Petang-petang ni kita pekena teh tarik dulu..
Teh tarik ni kesukaan anak ita Dalili. ya Allah suka betul dia minum teh tarik ais. Kalau ita gi makan kat luar, teh tarik ais adalah minuman yang selalu di pesan oleh Dalili.
Tahukah anda.. bahawa ita sebenarnya tak minum teh tarik. Entah kenapa tekak ita tak boleh terima air ini.. samalah juga dengan air Nescafe. Mungkin air teh tarik dan Nescafe mempunyai bau yang ita tak berapa suka. Kalau terminum.. memang kepala ita akan terus senoneng.. toing.. toing..
Tahukan anda juga.. bahawa keluarga suami ita cukup mengemari teh tarik. Teh tarik adalah air yang wajib tak kira untuk sarapan pagi atau minum petang mereka sekeluarga. Bayangkan macam mana situasi ita bila ita yang tak mengemari teh tarik.. berada dalam kalangan pengemar teh tarik tegar..
Ita ni bukan sahaja tak minum teh tarik.. malah membuatnya pun ita tak pandai. Sebab.. mak ita tak pernah buat teh tarik pun di rumah.. sebab kami sekeluarga tak minum teh tarik... biasanya kami minum teh O sahaja.. dan ita pula lebih sukkan Milo.
Bila ita berkhawin dan tinggal bersama mertua.. ita tak tahu macam mana ita nak beritahu yang ita tak minum teh tarik. Setiap hari teh tarik dah terhidang atas meja.. ya Allah.. ita tak tergamak nak bagi tahu ita tak minum teh kerana tak mahu ibu mertua ita kecil hati.. atau mungkin berfikir yang bukan-bukan pada ita..
Akhirnya suami ita yang bagi tahu maknya yang ita tak minum teh..
Dan setiap kali berada di rumah mertua ita memang cukup mengelak kalau di minta buat air teh.. Sebabnya ita memang tak tahu buat.. kalau buat pula ita tak boleh nak merasa.. Oleh itu ita seboleh mungkin akan mengelak.. kadang bila dengan bunyi cerek air aje.. ita pun cepat-cepat menyusup masuk bilik.. hihi.. ita takut kena buat air teh.. kalau air lain tak pe lah jugak.. jadi selalunya adik ipar ita yang akan membuat air teh.. hihi
Bapa mertua ita selalu puji air teh yang adik ipar ita sediakan.. katanya sedap tak ada siapa yang dapat tandingi kehebatan adik ipar ita membancuh air teh.. huhuhu.. malu ita kan.. buat air teh pun tak pandai..
Tapi bila anak ita Dalili ni.. entah macam mana dia suka pulak minum teh tarik.. aiiii...memang menguji maknya betul budak sorang ni... dia memang anak Kelantan betul lah ni.. aduyaiiii.. maka terpaksalah ita dengan tak malunya bertanya pada ibu mertua macam mana nak buat teh tarik yang sedap!
Rupanya buat teh tarik yang sedap ni tak boleh guna teh uncang Boh atau Lipton. Sebaiknya guna teh timbang. Kata ibu mertua ita teh timbang lebih pekat, warnanya lebih merah dan baunya lebih harum. Biasanya ibu mertua ita menggunakan susu cap junjung untuk mendapatkan air teh yang sedap!
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi minuman iaitu Teh Tarik Madu Ice. Teh tarik madu ice ni cukup popular di Kelantan dan popular dengan gelaran teh beng. Warong Pak Mat yang terletak di jalan PCB lah tempat warga Kelantan menikmati segelas teh tarik madu yang KOW!. tapi ita belum berkesempatan lagi ke sana.. walaupun tempatnya berdekatan dengan rumah mertua ita. Insyaallah kalau ita balik Kota Bahru ita akan singah ke Warong Pak Mat ni.. tapi bukannya ita boleh minum pun.. tak pe.. ita suruh Dalili rasa nanti ita bagi tahu ya sedap tak!
Sebelum ita sampai warong Pak Mat ita belanja anda dulu dengan resepi dari Zamzarina
TEH TARIK MADU ~ TEH BENG
Resepi Oleh : Zamzarina
3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar madu asli
air panas secukupnya
Ketulan ais jika inginkan dingin
Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit
Kemudian tapis air dalam gelas
Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli
Kacau teh hingga sebati
Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole.
Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak
Kemudian tuangkan dalam gelas
Letakkan ketulan ais untuk rasa yang lebih dingin
5 comments:
Mai se cawan....
tang buih melimpah tu yang tak tahan ita.. slurrpp..
Sis ni 3 sudu teh bikin nye dlm koleh atau cawan? Berapa banyak air ya?
Buih.. hmmm
Buih.. hmmm
Post a Comment