Ada yang kata bubur ini berasal dari Thailand. Tapi versi Thailand ada sedikit kelainan kerana ianya menggunakan sengkuang Cina dan di panggil Tunb Tim Grob, manakala versi tempatan menggunakan tepung ubi. Ada juga yang menggunakan skoteng untuk menyediakan bubur ini dan di panggil locong. Walau apapun caranya dan kaedah penyediaannya ia lebih kurang sama dan rasanya juga enak!
Kebiasannya bubur biji delima di makan bersama santan, air gula, nangka dan isi kelapa. Ita pula menyediakan dengan sirap gula Melaka kerana ita lebih sukkan rasa lemak gula melaka dan harum pandan.
Sebenarnya ita tertarik bila melihat adik-adaik di group Masak Apa Hari Ni kongsikan resepi ini. Nampak menarik dan tergoda dengan kecantikkan kejadian biji delima yang mereka hasilkan. Bukan sahaja biji delima malah ada biji zamrud, nilam dan macam-macam warna lagi yang mereka sediakan. Semuanya adalah untuk menarik selera ketika di nikmati bersama keluarga nanti.
Seronok juga makan biji delima ni.. tapi agak penat mengunyah kerana liut-liutnya. Maklumlah umur pun dah 4 series rahang pun dah tak berapa kuat.. hihi Hujan-hujan ni sedaplah makan. Ita makan ketika panas-panas maklumlah musim hujan tak bolaeh makan yang dingin.. kena cari yang hangat-hangat baru segar.
Terima kasih kepada mereka yang kongsikan resepi yang menarik ini. Kepada yang teringin nak mencuba ita kongsikan di sini pula ya
BUBUR BIJI DELIMA
Hasniza Tahar
1 cawan tepung ubi
sedikit air suam
pewarna merah
Satukan tepung ubi dan air suam dan gaul sebati. Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlau pekat. Tepung ubi bila campur air dia tak jadi doh ya, tapi jangan risau asal tidak terlalu cair adunan tu ok!
Sediakan kitchen tisu. Buat dalam 4 lapis tisu. Alas bawahnya dengan plastik
Tuangkan adunan tepung beras atas tisu, supaya airnya cepat meresap di tisu dan tepung cepat kering.
Biarkan sebentar, agak macam kering sikit boleh lah sapukan pewarna di atas permukaannya
Kemudian biarkan kering sebentar dan kemudian di potong memanjang
Masak air dalam periuk hingga mendidih
Kemudian potongkan atau gunting tepung tadi serong
Biarkan ia masak
Bila dah timbul tu tandanya dah masak
Sediakan air air secukupnya ( air peti ais pun boleh)
Angkat atau senduk keluar biji delima tadi dengan tapis atau sudip yang berlubang
Masukkan dalam air ais
Simpan dalam peti ais sebentar
Bahan Santan
1 kotak santan KARA
2 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
secubit garam
Satukan semuanya dalam periuk dan masak sambil senantiasa di kacau hingga didih
Bila didih aje terus tutup api
Untuk sirap gula anda boleh pilih nak guna sirap gula atau sirap gula Melaka. Ita hidang bersama sirap gula Melaka
Bahan Sirap Gula
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan ~ di simpul
Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut
Bila dah larut, angkat dan sejukkan
Bahan Sirap Gula Melaka
1 cawan air
1/2 cawan gula Melaka atau gula Merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan ~ di simpul
Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut
angkat bila masak dan sejukkan
Cara Menghidang
Butir biji delima secukupnya
Santan
Sirap gula Melaka atau air gula
nangka masak ~ di hiris memanjang atau di dadu
Isi kelapa muda
Letakkan Biji delima dalam mangkuk atau gelas
Letakkan nangka dan isi kelapa muda
Tuangkan santan dan sirap gula
Jika suka dingin boleh letakkan ketulan ais
Sedia di hidangkan
7 comments:
Menggoda sungguh la kak ita...ada yg buat lg mcm2 warna kat mahn tu ����
Nampak mengancam ita nak lak jika cuaca panas
terimakasih bermanfaat :) www.geraicantique.com
wah
x pkai sengkuang cina ye....sya mkan kt phuket yg delima/rubies tu sengkung poting dadu disalut tepung ubi berwarna bkn semata2 tepung berwarna ��
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi info tentang bubur biji delima dalam artikel ini.
Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan telah diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-bubur-biji-delima-paling-menyegarkan.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
Looks delicious, tempting the color. im going to try this myself. and let you know the taste after
Post a Comment