Jantung Pisang Goreng Pedas - masam manis f

Breaking

Nov 16, 2015

Jantung Pisang Goreng Pedas


Hari tu semasa menonton rancangan 5 rencah 5 rasa, ita ternapak lah beliau menyajikan resepi Jantung pisang goreng. Macam sedap aje napak pengacara tu menikmatinya. Sedap ke? ita memang tak pernah makan jantung pisang. Bila nampak tu terasa macam nak cubalah pulak.

Bila singgah pasar ita pun capailah seketul jantung pisang. Cukuplah seketul buat-buat merasa. Balik aje terus lah ita mencari resepi yang sesuai citarasa. Akhirnya ita mengambil keputusan untuk mencuba resepi dari mat. Nampak resepinya mudah aje.. tu yang ita nak cuba. Lagipula bila katanya goreng pedas mestilah sedap kan.. ita suka pedas-pedas

Sedap juga rupanya jantung pisang ni. Mula ita takut lah kelat ke..., sebab masa potong tu macam banyak getah bertali-tali.. tapi bila dah masak sedap pulak! habis ita ratah berdua dengan suami. Anak-anak memang lah tak makan kalau pertama kali nampak.. Tak sia-sia mencuba.. nanti nak masak lagi jantung pisang ni.. tapi cuba resepi yang lain pulak!




JANTUNG PISANG GORENG PEDAS
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1 biji jantung pisang nipah ~ kupas kulit luarnya hingga jumpa bahagian cerah yang lembut, rendam
1 genggam ikan bilis ~ rendam 10 mnit, dan toskan dan bagi dua
1 biji bawang besar ~ hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 cawan air


Bahan Tumbuk
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1 bahagian ikan bilis tadi

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum 
Masukkan sos tiram dan kacau rata. 
Tuang air. 
Sementara itu jantung pisang dibelah dua, belah lagi dan hiris sederhana halus. 
Masukkan dalam kuali. 
Kacau rata.
Masukkan ikan baki ikan bilis, kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. 
Masukkan garam secukup rasa. 
Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. 
Hidangkan segera.





8 comments:

Kak Vit said...

jantung pisang masak pedas gini memang hilang terus rsa pahitnya.. sedap dimakan, diratah begitu sajer,, hihi..

Jom follow saya

maszull said...

assalamualaikum kakita..jantung ni mmg sedap kalau yg x kelat...tapi dulu pernah cuba kena yg pahit terus x masak2 lg...:)

Aziela said...

Saya suka masak lemak putih...tp letak cili api tumbuk lebih sikit. Sedap juga kak ita.

sumysya said...

wah sedapnya,,nk cuba lah resepi ni,,tak nah goreng,,slalu wat kerabu & masak lemak cili api jer

Unknown said...

Buat ulam pun sedap..

AiNiey Bariyyah said...

Selalu buat ulam je,huhu.. Rebus, makan dgn budu..

Ni dk cari resipi lain nk masak jantung pisang, jmpa plak d blog k.ita..

Thanks ye, nnt nk cuba..

Unknown said...

Nak try la..firstime msk jantung ni..selalu beli atau jiran bg..tu pon msk lemak cili api.

Unknown said...

Sedapnya..Firstime msk jantung pisang ni..selalu beli atau jiran bagi..tu pon masak lemak cili api.

Post Top Ad

test