Satu lagi resepi yang sedang hangat di perkatakan dan sedang menjadi viral di media sosial. Resepi yang di katakan berasal dari Spanyol yang merupakan kudapan ringan untuk minum petang atau waktu bersantai.
Sekali pandang ianya kelihatan seperti cakoi, tetapi ternyata ia berbeza sama sekali. Mungkin rupanya sahaja yang agak mirip. Pada ita rasanya lebih kepada cream puff, kaedah penyediaannya dan resepinya hampir serupa, cuma cara memasaknya sedikit berbeza. Jika cream puff di bakar sebaliknya pula bagi churros kerana ianya di goreng seperti donut.
Tapi rasanya pula tidak seperti donut ya.. donut dan cakoi hampir sama rasanya dan kaedah penyediaannya.
Jika donut di salut dengan gula, churros juga sama cuma gulanya di berikan rasa aroma cinimon yang membuatkan ianya lebih harum bila di nikmati.
Churros di hidangkan bersama coklat panas, ianya rangup di luar dan lembut di dalam. Walaupun di biarkan seharian ianya tidak liat atau keras. Pada selera ita pula ianya lebih sedap jika di cicah bersama sos caramel macam pretzel.. ya Allah yummynya..
Anak-anak pula lebih suka makan begitu sahaja bersama gula cinamon.
Cara membuatnya cukup mudah dan cukup ringkas sekali. Ada versi yang menggunakan minyak dan ada yang menggunakan butter. Resepi yang akan ita kongsikan ini menggunakan butter. Resepi ni dapat tak banyak ya, cukup untuk sekali makan sahaja untuk 2 orang rasanya. Kalau ramai sila buat lebih dan gandakan sukatannya.
Jom kita lihat bagaimana penyediaan churros yang mudah dan ringkas
CHURROS
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Untuk salutan
sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )
Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.
Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel macam gambar atas.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar
Sementara itu bolehlah panaskan minyak
Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.
Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!
Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supa serap minyaknya
Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.
Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
Sedapnya...!
COKLAT SOS
60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella
Coklat masakkan di cincang kecil
Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk
Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi
Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata
Sedia di hidangkan bersama Churros
54 comments:
Salam kak ita. Heavy whipping cream, thick cream dan whipping cream.adakah sama?
wasalam, lebih kurang sama tapi yg dairy tau! bukan non dairy. Klu non dairy tak sama
sedap nye lahai...tp nk wat tu takde masa
Salam syrup glucos tu beli dimana dan brand apa?
ok sumpah terliurrrrrrrrrr huhuhu thanks kak ita <3333
salam kak ita...cantik kejadian churros tu...nanti nak try buat jgk lah
sodapnya
Salam kak.. Klo xde sebuk kayu manis mcm mane ye?? Kikis kt kulit kayu manis tu bole ke
Waaa...boleh buat minum petang nanti... angkut resepinya ye Ita cayang...
Assalamualaikum, sis nak tanya...sukatan garam brp sudu? sebab tengok tak bahan tak de plak sis mention garam tp kat gambar ada garam.
salam.. kak azlita, saya minta izin pinjam gambar2. Cantik sgt presentation kak.
Mcm sedap je...mntk izin copy ye kak..hehe
sedappppp!
Akak, churros ni mcm kuih belimbing. Tp kuih belimbing pendek dn gemuk. Hehee saje kongsi
menggoda betul churros kak ita. nanti nak try letak baking powder plak, mungkin lagi munggil cik churros bila dibakar.
Waaah ptg ni nk try laaa
Waaah ptg ni nk try laaa
Assalmualaikum
Kak ita telur nak bubuh masa adunan tepung tu masih panas atau semasa adunan tu dah sejuk sikit.
Salam kak, nampak jek churros akk terus buat.. mula² mcm tak bape jadi adunan mgkin sebab air kurang, bila adjust balik alhamdulillah jadi. Cara masak mmg bagus tak serap minyak.
Nak tanya kak, 1 cmn air bersamaan bape ml
Guna telur gred A ke.... Klu gred b atau c telurnya brp biji
1cawan air bersamaan brp ml?
Tried, tested, indulged. Sedap! Mmg tiap kali nak cari resepi mesti cari azlita masam manis. Semuanya 99.9% jadi 😍
Kalau kak ita tak kisah saya jawabkan soalan m-kay dgn linda rahim, saya tak expert sangat, tapi pernah cari kat internet, 1 cawan sama dgn 200ml air, kalau salah tlg betulkn ya kak ita, tapi setakat ini saya masak mmg menjadi.
Kalau 1cwn tepung sma dgn brpe gram ya ?
Waaa...tk...sebenarnya anak sedara sy mahu belajar buat churros...utk cover..terpaksa bapak sedara belajar2 dulu... resepi dan pendekatan yg berbeza...tahniah dan terima kasih..... gambar2 mmg hebat l love it..
Tq Sis . nak cuba churos dgn resepi sis. terima kasih. Harap menjadi :)
Akma
ig : kabinetsaya
Dah buat pagi tadi. Alhamdulillah menjadi.. Tq sis :)
Nak tanya knp churros nye susah nk press bile masuk dlm paper beg. Pastu klu terkurang air mcm mne nk adjust gune air panas gak ke?
Kak ita ni...buat resepi apa pun nmpk sedap sangat...insyaaAllah sy akm cuba buat jgak (",)
Assalammualaikum kak ita, Alhamdulillah resepi kak ita ni menjadi churros saya. best gile menjadi. cume nk tahu, gula + cinamon tu pakai gula icing boleh x? then nk gaul tu mase panas or sejukkan dlu
Thanks for the recipe...sy dh buat..memang menjadi.sedap!
Thanks for the recipe...sy dh buat..memang menjadi.sedap!
tq ita for sharing all the recipes with us...the pictures are awesome!👍
Kak ita dah try sedap gile! Thanks for the recipe😎
Salam kak Ita, garam tu berapa banyak ya? Kak Ita takde masukkan kat bahan hehe
Salam dear... rasanya resepi churros u paling lengkap yg penah i tgk. Pic yg u attach pn sangat jelas... izinkan i share resepi u yea. Tq
tq share... terbaik
Alhamdulillah..menjadi churros sy buat..tysm K.Ita😍
Alhamdulillah..menjadi gak churros yg sy buat..memang sedap! Tysm K.Ita😍
blh tak share cara buat sos caramel pulak :)
Salam sis. Kalau saya adun bahan churros mlm ni dan goreng dia esok pagi boleh ke.
Kalaw air digantikan dengan susu, jadik apa eh.. hehe
Kedai2 brg bakery biasanya ada..
Dekat Mydin ada yang serbuk timbang tu
Assalam kak ita..mohon halalkan ilmu ye...thanks in advance kak :)
Sedap resepi ni.... Tq kak
Tq kak ita.. share.. sy mmg suka resepi yg kak ita share.. semuanya menjadi dan sedap..
Sy derhaka pada resepi.. pegi letak ovellate.. kuikui.. mmg x keras la churos tu.. lembik mcm kek la.. 😭😭
Klu ikut resepi ni agak agak dpt berapa pcs ya?
Assalamualaikum untie. Adunan churros ni boleh simpan semalaman ke? Sy buat untuk guna esoknya, dia masam.
Assalamualaikum. Kenapa ya churros saya bila goreng dia jadi kembang. Tak camtik. Then pecah2. 😟
Tepungnya berapa lama tahan kalau kita simpan?
Berapa lama tepung tu kite boleh simpan sblm goreng?
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.
Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada puan telah diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-pilihan-churros-rangup-di-luar-dan-lembut-di-dalam.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
Post a Comment