buah keras,tempe, tauco dan keledek. Biarkan ia masak dan kuahnya mendidih



Sementara itu, dalam kuali lain kita panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar ~ bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga naik bau
Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga garing
Ita tumiskan sekali cili kering sebab ita nak dia pedas sikit
Tumis dan masak sampai terbit minyak dan garing.
Yang ni kita namakan tumis darat tau



Bila dah garing bahan kita tumis tu, kita masukkan dalam periuk rebusan tadi
Masak sampai kuah mendidih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Ita letak gula Melaka sikit nak bagi kuahnya lemak sikit
Biar kuah mendidih dan bila rasanya dah secukup rasa tutup api dan sedia di hidangkan



Mee Rebus ini di hidangkan bersama
Mee Kuning yang di celur atau di rebus dahulu
Tugeh yang di celur atau di rebus terlebih dahulu
Tauhu di goreng dan di dadu kecil
Telur di rebus dan di belah dua
Daun sup dan daun bawang di hiris
Cili hijau di mayang nipis
Limau kasturi 
Kicap masin dan manis
Sedikit air asam jika suka
Bawang goreng
Juga killernya keriuk-keriuk udang

Nak tahu macam mana nak buat keriuk udang



KERIUK UDANG

1/2 sudu teh jintan halus ~ sangai kemudian tumbuk
1 sudu teh ketumbar ~ sangai dan tumbuk
Sedikit cili kering ~ di tumbuk atau kisar kering
1/2 cawan udang geragau
1 biji telur 
tepung beras ~ gajah 1
sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan dan bancur macam nak buat cucut. Tapi tidak terlalu pekat atau kental dan tak terlalu cair. Sukatan air dan tepung tu agak-agak ya.. 
Panaskan minyak dan goreng.
Masa goreng tu kacau-kacau senantiasa supaya dia jadi keriuk-keriuk yang rangup
Bila dah kuning keemasan angkat, toskan minyak dan sedia di hidangkan bersama mee rebus




Selamat Menjamu Selera





2 comments:

Norma NML said...

sedapnya :)

fazianbatrisyia said...

wow...bestnya. mee rebus pon kegemaran sy...maklumlah...johorean.
1st time jumpa resepi yg guna tempe...kelainan ni...kalau kak ita kata sedap ni...mmg sedap la ni. sy akan cuba nanti...tq kak kongsi resepi

Post Top Ad

test